KAD JEMPUTAN DIY UNTUK MAJLIS AQIQAH

Assalamualaikum

Kad jemputan DIY untuk majlis aqiqah? Aku tak tahu sejak bila majlis aqiqah ni kena ada kad jemputan. Tapi yang aku tahu, memang sekarang trend buat majlis apa sekali pun, kena ada kad jemputan. Kebaikan dia adalah, jemputan tu nampak lebih formal, takde la jemput jemput ayam je kan. Aku paling tak alert kalau jemputan tu melalui FB. Kalau melalui kad, aku akan simpan kad tu dalam diari dan alert la dengan tarikh tu.  Lagi satu, aku suka kalau dapat kad jemputan untuk majlis majlis yang selain dari majlis kahwin macam majlis aqiqah ni sebab terasa macam tuan rumah memang benar benar mengalu alukan kedatangan kita. cewah. gitu. 

Masa aku buat majlis Aqiqah Irine dulu, ada dalam entry INI, kad jemputan adalah salah satu yang ada dalam checklist aku. Tapi aku tak de la nak tempah mahal mahal. Bak kata orang, kita buat secara sederhana, dan biarlah perbelanjaan pun sederhana,. Jadi aku cuma DIY jela kad jemputan tu. Aku google design design yang menarik. Lepas tu dengan kebolehan yang tak berapa nak ada ni, aku adit la sikit sikit. 

Nah ni lah hasilnya masa tu. 

 KAd jemputan DIY majlis Aqiqah Irine Humaira


Bahan bahan yang diperlukan : 
1. Internet. Untuk google sebanyak mungkin contoh contoh kad jemputan yang comel comel. 
2. Adobe photoshop. Untuk kau edit dan hasilkan kad jemputan yang sweet. Kalau tak mahir adobe photoshop, pilih je apa apa photo editor yang senang senang. 
3. Glossy/photo paper 

Untuk hasil DIY yang lebih cantik, aku pilih untuk print dekat photo paper instead of print dekat kertas A4 biasa je. Sebab bila print dekat photo paper yang keras tu, nampak la shining. Cantik la sikit. Photo paper kan guna sejenis glossy paper. ala macam kita print gambar dekat kedai gambar. Boleh pilih untuk beli glossy paper tu dan print sendiri dekat rumah, ataupun bagi je pendrive dekat kedai gambar tu. Nanti dorang print la. Kos pun tak la mahal sangat kalau kita print banyak. 

Harap harap dapat la bagi idea untuk korang yang nak buat kad jemputan DIY macam ni. Selamat berDIY ye!


Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...