MISI UPDATE BUKU REKOD CUSTOMER



Ni nak cerita pasal buku rekod customer. Bajet i am best seller gitu. Setiap bulan, aku memang wajib kemaskini rekod customer Shaklee. Ada certain bulan yang order sangat alhamdulillah, melimpah ruah orang kata rezeki tu, sampai tak sempat nak kemaskini. Tapi stil kena curi masa untuk update jugak. Aku memang pentingkan buku rekod customer sebab menyenangkan urusan aku untuk follow up customer nanti. Takde la customer terkontang kanting di lautan sepi. hahaha. 

Bagi aku, AFTER SALES SERVICE tu sangat penting. Bila matlamat kita bukan sekadar menjual produk, automatik akan ada rasa responsibility untuk pastikan customer tu dapat hasil setimpal dengan setiap sen yang mereka belanjakan. Aku sedih tengok customer yang beli tapi tak dapat apa apa panduan atau bimbingan khas macam mana nak makan produk tu. Cara makan pun kena google. Lepas tu tak ada siapa pun sudi follow up tanya apa masalah. Tu la..

Kepuasan dapat bantu orang lain tu sebenarnya sangat nikmat tau! Aku paling suka follow up customer yang beli set KESUBURAN. Yela, korang bayangkan betapa besar harapan customer aku yang teringin nak ada cahaya mata. Teringin nak rasa macam mana jadi mommy. So, kalau ada yang berkesan tu, memang besar betul nikmat kepuasan aku sebagai penjual tau! Hehe. 





Oklah. Nak sambung update buku rekod customer. Korang dah jadi customer aku belum? Jangan menyesal tau sebab service kakak youolls ni sangat ohsem dan mantop gitu! Peace!
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...