MAJLIS AQIQAH DAN KESYUKURAN PALING SIMPLE UNTUK ANAK PERTAMA!

Entry kali ni adalah entry yang banyak gambar. Diharap korang semua dapat akses dengan pantas dan pastikan kuota internet menepati citarasa. Teeheee. Aku nak bercerita tentang Majlis Aqiqah Dan Kesyukuran untuk si tecik bambam IRINE HUMAIRA yang dah masuk 7 bulan. Walaupun diakui agak terlambat untuk buat majlis ni, tapi tak mengapa. Janji buat. Baby tua pun tapi still a baby okay! 

Majlis ni aku buat pada Hari Malaysia. 16.09.2014. Dengan harapan si tecik ni akan ingat tarikh aqiqah dia sama dengan hari tertubuhnya Malaysia tercenta. Waaahaa. Patriotik la kau dah besar nanti ye! Actually risau jugak pilih tarikh ni sebab jatuh hari Selasa. Means, Isnin maybe ramai yang cuti balik kampung. Tapi takpela. Jemput je. Kalau takde yang datang, aku makan sorang sorang kambing tu! 

KAD JEMPUTAN
Kad jemputan pun ada? Hehe. Saja je. Nampak lagi formal rasanya jemput pakai mulut, datang jumpa jiran dan bagi kad ni. Ada yang puji cakap cantik siap tanya mana tempah..Buat sendiri kot. Takde la cantik mana. Google je gambar kad, edit sikit sikit, print guna photo paper. RM15 untuk 30 keping. Pengsan. Heee.. 

Taraaa...Comey tak comey tak.. 

By the way, hari Ahad PP Epal dah pergi ikut pakcik katering untuk sembelih kambing buat aqiqah tu nanti. Actually aku tak suka tengok, tapi dia pergi wasap jugak gambar dekat aku. Eeeiss. So aku pun tepek la kat sini buat tontonan korang. muahaha. Tapi jangan risau. Gambar sebelum sembelih je pun.

Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis:
“Sesungguhnya manusia pada hari kiamat nanti akan diminta tanggungjawabnya atas aqiqah, sebagaimana akan diminta tanggungjawabnya atas solat-solat lima waktu.” Wallahuaklam

PERSIAPAN DOORGIFT

Doorgift memang last minute. Sebab fikirkan jemputan bukan banyak macam kenduri kahwin so last minit pun boleh buat. Last last takde masa nak buat, tempah online je. Doorgift tu kalau boleh nak bagi sesuatu yang orang akan simpan, tak boleh buang, dan ingat anak aku sampai bila bila. hahahaha. So, aku tempah Yasin mini ada gamabr Irine dekat cover dia. Aku tempah dekat GIFT GARDEN Servis pun ok. Mampu menyiapkan tempahan last minute macam aku. huhuhuh..



Selain Yasin, aku bagi cupcake yang aku tempah dari Simply Cakes by Sofie. Memang sedap kek dia. SANGAt! Sebab kebanyakan bakery online, kek fondant memang cantik cantik nampak mabeles. Tapi rasa dia kureng. Kadang kadang luaran je cantik tapi dalam dia..tak boleh nak makan. Tapi bakery online ni, kek dia semua sedap sedap. Harga pun berbaloi. Aku selalu order kek dari dia. Cakap je nak design macam mana, dia boleh buat. 

So semua tu aku letak dalam paperbag je. Aku pilih brown paperbag macam ni je sebab nampak simple dan comel! Paperbag pun tempah dari orang yang sama jugak. GIFT GARDEN. Aku memang request untuk letak gambar irine. So sama sama la aku dengan pp epal pilih gambar paling bambam sekali untuk letak dekat paperbag. Yea!!


BUNGA TELUR

Sebenarnya bunga telur ni memang permintaan mak aku. Biasalah, orang orang tua mesti nak bagi telur jugak pada tetamu. Takde telur, maka tak lengkaplah majlis katenye. Melampau gitu. So aku just pergi Nilai 3 dan beli bunga telur ikut tema kaler PINK BIRU.


PLAYPEN VS BUAIAN BERENDOI

Actually baby yang diraikan dah agak lasak so aku decide untuk taknak guna buaian berendoi. Aku just decide untuk buat satu corner untuk letak playpen dan hias la apa apa yang patut. Hias ikut kekreativitian yang tak berapa nak kreativ ni. Hasilnya? Nah!


Simple tapi padat dengan warna tema biru pink! Takde buaiana berendoi. Cuma playpen je sebijik sebulat suara. Hehe. Teddy bear tu puas aku kumpul dari anak anak sedara aku yang lain. Ucu pinjam kejap ye. haha. Sebab Irine takde teddy bear. Yang ada cuma yang pink besar tu je. Tu pun PP Epal hadiahkan masa time bercinta dulu. Entry suwit muwit tu kat sini. Tehee..Nak jugakkk!!! 

BAJU

Ok, part baju memang unexpected. Sebab plan asal nak bagi irine pakai baju kurung raya dia haritu tu je. Sebab last minute kan. Memang tak sempat nak cari baju. Tapi untungla dapat mak sedara yang nak sponsor. Hehe. Rezeki irine dapat baju sponsored by! Terima kasih!

 STOKIN 

 HAIRBAN

 LACE DRESS





Dalam sebuah hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah R.A.;
“Menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.” 




Gambar bertiga tak banyak. Mungkin PP Epal taknak bergambar sangat sebab tangan dia tu. Actually kesian ayahnyaa eksiden seminggu sebelum majlis. Nasib baik tak ada apa apa yang teruk. Dan nasib baik aku SID Shaklee! So harusla aku pantau kesihatan dia dengan vitamin terbaik tu! Nak bagi cepat sihat!



 Nasib baik irine tak meragam sepanjang hari semalam. Cuma dia mengantuk jela. Hehe. Bila nak habis marhaban katanya..Lama bebenau!

Ini adalah kawan baik aku sejak dari zaman belajar dekat UITM Kampus Bandar Melaka lagi. Lepas grad, kitorang berpisah kejap. Masing masing kerja tempat lain lain tapi tahun 2011 kalau tak silap, aku sebumbung satu tempat kerja dengan dia. Dia sangat baik. Pendengar setia, kawan yang memahami dan berkongsi suka dan duka sama sama. Alhamdulillah dipertemukan dengannya. :)

So inilah cerita tentang majlis Aqiqah dan Kesyukuran Irine Humaira. Sekali seumur hidup. Tapi tak tahu la pulak kot sekali setahun ke kan? ohlalalala. 
 


Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
mila
AUTHOR
September 17, 2014 at 4:28 PM delete

comel sgt pic bb dlm playpen tu..dia nguap hehe

Reply
avatar
ezy.fia
AUTHOR
September 17, 2014 at 4:44 PM delete

sum comel2..
irine comel.. doorgit comel.. pelamin utk irine pon comel.. hikhik

mak ayah irine pon comel.. ekeke

Reply
avatar
Nur
AUTHOR
April 21, 2018 at 10:08 AM delete

Tq for sharing.. ,😀

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...