RASA KENA LAMAR MACAM HANIS ZALIKHA PULAK

Semalam jalan jalan pergi Giant. Nak beli stok makanan Irine untuk seminggu. Sejak Irine kuat makan ni, bubur nasi kena buat hari hari. Kentang carrot brokoli memang mainan dia. Sosej ayam pun dia suka jugak. Pengsan mama. Tu belum minum petang lagi. Kek span, roti krim serta tinggi, cewah. Irine pun nak jaga pemakanan jugak. Sebab dah besar nanti mungkin nak cantik macam Hanis Zalikha. Tapi bab kena lamar macam Hanis Zalikha tu, sok sok pikir. 

Masa lalu kedai emas, PP Epal suruh pilih cincin. Eh apa kena la dia ni kan? Buang tebiat ke? Tapi mengenangkan dia suruh pilih emas, bukan suruh pilih bakal madu ke apa ke, ikutje la. Dalam hati, yessss. 

PP Epal belikan untuk hadiah hari jadi aku dan Irine. Sebab birthday kitorang dekat dekat. Befday aku 26.1, befday Irine 30.1. So pp epal kena stanby beli 2 hadiah lah kan? Kek pun kena 2 jugak! Kalau tak???? Ugut taknak kawan selama seminggu. 

Dapat cincin belah rotan dengan cincin emas 916 yang biasa.


So feeling kena lamar macam Hanis Zalikha la semalam. Cuma pp epal tak la sarung dua dua cincin tu dekat tengah tengah Giant. Sebab kalau itu berlaku, komfem aku nyuruk bawah katil selama seminggu. Maluuu ah. Haha. PP Epal bagi 2 cincin ohh.. KEnapa sampai dua? Satu untuk hadiah harijadi tahun lepas. Dia tak sempat belikan sebab masa tu aku tengah sarat, nak bersalin time tu. Aku mintak hold sebab time tu, nak makan pun takde selera. Rugi la kan? 

Ha kau, tahun ni dapat dua hadiah sekali jalan. Hikhik. Terima kasih PP Epal. Tak sia sia saya pilih awak dulu. Eh? 



Ok. Untuk Irine, dia dapat rantai berbuahkan love. Comel gak tapi tak sempat snap gambar. Sebab mamanya rakus snap gambar hadiah dia dulu. hahaha. So, hanis zalikha kena lamar, aku pun dapat cincin jugak. Tapi aku dengan hanis zalikha, tak sama. Bezanya, aku lagi comey kot?? Ok lawak tak sampai.. haha bubye


Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
January 12, 2015 at 5:29 PM delete

eh..sama plak nama baby kitee... heeee.. salam blogwalking.. ^_^

Reply
avatar
puteri kasih
AUTHOR
January 12, 2015 at 11:25 PM delete

wah bestnyer dapat hadiah :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 13, 2015 at 8:51 AM delete

@yoorin melacolea ehh yeke..hehehe...suka nama tu..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 13, 2015 at 8:52 AM delete

@puteri kasih hehe...best.terharu lg lg suami yg hadiahkan :D

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...