.

.

SENARAI BARANG KEPERLUAN MANGSA BANJIR

Time time banjir macam ni, bila kita berada di situasi dorang, duit depan mata pun dah tak ada nilai. tapi ada lagi yang lebih bernilai yang mereka semua perlukan. Dan barang barang tu la sebenanya kita boleh bantu sumbangkan. 




Antaranya : 


1. Barang makanan segera seperti roti/ makanan dalam tin
Sebab masa ni dengan keadaan tak berumah, tak berlektrik, tak berbarang, mana celah nak masak? Bagi beras pun dorang tak boleh nak masak. Jadi apa yang dorang perlukan paling utama adalah makanan segera. Yang jenis bukak plastik terus makan. 

2. Minuman bersih
Yang ni pun penting. Sebab tu ada yang hulur bantuan dari segi botol2 mineral. Sebab aku pernah terbaca luahan sorang mangsa ni yang bancuh susu anak dia dengan air banjir yang kotor tu. Masyallah sedih pilu hati ni bila baca. 

3. Tong air. 
Tong air boleh guna untuk simpan barang keperluan macam makanan atau simpan air air bersih. Sebab sekarang banyak isu makanan minuman mudah tercemar. Jadi bila ada tong kosong yang bersih, senang mereka nak simpan dan alih ke mana pun mereka berkumpul nanti. 

4. Ubat ubatan asas
Masa banjir teruk ni kita tak boleh expect yang nurse dan doktor berada di mana mana. Kita tak boleh expect yang kita boleh hantar mereka pergi klinik kalau nak bergerak pun terhalang. Jadi apa yang kita boleh bantu mungkin dari segi ubat ubatan asas macam panadol, ubat gamat ke, apa apa jela yang asas. 

5. Susu bayi/Pampers baby/tuala wanita
Bayangkan mangsa banjir ada bayi bayi kecil yang menanti untuk disuapkan susu. Sedih kan? Yang kencing berak kena disalinkan pampers tapi tak ada bekalan pampers, kain napkin pun tak ada. Jadi benda ni penting jugak kalau kita nak bantu sumbangkan. 

6. Doa
Yang terakhir dan juga yang paling penting, kita sebagai rakyat Malaysia kena lah sama sama mendoakan agar mangsa mangsa banjir ni diberi kekuatan fizikal dan mental. Kuat hadapi segala bentuk ujian dariNya. Doa juga supaya bencana alam ni segera berakhir. Insyallah Allah maha mendengar doa hambanya. Ni antara doa yang boleh kita amalkan ketika musim banjir. 

KLIK SINI 
<<<< DOA YANG BOLEH KITA AMALKAN KETIKA MUSIM BANJIR >>>>


SALURAN SUMBANGAN YANG BOLEH KITA HULURKAN


Tag : Banjir
2 Komentar untuk "SENARAI BARANG KEPERLUAN MANGSA BANJIR"

nak tambah...

boleh sumbangkan topup jugakkkk =D

@nini

dengar dengar, line celcom je yg ada coverage di sana :)

Back To Top