CARA CARA UNTUK BAGI ANAK KITA SERONOK WAKTU MAKAN

Macam mana nak bagi anak kita rasa waktu makan tu best? Sekarang Irine Humaira dah 11 bulan. Dalam umur macam ni aku dah start nak latih dia supaya dia rasa waktu makan tu adalah waktu yang fun. Bukan waktu kena kerahan untuk telan semua yang disediakan. 

Practice make perfect. Hari hari bila time makan, aku cuba try and error. Tengok cara yang Irine paling suka dan makin berselera untuk makan. So mungkin korang pun ada cara korang yang tersendiri. Betul tak? Mak mak ni mesti panjang akal. Plan a tak jadi, plan b pulak. Hehe. 



1. Makanan yang berwarna meriah
Kanak kanak suka dengan warna. Tu fakta. So kita boleh cuba pelbagaikan warna dalam makanan anak anak kita. Contoh ada warna hijau, oren, merah. Pink. Eh ada ke makanan warna pink? So mungkin dorang akan rasa lagi teruja nak makan makanan yang cantik cantik ni. Kalau kita letak nasi putih je dengan ayam siat siat. Kau pikir tu menarik? Sedap memang sedap tapi kombinasi warna takde. So boleh la cuba lecekkan sikit carrot ke..brokoli ke..hancur dan cincang sikit reneh sekali dalam bubur nasi. 


2. Pinggan makan berwarna warni. 
Aku paling adore dengan set pinggan makan sudu garfu dari ikea. Sebab memang nampak menarik sangat. So boleh la kita buat sesi makan tu sebagai satu sesi yang menarik. Lauk dalam bekas pink. Nasi dalam pinggan hijau. Air dalam cawan biru. Dan sudu garfu yang bewarna warni. Walaupun hakikatnya tangan ni jugak yang menyuap nye. Tapi bagi mereka sudu garfu tu. dorang suka explore sambil makan!



3. Tempat makan selesa. 
Kau pikir kita yang dewasa ni je ke nak makan tempat yang selesa? Kanak kanak pun sama. Dorang nak makan dekat tempat yang business class! Maksudnya bukan la suruh korang bawak mangkuk tingkat pastu ajak dorang makan dekat lobi hotel 5 star tapi bersila bentang tikar. sambil berkata, Ayin, mama dah bawak ayin makan tempat yang selesa. Hah makan cepat! Idokla begitu. Maksud tempat yang selesa, dorang nak port dorang sendiri. So korang sediakan kerusi makan dan meja makan yang comel2 untuk mereka. So nanti dorang dahh tau, tu port makan dorang. 

4. Makan bersama sama
Kadang kadang anak anak kita ni nak kita makan bersama sama dengan mereka. So ni dah cukup bagus. Selalunya mak mak sibuk bagi anak makan tapi diri sendiri lapar. Cuba korang amik sepinggan nasi untuk korang jugak, pastu makan sama sama. Satu suap untuk Ayin, satu suap untuk mama. Sambil buat muka comel depan dorang. Comot pun bersama sama. Ok kan? 

5. Pasang Upin Ipin
AKu baru try cara ni minggu lepas. Disebabkan aku suka buat suara upin ipin sambil main dengan Irine, so bila dia tengok Upin Ipin tu, dia rasa macam ok ni la suara mak aku. So pasang sambil makan. Tak sedar habis semangkuk makanan! 

Apa pun cara yang korang buat untuk pujuk anak makan, pastikan jangan paksa. Jangan marah, jangan bagi anak anak kita makan dalam keadaan kita tengah moody. Tapi aku faham ramai je mak mak yang ada masalah anak takde selera makan. Buat la cara macam mana sekalipun. Selalunya mak mak sekarang bagi minuman berkhasiat macam Mealshake untuk bagi mereka ni selera makan. Sebab mealshake yang berperisa vanilla ni mengandungi 24 jenis vitamin yang kanak kanak perlukan untuk tumbesaran. 


Korang boleh dapatkan Mealshake sebagai salah satu alternatif untuk membantu naikkan selera makan anak anak korang. Cuma hubungi saya, pengedar Mealshake anda di 0126716961 atau add saya dekat FB sebab ada sesuatu yang istimewa untuk korang

Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
NinaAz
AUTHOR
December 8, 2014 at 5:10 AM delete

kanak2 memang suka yg meriah2 ni. hee

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...