PERBELANJAAN UNTUK SEBULAN BAGI PASANGAN YANG BARU ADA ANAK SATU

Tak lama lagi genap 2 tahun usia perkahwinan aku dengan PP Epal. Eh ada yang ingat lagi ke nama gelaran PP Epal tu? Ngeee..Irine pun dah nak setahun jugak. 3 orang dalam satu family kecik buat masa ni. Mengenangkan tak lama lagi nak masuk tahun 2015, macam biasa, aku akan listkan bajet untuk 2015. Mungkin boleh dijadikan rujukan oleh pasangan yang bakal berkahwin dan bakal menimang cahaya mata. 

Ni antara perbelanjaan bulanan untuk keluarga kecik kitorang. Harga rumah yang melambung naik sekarang punca loan rumah sampai RM1400 dan terpaksa buat loan dengan Bank Rakyat untuk downpayment dan cover belanja nak masuk rumah baru nanti. Ni pun tak termasuk belanja untuk aku nak shopping baju tau! Untuk hiburan aku tak masuk dalam ni. ni yang basic je!

So zaman sekarang, sebelum kahwin, kena stanby duit untuk perbelanjaan bulanan banyak ni. Kalau yang menyewa rumah mungkin banyak save sikit kot tapi apa nak buat, aku taknak tunggu lama lama untuk beli rumah sendiri. Takut harga lagi naik. Better beli sekarang. Minimum gaji suami isteri sekarang kalau boleh jangan kurang dari RM6000. 


Nasib baik bonus shaklee dapat cover pendapatan bulanan kitorang. At least dapat la bayar loan rumah dengan loan bank rakyat tu dengan bonus Shaklee. Nasihat akak dekat adik adik di luar sana, kahwin buat sederhana, jangan ikut orang, jangan bebankan pasangan kita dengan duit hataran mahal mahal, sebab perbelanjaan lepas kahwin lagi kasar sebenarnya. 

ni baru anak satu, nanti bila anak dah besar, dah masuk tadika, lagi tinggi yurannya. Macam dekat Little Caliph Sekyen 7. Yuran je dah 4 angka. ngeri ohhhh. Cepat cepat buat side income dari sekarang. Nak rezeki menggolek memang tak dapat la dik oi. Kena usaha dan konsisten jangan cepat mengalah okay. Nak harap gaji je memang masak laaa kiteee..
Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
ezy.fia
AUTHOR
December 27, 2014 at 4:57 PM delete

cik aish bru sethn ke kawen?
bkn nk msok 2thn dh ek?
kompius kjap..
ihiks

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
December 27, 2014 at 9:20 PM delete

@Ezy Loy hahaha sory yang..2 tahun..terasa mcm baru setahun pulak kawen..kikiki..

ari2 rasa mcm pengantin baru

Reply
avatar
ecadwinkyasha
AUTHOR
December 28, 2014 at 3:40 PM delete

wahhhh...kenal cik aish dari zaman anak dara sampai skrg ne anak dah sorg.hahaha.....

eca pun nak list jugak..selalu lari bajet shopping.ngeee

Reply
avatar
December 29, 2014 at 1:13 PM delete

agree aish..wpun harga loan rumah mahal compare byr rumah sewa..tp kalau x beli dr skrg lagi teruk nnt huhu! byr loan rmh lebih xpe, aset tetap. saila pun mcm aish jgk..buat list mcm ni..supaya x terbabas.

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...