.

.

PUNCA BERAT BADAN NAIK 1KG SETIAP HARI!

BERAPA KALORI SEGELAS TEH AIS?

Pagi ni teringin nak ajak officemate pekena roti canai dengan teh ais dekat DBukit Bangi. Memang nampak sedap teh ais dia. Dan memang betul sedap bukan sekadar rupa je tau! Berapa kalori segelas teh ais ni sebenarnya? Sebenarnya segelas teh ais ni mengandungi lebih kurang 90kcal kalori. Waaa okay! So apa itu kalori? Orang dok cerita kurangkan makanan yang berkalori tinggi. Sebenarnya makan la jumlah hidangan yang memberi jumlah kalori yang bersesuaian dengan diri kita. 

Kalau kita ni atlit, aktif bersukan, jumlah kalori yang kita kena ambil adalah sebanyak 2500kcal. Tapi kalau kita setakat insan biasa yang pergi kerja balik kerja, hehe. cukuplah sekadar 2000kcal. Korang tau tak apa kesannya kalau kita ambil terlebih kalori? Setiap 8000kalori yang kita ambil sehari, tidak akan dibakar dalam badan dan boleh menyebabkan berat badan naik sebanyak 1kg! Wahhh takutnya! 

So make sure kita tengok berapa kalori makanan yang kita ambil. Ini antara makanan yang biasa kita ambil hari hari dan berapa kalori makanan tu? 

Kategori: Makanan Ruji
  • Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
  • Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
  • Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
  • Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
  • Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
  • Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
  • Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
  • Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
  • Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
  • Roti putih (2 keping) = 156 kalori
  • Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
  • Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
  • Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
  • Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
So hati hati masa makan tengahari ye. hehehe

3 Komentar untuk "PUNCA BERAT BADAN NAIK 1KG SETIAP HARI!"

Aida da copy dah semua d atas :-)
Dgn izin ekk? Umur da lebih 35 ni da kena jaga berat badan ideal...

Aida da copy dah semua d atas :-)
Dgn izin ekk? Umur da lebih 35 ni da kena jaga berat badan ideal...

Back To Top