CABARAN 30 HARI BLOGGING DAY 2 - RESEPI PUREE BAYI YANG MENGENYANGKAN!


Irine dah cecah 7 bulan. Ingat lagi masa umur dia dah masuk 6 bulan, terus eksaited cari semua resepi untuk hasilkan puree terbaik dan tersedap di dunia!!! Kalau boleh taknak bagi Irine makan puree segera dalam botol yang jual kat kedai tu. Walaupun packaging nampak menarik, tapi khasiat pureee asli buatan ibu sendiri adalah lebih afdolllll!!! 

 

Pertama sekali yang aku buat adalah membeli BABY BULLET yang macam ala ala mini blender khas untuk blend sayur ke buah ke atau apa je untuk dibuat puree. Aku beli dekat LAZADA. Memang murah dan sangat best bila guna. Tapi aku taknak cerita pasal tu. Aku nak cerita pasal reepi pertama yang aku buat untuk bagi Irine. Pengalaman resepi pertama tu la akan ku ingat sampai bila bila. Irine mesti gelojoh nak makan untuk pertama kalinya sampai sudu pun dia nak telan kalau boleh! 

 

So resepi puree pertama yang aku cuba adalah berasaskan KELEDEK. Sebab aku perasan Irine tak suka masam masam macam epal ke atau apa apa jela yang masam, tapi dia suka yang lemak dan manis. So resepi pertama aku memang menjadi kegemaran Irine. Hihi. Keledek memang sedap dibuat puree! 


Bahan bahan :
Keledek
Air masak secukupnya untuk mengukus

Cara memasak :
1. Masukkan keledek ke dalam pengukus dan letak atas air mendidih
2. Kukus selama 15 minit atau sehingga lembut
3. Sejukkan keledek sebelum mula kisar dengan BABY BULLET! Jangan kisar dengan air panas sebab boleh menumpulkan mata bilah BABY BULLET tu
4. Bila dah sejuk, baru kisar, dengan campurkan dengan sedikit air masak. 
5. Kisar sehingga lembut dan sebati sesuai untuk bayi 6 bulan makan ye. 


Ok. Pejam mata pun boleh buat hidangan puree yang sangat enak ni! Selalunya aku hidangkan macam ni je dan campur sedikit dengan susu perahan atau susu formula. Bagi rasa lemak manis berkrim. Keledek ni kalau korang nak tahu, pengganti makanan ruji macam nasi pada zaman dulu tau! Ni mak aku la yang cerita. Masa zaman Jepun dulu, takut keluar rumah, so ambik keledek buat makanan ruji kat rumah. Memang mengeyangkan!  


 

Patutla irine tersandar kekenyangan lepas makan puree keledek!
Badan pun macam keledek. adoi la

Selamat mencuba!


Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
September 19, 2014 at 8:50 AM delete

malangnya, Amni tak suka makan semua benda ni. still minum susu je..sob sob..dah puas ber resepi mama cuba...huu...mungkin esok boleh try bagi keledek ni. hee

Reply
avatar
shaazzoo
AUTHOR
September 19, 2014 at 4:52 PM delete

x sabar nye nk tunggu husniyah besar, nk siapkan puree mcm ni juga. bia die debob... :)

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...