CABARAN 30 HARI BLOGGING DAY 7 - APA YANG SAYA BACA?

Bila aku nampak aje tajuk ni, aku dah mula stress! Haha. Sebab aku memang tak minat membaca. OMG! Tapi masa zaman sekolah dulu pernah la satu dua novel aku baca. Tu pun novel tajuk apa tah sebab nak masuk periksa bahasa melayu SPM! omaiii! Actually aku lebih suka mengGOOGLE! Sebab semuanya di hujung jari. But yeah..still aku tak nafikan pembacaan dari sebuah buku tu adalah lebih baik dan afdol! 

Apa pun, hasil pembacaan aku harini adalah dari mukaBUKU, hehe. Marilah sama sama aku kongsikan tentang perihal seorang suami. Dalam banyak banyak bebelan kawan kawan aku yang dah berkahwin, antara bebelan yang paling tops sekali adalah tentang bagaimana mereka nak menerima kelebihan dan kekurang seorang suami. 

So hasil pembacaan aku harini

Ada suami yang tak pandai urusan rumahtangga namun dia BIJAK BERJENAKA. Meriah suasana. Ada suami jarang menghadiahkan bunga tapi selalu belanja anak dan isteri makanan istimewa. Ramai juga suami yang tak tahu memujuk tapi pandai bertolenransi bila diminta bantu sini sana...




Jadi aku terfikir, apa salahnya jika kita ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihannya. Sebab tiada yang sempurna. Kalau suami kita tak sado macam Zul Ariffin, mungkin dia pandai ambik hati kita. Kalau suami kita sibuk bekerja, kita fikir positif mungkin dia nak jadi suami terbaik nak lengkapkan makan pakai kita anak isteri. 

Lastly, kepada yang rajin membaca buku, keep it up!
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...