CABARAN 30 HARI BLOGGING DAY 6 - MY LOVE

Bila sebut tentang my love atau pun cinta hati, dalam awan masing masing mesti keluar muka boyfriend, girlfriend. Masa bercinta, semua nya indah. Kentut bau teloq pun dikatanya wangi. Itulah penangan cinta hati katenya. Tapi aku taknak sentuh pasal cinta pada manusia. Kerana cinta pada manusia boleh hilang sekelip mata. Iskk. Tapi aku nak sentuh pasal cinta hati aku yang satu ni. KAMERA! 


Blogger picisan macam aku, apa lagi cinta hati yang ada kalau tak kamera? Sebab bila ada kamera, baru ada gambar. Bila ada gambar, baru ada entry! ye dok? hehe. Dan yang pastinya, gambar takkan hilang. sebab tu cinta hati kebanyakan blogger adalah kamera! Wajib ada dalam hanbag tau! Tak pun wajib ada kat leher. Yela. rantai berbuahkan DSLR! ahaks

Tapi aku tak guna DSLR pun. Aku cuma guna kamera fon je. Sebabnya aku memang tak kuasa nak mengangkut kamera besar besar dan berat tu ke sana sini sejak irine lahir. Nanti irine tah ke mana, kamera tah ke mana. Aku cuma bergantung harap pada kamera fon je sekarang. sodeh kan? Tapi takpe. Yang penting kamera fon aku boleh la bawak ketengah sikit.  Dan aku nak kongsi apa application wajib ada dalam kamera fon macam aku. 



1. CAMERA 360
Aku sekarang lebih suka snap gambar pakai camera 360. Selain gambar nampak lebih cantik, kulit makin mulus, tapi Camera 360 boleh digunakan walaupun bateri handfon tinggal 5%!!! Kalau camera handfon yang biasa tu, bateri low memang tak boleh on camera kan? Tapi tidak pada Camera 360. Bateri nazak pun, still boleh snap gambar! Hoyyeh 



2. PICSART
Aku suka buat poster. Kerja sebagai parttime Shaklee ni, memang memerlukan PICSART. Sebab kat situ lah aku nak crop ke, nak edit ke, nak tambah bingkai ke, nak letak watermark ke pada poster poster aku. Aku lebih selesa guna PICSART! Sangat friendly user tau! 

So itu lah cerita tentang my love, cinta hati gue. hhihih. Kalau korang pernah buat entry tentang applikasi kamera yang best best, jangan lupa tinggalkan link entry tu dekat bahagian komen ni ye sebab aku nak terjah! Ok bye!!


Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...