PEREMPUAN MANGSA FASHION

Pernah tak korang tegur kawan kawan atau kawan kawan yang tegur korang, "apa ke pesyen baju yang kau pakai ni?" Memang sentap bila dapat teguran macam tu. Tapi memang betul pun. Sebab sekarang aku tengok ramai gila yang berfashion pelik pelik. Fashionista sangat hehe. Expecially kaum perempuan. 

 Perempuan, shopping dan fashion.


Tapi nak buat macam mana. Kalau lelaki yang baca entry ni, diharap korang dapat faham kenapa perempuan kadang kadang berfashion tanpa mengukur baju ke badan sendiri. Depa dok ukur baju di badan orang lain yang selera tinggi. Itu pasal la! Hehe. 

Tapi sometimes you guys kena faham naluri perempuan macam mana. Kami nak sentiasa nampak cantik. Itu fakta ye! Dan itu keistimewaan kaum perempuan. Sebab? Boleh berfashion tanpa limit. Contoh paling senang, kalau pergi baby ekspo, korang nampak baju bayi perempuan lagi banyak atau baju bayi lelaki lagi banyak? Ofkos bayi perempuan betul tak? Gaun je berjenis jenis. Warna pun tanpa limit. Perempuan boleh pakai semua warna. Lelaki boleh ke? Lelaki boleh pakai baju pink dengan corak bunga dan hiasan lace? Ewww maybe boleh dengan hasil rekaan Rizalman. Kot. 

Suka tengok Filem Devils Wear Prada. Memang mengundang nafsu untuk berfashion hehe :)

Kenapa kaum perempuan suka berfashion? Salah satunya adalah sebab kami ni memang mudah terpengaruh. Aku teringat lagi zaman sekolah menengah dulu. Batch 1998 trend kain sekolah labuh sampai kan ramai makcik makcik tukang sapu berterima kasih kat kitorang sebab bantu ringankan kerja dorang sapu sampah dekat koridor kelas. Sobs.

Lepas habis trend kain sekolah labuh menjilat simen, keluar pulak trend kain sekolah senteng. Nak nampak lagi gojes, pakai stoken pendek paras buku lali. So terserlah sikit kaki tu kan? Ops trend ni aku dah habis sekolah ok. Nasib baik kalau tak dengan aku aku sekali terjebak. See? Betapa kaum perempuan mudah terpengaruh dengan trend berfashion. 

So bila aku pikir balik, kenapa kaum perempuan suka berfashion sampai jadi mangsa fashion? Kenapa aku cakap mangsa fashion? Satu, fashion kadang kadang tak kena dengan gaya dan personaliti kita. Ye. Fashion A memang cantik tapi untuk tubuh S je. So kalau yang bertubuh L, pakai fashion A, memang kelaut jawabnya. 

Quote makcik ni mungkin pennyebab kita untuk berfashion kan? hehe


Dua, why kita kena berhabis wang ringgit demi nak menuntut kepuasan berfashion? Kalau kita spend ratusan ringgit atau ribuan ringgit srtiap bulan semata mata nak mengejar trend berfashion yang terkini, adakah kita dapat kepuasan tu? Well orang akan cakap, ala apa salahnya reward diri sendiri. Berkorban sikit kalau nak berfashion. Tapi kalau habis ribuan ringgit untuk satu fashion yang tak kekal lama, silap silap terkorban terus. Hehe. 

Sebab tu kalau time nak raya, tiap kali nak buat baju raya, mak mesti marah aku kalau aku buat kurung moden. Mak kata, buat apa buat kurung moden, pakainya limit je. Tak semua event sesuai pakai kurung moden. Lagi pun tak selama lamanya badan kau solid aish oi. Wahh terus aku sentap. (mak! Aish makan set slim shaklee tau opkos leh menten solid!) haha. Tapi ada betulnya apa yang mak kata. Baik buat baju kurung biasa je. Fashion yang tak lapuk dek zaman! 

So jom la kita check balik diri kita adakah kita ni mangsa fashion atau tak. Percayalah. Tak berfashion pun, kalau kita yakin dengan kecantikan kita, mesti kita akan rasa pakai apa pun pasti nampak cantik tau! hoyeh! Lagi pun, less is more. :)

Peace! Klik button Share!

Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...