CABARAN 30 HARI BLOGGING DAY 5 - ADA APA DALAM BAG SAYA?

Bila sebut pasal bag, dengan seikhlas hati sambil buat muka penuh kejujuran, aku memang jarang beli hanbag. Handbag yang terakhir aku beli adalah erm....Masyallah tak ingat yang mana dan bila. rasanya dah 4 5 tahun aku tak pernah beli bag. Hahahaha. Sangat tak girly langsung cik aish kita ni. Tapi last 2 years kakak ada belikan hanbag longchamp untuk aku. Terima kasih atas buah tangan mu yang mahal tu. Longcham ori kat malaysia pun cecah 5 6 ratus. Mahal bagi aku. Tapi motip dia belikan mungkin sebab kesian dengan adiknya yang jarang beli hanbag. haha.Aku memang dilahirkan untuk tidak gemar dengan handbag!



Apa ada dalam bag cik aish kita ni? KITA TERJAH!! 


HANDPHONE
Aku cuma pemilik Samsung Galaxy S3 saja. Belum teringin lagi nak tukar handset ke siri siri yang seterusnya. Sebab aku cuma light user je. Beli yang cangging canggih sangat pun kalau gunanya cuma untuk whatsap, call mak kat kampung, call hubby tanya bila nak balik rumah, baik tak payah kan. Tapi mungkin aku akan tukar fon tak lama lagi. Sebab? Skrin retak. Betapa retak dan berkaca kaca mata aku bila tengok skrin fon dah retak seribu. Tu la. Sombong sangat taknak tukar. hahaa 



POWER BANK 
Aku merupakan seorang pengguna tegar sebijik henfon. kalau tak takkan sampai retak skrin kan? Ha gitu. Jadi aku memang betul betul pastikan powerbank ada dalam handbag. Dan pastikan kabel ada, dan fully charged! Bayangkan stu hari aku kena charge fon sampai 3 kali! Sebab aku nak reply semua wasap customer shaklee. Tak nak la dorang wasap, aku lambat reply. Servis mesti cepat betul tak?

PURSE
Yang ni kalau tak bawak, jawabnya jadi pendatang asing kejap lah aish oi. So benda paling wajib ada, purse la. Sebab situ la ic, situlah kad nikah, situlah kad bank, dan macam macam resit penuh dalam tu. Resit tebal dari duit tau! hehe. 




BAG MEKUP
Mekup la sangat aku ni. Aku memang tak pakai mekup pun. Last aku mekup adalah masa hari persandingan aku dulu. Sebab tu aku rasa sayang je nak tanggal mekup malam tu. Kalau boleh nak malam pertama dengan mekup di muka. haha. over di situ kan. Tapi alhamdulillah. Sebenarnya bila kulit kita jarang mekup, kulit rasa senang bernafas. Jerawat pun tak keluar. Lagi pulak aku guna supplement Shaklee. Sebab aku yakin, kulit cantik bukan dari mekup. tapi dari pemakanan kita. So cukuplah sekadar Compact Powder, Eyeline, Lipstick. 




SUPPLEMENT CASE
Aku memang pengguna Shaklee. So aku make sure akan ambil supplemen secara teratur. Tak nak skip skip. Sebab tu pergi mana mana mesti bawak supplement case. Kalau heavy duty kat tempat kerja, makan supplement memang penyelamat! Bertenaga balik tau! 

Ok. Ini jela barang yang ada dalam hanbag seorang Cik Aish. Simple je. Aku tak suka penuhkan barang dalam hanbag. Buat berat nak bawak je. Dan lagi satu, kalau bawak banyak sangat barang, means aku kena beli hanbag baru yang banyak compartment. Sebab hanbag longchamp ni takde compartment. Sebab tu tiap kali nak cari barang, memang bercinta habis! 

 
  So, life ni simple sebenarnya. Sesimple bag aku. hehe. plis dont mess up!




Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
Hunny Kitty
AUTHOR
September 22, 2014 at 10:42 PM delete

paling suka loreal pink tu!!

meh la singgah sini pulak

http://dia-honey.blogspot.com/2014/09/cabaran-30-hari-hari-10-apa-yang-ada.html

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 22, 2014 at 11:10 PM delete

Longchamp tu sama kaler :))

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...