CABARAN 30 HARI BLOGGING DAY 4 - TIPS DEKO RUMAH ALA ALA DEKO BERSAMA ERIC

Bila sebut pasal dekosrasi rumah idaman, aku memang adore gila dengan sentuhan kreatif Eric dalam DEKO BERSAMA ERIC. Rizalman pun tak kalah jugak. Sentuhan dua orang ni dalam mendeko rumah, memang superb! Kadang kadang rasa macam tak percaya bila tengok gambar sebelum dan selepas. Rasa macam nak panggil je salah sorang tu datang rumah aku dan deko secara percuma dan seikhlas hati!




Jadi kali ni aku nak share sedikit tips untuk deko rumah supaya nampak cantik macam deko bersama eric tu! 

1. Pilih warna cat yang sesuai. 
Selalu kalau aku jalan raya, aku suka tengok rumah dorang. Ada yang pilih cat yang sangat sangat cantik dan sesuai dengan dekorasi dalam rumah. Jadi aku cadangkan supaya pemilihan cat mesti sesuai dengan berapa luas rumah kita. Kalau rumah kita ada ruang yang besar, boleh guna warna tanah/gelap/. Tapi kalau luas rumah tu kecik, selalunya bilik tidur la kan..elak pilih cat yang gelap sebab ruang akan jadi lagi sempit! urghh

2. Kombinasi warna
Kalau dah pilih cat yang gelap untuk dinding, elakkan pemilihan ton warna yang gelap juga untuk perabot dan fabrik macam langsir. Sebab nanti pemandangan akan jadi lagi suram. Dan nyamuk pun suka nyorok dekat rumah korang hehe. Cuba buat kombinasi warna yang berlawanan. Kalau dinding gelap, mungkin fabrik dari sofa atau langsir boleh pilih warna cerah. Macam aku, aku suka kombinasi dengan putih. Nampak kelasss you! 


3. Bilik kecik tapi nak cat gelap jugak, camne?
Bilik aku pun kecik jugak. Tapi aku suka sangat dengan warna gelap macam ungu cadbury tu! So apa kata buat dua kombinasi warna. Pilih satu side je untuk cat warna gelap manakala yang selebihnya cat putih bagi nampak ruang lebih luas! Oh ye macam dinding purple bilik aku tu, actually tak siap lagi part frame. hehe. Nampak tak kontra kat situ? Cat gelap, tapi kita lawankan dengan aksesori terang macam frame berbingkai putih! 

Actually 3 tips ni je yang paling penting yang boleh aku kongsi dengan korang semua. ketiga tiga tips memang berkisar tentang pemilihan warna! Yela warna memang penting kan? Perabot mahal macam mana sekali pun tapi kalau cat tak sesuai, rumah nampak suram, nampak kecik, tak guna jugak kan?

Jom cuba! :)
Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
Cikgu Abah
AUTHOR
September 21, 2014 at 1:19 PM delete

saya suka "Secrets From A Stylist"
kadang-kadang simple tp kita tak terfikir boleh buat benda tu...
bila dia buat baru tau..la mudah je rupenye..

Reply
avatar
ecadwinkyasha
AUTHOR
September 21, 2014 at 6:32 PM delete

nice idea...ruma eca kecik tpi wall kaler terang, nampak la beso.hahaha

Reply
avatar
September 21, 2014 at 10:57 PM delete

Masih dalam proses mencari tema yang sesuai untuk mulakan proses dekorasi.

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...