NI ENTRY PASAL MAKCIK YE MAKCIK MAKCIK SEMUA!

memandangkan aku belum menjadi seorang makcik *umur 26 tahun masih kanak2 bawah umur. huahua* so aku pun tak tahu macam mana pemikiran seorang makcik. yang aku tahu, makcik mesti lah seorang yang bersopan santun dan lebih berhemah dari anak anak muda zaman sekarang. 

tapi makcik yang aku jumpa dekat IKEA petang tadi bukan lah kategory makcik yang aku fikirkan. dia hanya lah seorang makcik kategori terlebih ramah dan mampu mengundang malapetaka kalau berborak lama dengan dia. kurang ajar kan statement tu? hahahaha.


ok gambar macam biasa ah takde kaitan langsung dengan entry pasal makcik. adakah yang paling kanan tu makcik? haha tu kitew la..bukan makcik..sobs.


aku ni memang tak berapa nak pandai sangat berborak dengan makcik makcik. sampaikan aku pikir doploh lapan kali macam mana mak pp epal boleh berkenan dengan aku.bukan apa..aku ni jenis diam sikit bila dengan makcik. aku takut nanti perbualan aku tu akan mengguris hati tua mereka..eceeahh..korang pun tahu kan makcik makcik ni hati ibarat kaca. 

tapi makcik yang aku jumpa ni memang sangattttttttt.....tak tahu nak kata apa dah. mana taknya, dia borak dengan aku bajet aku ni dah seminggu kenal dia. ohhmaidarling.. plis plis..aku sangat tak reti nak layan makcik yang kategori borak berjam jam pastu ajak mengumpat. 

setiap pompuan yang lalu depan kitorang, makcik tu mesti judge diaorang punya dressing. yang bertudung ke, yang berlegging legggingan ke..yang terbelah sana sini ke..yang berbaju kurung pun sama kene jugak kritik. tu tak kena..ni tak kena..aku yang dengar ni, layan kan aje..tapi dalam hati..pergh mensirap darah aku..telinga ni dah naik bernanah! 

last sekali sebelum aku blah tinggalkan makcik tu..makcik tu boleh tanya aku.."dik, adik rasa akak ni gemuk tak?" memandangkan aku ni jenis yang tak reti nak main kasar, aku jawab je "taklah..akak tak gemuk, cuma rangka besar je" sambil senyum. baikkan aku? 

walaupun jawapan aku tak ikhlas...sebenarnya aku nak jawab.. -makcik ni gemuk sebenarnya. makcik kutuk kutuk orang yang lalu lalang dari tadi, makcik tak nampak ke diri makcik tu?- haaa tu jawapan yang aku nak cakap tapi tak sampai hati la kan sebab takut mengguris hati dan perasaan dia. 

so lepas ni aku jadi trauma nak duduk sebelah makcik tak dikenali..hahaha. ok bai makcik makcik yang sudi baca entry aku harini..eh korang makcik ke? hahaha lariksss..
Previous
Next Post »

13 komen

Write komen
Unknown
AUTHOR
January 22, 2012 at 9:33 PM delete

sama la cik aish, x reti nak sembang2 dgn org tua ni.. huhu

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 22, 2012 at 10:10 PM delete

@aisya hehe btul2...seyes tak tahu camne nak mulakan bicara

Reply
avatar
Eyeme
AUTHOR
January 22, 2012 at 10:41 PM delete

huhu..kdg3 geram dgn mkck3 yg cmtu...cuba la bersopan sikit ke kan...

Reply
avatar
January 22, 2012 at 11:01 PM delete

fuh fuh fuh!
makcik mulut laserrrrr! tssk! =.=

Reply
avatar
January 22, 2012 at 11:12 PM delete

haha...free2 je dpt title makcik baca blog aish nih...ishhh

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 23, 2012 at 1:20 PM delete

Eza reti la sikit nak borak ngan mak cik ni. hihi. p, kalau dah masuk bab mengumpat Eza tak suka. Memang akan diam. tapi mungkin akan cakap, " oh, ye ke?" banyak kali.. huahuahua! :P

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
January 23, 2012 at 9:21 PM delete

hahaha masa mak cik dok syok cakap tuh,cik aish keluarkan cermin bagi dia tengok sendiri.hihihi..

mas ok la klu di ajak borak,tapi kalau borak dok mengutuk,hanya mampu larik kan diri.

Reply
avatar
birubi
AUTHOR
January 24, 2012 at 9:45 AM delete

ckp je.. gemuk tu tak, tapi bdaan besor je..hihihi

Reply
avatar
ecadwinkyasha
AUTHOR
January 24, 2012 at 3:12 PM delete

sama la..xreti melayan makcik2..kalau gi kenduri2,,,xkisah pun org ckp sombong...hahahahaha..tapi kalau makcik tu ada anak teruna,nak layan bagus sikit la.wakakakaka.tak malu betul?!....

Reply
avatar
YouSOF
AUTHOR
January 25, 2012 at 3:24 PM delete

Tak kisah kalau diajak borak.. Tapi bila 'akak' macam tu yang ajak borak, rasanya kalau boleh nak elak jugak kot.. hehe

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
January 25, 2012 at 10:35 PM delete

susah tuh kalau jumpa makcik terlebih peramah sebab Lia juga begitu..

Reply
avatar
March 22, 2012 at 9:58 PM delete

haha...biasa la jenis org kan
kadang ada makcik yang cool
kadang ada makcik yang pot pet pot pet
letih ooo nak layan
apapun cik aish mmg mulut manis
hihi...

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...