actually...actually..actually... bila orang pung pang pung pang dengan list kenangan kenangan manis 2011, aku terpikir..apa kenangan manis aku tahun 2011..dapat jumpa Aaron Aziz? kena ngorat dengan Apek pemain bola tu ke?? ha takkan ada lah camtu. nampak sangat pendongengan di situ. eh? pendongengan tu bermaksud, sengaja mendongeng dongengkan cerita yang sedia dongeng. nasib korang la kalau salah pun. haha.
jadi..untuk tatapan anak anak aku yang bakal dilahirkan selapas aku berkahwin nanti..nah..ni lah kenangan manis 2011 mama yang tak berapa nak manis sangat. tapi sweet tu ada ah.
pertama : bertemu buah hati pengarang jantung melalui pesbuk. so lagu najwa latip "cinta mukabuku" tu memang jadi peberet kitorang lah kan! hehe. pp epal..thanks sebab sudi bersama sama saya yang tak berapa nak tinggi ni. :p
Kedua : sesi jejak kasih. dapat jumpa balik rakan rakan penjenayah masa di universiti dulu. ye kami sangat penjenayah sebab masing masing kalau gaduh dengan pakwe, semua enset, kasut tumit tinggi, pintu bilik, semua terbang.haha. jenayah tak?? jenayah tak???
Ketiga : melaksanakan mision yang tak berapa nak imposible iaitu berjimba di genting highland ketika KL selalu hujan waktu petang. so ni kira mision imposible jugak ah sebab berani mati naik genting time musim hujan. *tapi cuaca sangat baikk hari tu!!!
Keempat : berjaya melakukan mision yang kali ni memang betul betul imposible tapi jadi kenyataan jugak. iaitu berjaya menjejakkan kaki ke bumi Europe iaitu Milan Italy, Switzerland, dan France selama 2 weeks. berkoyan koyan pengalaman berharga yang aku kaut kat bumi eropah ni. pakwe mat saleh je aku tak dapat nak kaut.
Kelima : dapat bergambar puas puas dekat globe Universal dekat Singapore! walaupun frust tak dapat masuk universal studio yang best tu, tapi tak pelah..anggap jela, aku terpaksa datang lagi tahun ni..wah terpaksaa gitu!
Keenam : dan yang paling manis antara yang manis dalam 2011 adalah..apabila pp epal dan keluarga datang merisik untuk menetapkan tarikh pertunangan kami pada tahun 2012..yes. yes yes! nak dapat mak mertua yea yea. haha.
"2012....segalanya bermula di sini............"
7 komen
Write komenbanyak jugak kenangan manis cik aish.. bila dah tunang nanti, jangan lamo-lamo, lekas lekas kahwin na! :)
ReplyIndahnya tahun 2011 cik aish. Nampak gayanya jodoh cik aish dengan si dia panjang ni.. Muka lebih kurang sama jee.. :), semoga sampai jodoh korang hingga ke syurga. Amiin..
Replyyana paling suka pertama, keempat, kelima keenam! hahahahah... best nya dapat pergi travel!!! oh, yana pernah masuk USS, dan yang keenam tu, masih menanti org untuk merisik, x macam kak aish! lol
Replywaaahhh..
Replytahniah ye..
dah nak kawin eh..
t jgn lupa jemput sy tau :P
wahhhhh dh nk tunang.congrats cik aishhhh.cik aish knp lama tak update belog.rindu lahhhhh.
Replycik aish,buat lah tutorial utk rara.
hahah 'yes2 dpt mak mertua'<<ayat rasa nk cubit je aish.hahah..tahniah2..seronok n tumpang hepi baca..^ ^
Replynapa tak terus engej je cik aish? takyah merisik2 kabar segala. eniwei. semoga hingga ke hjg nyawa. aminn...
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon