Isteri Ajak Suami Hilangkan Viceral Fat Dengan Cara Detox Bersama Sama. Bagaimana Nak Detox?

Selain kurus, glowing face & kurang craving, satu lagi kesan detox yang paling saya suka ialah viceral fat yg makin turun. Susah tau nak turunkan viceral fat ni. Jadi dengan cara DETOX sahaja boleh buat viceral fat ni turun. Selalunya golongan suami yang paling tak kesah skali pasal viceral fat ni.  Apa tu viceral fat? Lemak yg mendap di celah celah organ, salur darah dan bawah kulit. Jadi Nak tahu lebih lanjut macam mana detox boleh membantu, boleh habiskan pembacaan ye. 




SIAPA YANG PERLU PEDULI TENTANG VICERAL FAT?

1. Yang tak berapa kurus (aka body fat terlalu tinggi) memang cukup obvious lah kan? Tapi yang kelihatan kurus pun usah selesa sangat. Pernah dengar kan "badan kurus tapi tinggi kolestrol".
2. Wanita yang sedang BF agak selamat sebab sentiasa burn kalori yg agak tinggi. Yang tak BF (laki/pompuan) dah kena start jaga. Kalau malas nak jaga, sila beranak lagi & lagi & lagi. Hehehe

Tapi dalam banyak banyak golongan, suami yang paling tak kesah skali pasal viceral fat ni. Sbb laki ni xde nak pressure pakai baju lama2 yg dh ketat mcm org pompuan (apa barang pakai baju lama, baju baru la cun), kanan kiri atas bawah kawan2 semua sama cumil aka perut ke depan sikit (lagi buncit lagi happy katanya) dan nak bersukan? Sori bang, keje banyak, dok dang nak jogging ke ape ke. Lebih gusar kalau ciri2 ni ada kat suami2 kita.

Letih weih nak pujuk laki buang lemak.
Lemak adalah ASSET bagi mereka. 



APA ISTERI BOLEH BUAT KALAU SUAMI JENIS TAK KISAH GEMUK?
Kalau belum buat detox, cepat cepatlah buat. Tak payah nak tggu tengah bulan pun xpe. Raya dah nak dekat ni. Lagi awal kita mula lagi banyak Kilo & Inci yg kita boleh buang tau dan lagi cerah sinar iman di muka. Wow! Sambil kita dah berjaya detox & cuba nak eatclean, libatkan juga suami sama makan. Supaya sama2 sihat. Takmolah kita je yg sihat cun melecun kan? Kan best kalu gambar raya tahun ni sama2 selim melim. Ye dok?



APA ITU DETOX? KENAPA PERLU DETOX?

Detoksifikasi, atau 'DETOX'. Anda mungkin pernah mendengar detox tetapi apakah maksudnya? Apabila anda detox, anda membantu organ-organ secara optimum membuang toksin dan kekotoran dari sistem anda dengan lebih berkesan.





8 KEBAIKAN JIKA ANDA SERTAI FRESH START WITH SHAKLEE TOTAL DETOX

• Pengurangan berat • Colon/usus Sihat • Badan bertenaga • Kurang rasa nak makan • Kulit yang Lebih Baik • Hati yang sihat • Menguatkan sistem ketahanan tubuh • Tidur Lebih Baik


APA KHASIAT SETIAP VITAMIN YANG ADA DALAM SET DETOX SHAKLEE?


LEBIH TENAGA!

Muscadine anggur : Salah satu penggalak tenaga yang paling kuat, antioksidan yang hebat dan agen anti-radang serta melindungi sel-sel anda daripada kerosakan.

SKIN RADIANT & HATI SIHAT

Milk thistle : Menggalakkan hati yang sihat dan bercahaya, kulit berseri.

BODY FIT & SIHAT

Alfalfa : Sangat berkhasiat,  berguna dalam mengurangkan berat badan.

PENGHADAMAN YANG LEBIH BAIK

Daun Senna : herba yang mesra usus yang membantu masalah sembelit, melegakan dan menggalakkan buang air besar.

MELEGAKAN GAS DAN KEMBUNG 

Pudina dan halia : Digunakan secara tradisional untuk melegakan dan menenangkan perut







HILANG 10KG DALAM 10 MINGGU LEPAS DETOKS


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Saya merupakan ibu kepada 2 orang anak. Umur saya baru mencecah 31 tahun dan saya adalah seorang yang gemar kepada makanan.


Badan saya mula naik bagai dipam-pam sejak pertengahan tahun 2015. Masa tu anak kedua saya, sudah semakin kurang menyusu badan. Saya dapat rasakan perubahan yang ketara pada diri saya. Saya makin kuat makan dan selera makan saya semakin membuak-buak. Setiap kali tiba waktu makan, saya pasti akan makan nasi bertambah.

Akibat daripada corak pemakanan yang tidak terurus dan tiada aktiviti senaman yang dibuat, berat badan saya semakin bertambah dah kemuncaknya pada Bulan Februari. Pada waktu itu, anak kedua saya dah pun wean off. Berat badan saya mencecah 97kg. Masa tu, keadaan diri saya sangatlah tidak selesa. Saya selalu rasa letih dan penat. Sukar nak bangun awal pagi. Badan selalu sakit-sakit. Nak solat pun susah. Selalu sakit kepala akibat tekanan darah meningkat dan selalu sangat mengah walaupun buat kerja ringan.

Selain daripada itu juga, baju-baju saya banyak yang dah tak boleh pakai. Saya terpaksa membeli baju baru dengan size XXXL. Sedih sangat. Baju-baju lama saya, semua terpaksa disimpan dalam almari buat perhiasan je. Kalau pakai jugak, memang tersembul-sembul keluar lemak perut..

Namun, pada pertengahan bulan Februari, saya mula nekad dan belajar cara pemakanan yang lebih sihat. Saya amalkan cara pengambilan makanan yang betul serta mengikut keperluan diri saya yang sepatutnya.. Saya belajar cara buat detox.. Saya mula konsisten mengamalkan Set Kurus Shaklee.. Dan mula bersemangat melakukan senaman.


4 perkara UTAMA yang saya buat sepanjang 10 minggu ialah :-


1- Saya amalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Saya kawal makanan yang masuk ke dalam badan saya. Saya jaga kuantiti makanan yang saya makan dan saya masak makanan yang lebih sihat dari segi penyediaannya.

2- Saya mula membuat detix. Saya mulakan dengan detox parasit selama 2 bulan (Feb&Mac). Kemudian saya sambung dengan detox cara Shaklee (April). Kedua-dua jenis detox ini saya menggunakan produk Shaklee. Produk detox yang saya gunakan ialah Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Garlic Complex, Herb-Lax, Peppermint Ginger & Nutriferon.

3- Saya mengamalkan Set Kurus Shaklee dengan konsisten dan dengan cara pengambilan yang betul. Tidak skip dan makan ikut dos yang sepatutnya. Antara suplemen yang saya amalkan ialah Cinch Shake, Cinch Tea Mix, Omega Guard & Lecithin.

4- Saya juga melakukan senaman seminggu 3 kali dengan konsisten. Antara senaman yang saya lakukan ialah, jogging, burpees, squats, plank dan aerobik.


Selepas melakukan keempat-empat perkara ni dengan konsisten dan istiqomah, berat saya mula turun dengan mudah sebanyak 10kg dalam masa 10 minggu. Dan apa yang paling menggembirakan saya, banyak berlaku penurunan inci pada ukuran badan saya. Terutama di bahagian perut. Kalau dulu macam orang mengandung 8 bulan, sekarang dah kurang. Pakai baju pun dah tak nampak perut buncit. Malah saya dah boleh pakai semula baju saya bersaiz XL. Saya happy sangat-sangat. Gembira tak terkata.

Berat saya yang terkini adalah 87kg. Dan saya masih dalam misi menurunkan 20kg berat saya. Doakan saya berjaya mencapai misi saya membuang 30kg berat badan keseluruhan.. Dan saya kongsikan cerita saya agar dapat memberi inspirasi kepada anda semua yang memerlukan. Akhir kata daripada saya, apa pun yang kita lakukan,lakukan dengan bersungguh-sungguh. Nak kuruskan badan, mesti buat apa yang daya kongsikan tu supaya kita dapat hasil yang menakjubkan!

"GEMUK IS NOT AWESOME. HIDUP DENGAN SIHAT, JADI LEBIH SIHAT DENGAN SHAKLEE"









4 SEBAB KENAPA ANDA PERLU DAPATKAN SET DETOX SHAKLEE DARI KAMI


1. BERPELUANG UNTUK DAPAT DETOX MEAL PLAN 
Setiap pembelian set detox, anda akan mendapat percuma A 7-Day Detox Meal Plan dan Ramadhan 7-Day Detox Plan. Di mana anda akan mendapat panduan lengkap bagaimana untuk detox dalam masa 7 hari. 





2. PURCHASE WITH PURCHASE BLENDER 





Pada bulan ini shaklee ada menawarkan  PWP blender seperti yang di dalam gambar. Shaklee dah cuba bermacam macam brand (Panasonic etc) dan discover ini yang paling best. Yang lain lain tu ada yang kurang power, goyang goyang masa blend dan cepat berkarat. Blender ini boleh buat jus detox dengan campuran sayuran, buah dan juga vivix. Jadi sebelum mula bulan puasa ni boleh la berdetoks. 


3. PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE
Dengan setiap pembelian set detox Shaklee, anda akan mendapat percuma keahlian dan jimat RM78.90! Kelebihan menjadi ahli boleh rujuk entry kami di sini. Kelebihan Daftar Ahli


4. PURCHASE WITH PURCHASE SALAD TO GO CONTAINER
Set detox ni bukan je dpt membership free, tapi jugak dapat beli salad to go container pada harga murah. Mesti lagi semangat nak berdetox kan?





CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET DETOX SHAKLEE

CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET DETOX SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. 

CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

CARA 3
Dapatkan keahlian Shaklee secara percuma dengan pembelian dua botol VIVIX. Faedah menjadi ahli antaranya adalah dapat menikmati harga produk yang jauh lebih murah antara RM10-RM100 


IsmaLyeza
Visit my ig @almaricantikdotcom
Email: ismalizayahya86@gmail.com
COD Area: Seremban, Port Dickson, Bandar Baru Bangi

Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
Abdul
AUTHOR
May 4, 2017 at 5:35 PM delete

Setakat ini belum pernah cuba,

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...