Buat Dua Kerja Dalam Satu Masa Tak Ada Masalah Pun, Apa Rahsia Saya Jana Dua Income Serentak?

Ramai sebenarnya yang ada keinginan untuk dapat dua income. Tapi tak semua yang tahu macam mana cara paling baik untuk jana dua income sebulan. Saya seorang yang makan gaji, dan saya juga buat biznes online. Jadi setiap bulan saya terima dua jenis income. Income dari gaji selalunya saya gunakan untuk perbelanjaan hakiki tapi income dari biznes online saya gunakan untuk saving


BEKERJA DI SEKTOR SWASTA

Pengalaman bekerja di satu company swasta di Petaling Jaya 4 tahun lepas sebenarnya memang agak mencabar bagi saya. Lagi lagi bila masa tu saya baru lepas bersalinkan anak pertama. Berulang dari Seremban ke Petaling jaya setiap hari memaksa saya untuk bangun seawal jam 5 pagi untuk bergegas ambil bas express ke Pasar Seni Kuala Lumpur dan saya naik LRT menuju ke Taman Jaya.


SEDIA BERKHIDMAT HEHE



Begitu juga balik rumah pun hari dah gelap. Jadi tempoh 2 tahun saya berulang dan dalam masa sama menjalankan biznes online memang agak mencabar fizikal dan mental. Lepas saya berjaya transfer ke Bangi, saya pilih untuk drive kereta manual saya meredah highway PLUS KL Seremban yang kadang kadang jam dekat RNR Seremban sampai ke Nilai. Saya spent kos yang agak tinggi untuk transport, minyak, tenaga dan masa atas jalanraya. Teringat entry saya sebelum ni, Risiko mati awal bila jauh dari tempat kerja. 


RAHSIA JANA DUA INCOME SERENTAK

Jadi bagaimana saya dapat satu lagi income dari hasil biznes online tadi? Ok saya nak share tips yang paling mudah tapi sebenarnya memerlukan komitmen yang tinggi kalau nak ikut. 

1. Pilih satu jenis biznes dan cuba fokus
Sekarang ni memang banyak pilihan kalau kita nak buat biz online. Tapi saya cuba untuk taknak ikut trend. Orang jual tudung, saya tak nak ikut trend orang jual tudung. Sebab saya fokus satu je. Iaitu saya buat biznes Shaklee. 4 tahun saya setia dan fokus pada biz shaklee. 

2. Pandai agihkan masa
Saya jarang bazirkan masa untuk bbenda benda yang tak berfaedah macam scroll gosip artis dan sebagainya. Saya gunakan setiap masa yang terluang untuk fokus biz saya. Kadang kadang waktu lunch pun saya sempat update blog atau pun sekadar follow up customer. Bab pos barang tu kadang kadang saya serahkan pada suami. 

3. Tak berlagak jadi superwomen
saya memang sebelum kahwin, dah agih agihkan tugas dan hal hal rumahtangga dengan suami. Kalau saya masak, suami basuh pinggan, kalau saya sidai baju, suami lipat baju. Macam tu la. Jadi saya tak rasa terbeban sangat dengan semua kerja kerja rumah. Prinsip saya ringan sama sama dipikul dan berat sama sama dijinjing. ALhamdulillah suami sangat membantu. Jadi saya boleh fokus buat biz saya dengan sokongan dan bantuan suami.



4. Biar sedikit asalkan berterusan
Ada orang pulun buat biz gila gila sampai tidur tak cukup, rehat tak cukup, last last rasa penat lepas tu give up. Bagi saya, style saya adalah steady dan cool. Buat pe nak paksa diri buat benda yang kita tak mampu tapi akhirnya kita stop terus. Saya jenis yang buat memadai dengan apa yang saya mampu tapi istiqomah dan berterusan. Sebab tu 4 tahun saya buat biz shaklee, tak pernah saya stop sharing info dengan customer saya. Hari hari keep update 

5. Amalan rohani
Amalan rohani paling penting. Jangan tinggalkan solat 5 waktu, banyakkan doa, kalau boleh doa sepesifik. Niatkan supaya rezeki yang allah bagi tu kita nak gunakan untuk bantu keluarga kita, untuk bantu mak ayah kita kat kampung dan sebagainya. Saya tak pernah doa mtk Allah bagi rezeki supaya saya boleh beli handbag baru. saya selalu niatkan rezeki tu kalau saya dapat, saya nak guna untuk manfaat orang lain. Untuk suami, anak, mak ayah. Jangan lupa bab sedekah. Banyakkan memberi dari menerima.


KENAPA SAYA PILIH BIZNES SHAKLEE?


1. BONUS SAMA BANYAK MACAM MAKAN GAJI
Jujurnya saya memang tak niat pun dulu untuk daftar ahli sebab nak buat biz. Saya cintakan shaklee kerana produknya. Memang banyak imrpve kesihatan saya dulu sampai sekarang. Tapi saya start bukak mata untuk buat biz sebab saya nampak peluang cerah bila join biz ni. Bayangkan bonus saya setiap bulan hampir sama dengan gaji kerja hakiki saya. Tak masuk untung runcit lagi.






BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU KEHIDUPAN NANA



2. PRODUK YANG BAGUS

Kenapa saya cakap produk shaklee bagus? Sebab Shaklee antara company yang berani buat LAndmark Study ke atas produk mereka. Kajian dilakukan berpuluh tahun. R&D memang mantap dan meyakinkan. Malah, Vitalea atau pun multivitamin shaklee, merupakan multivatmin pertama di dunia yang berjaya dihasilkan oleh Shaklee. Sedangkan produk lain, R&D mereka tak berdasarkan kajian saintis. Cuma 4 5 tahun je kajian tu pun bukan dari third party macam yang shaklee buat. Boleh google macam mana landmark study ni dibuat dekat Shaklee. 


3. ORGANISASI YANG MANTAP

Nak buat biz, saya perlukan mentor. Kalau takde mentor, saya nak follow siapa? Siapa yang nak saya rujuk kalau saya perlukan bantuan dari segi sokongan dan panduan semua tu? Jadi biz shaklee bagi saya peluang masuk group yang mantap macam Ireach. Jadi tak hairan la kalau ada orang sanggup pm saya nak belajar skil marketing dengan saya hehe




TEAM IREACH 



Untuk masuk team saya, saya taknak janjikan bulan dan bintang, Tapi Kalau anda nak cuba ubah nasib, nak dapat dua income serentak selain dari makan gaji, boleh sertai team Shaklee saya. Insyallah kalau tak dapat bulan dan bintang pun, sekurangnya dapat naikkan saving untuk anak anak kita. Walau pun kita makan gaji, kita boleh buat biz. Kita boleh sebenarnya. :) 



CARA UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI?


Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang bagaimana saya boleh bantu untuk daftarkan anda sebagai ahli. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi dan agen sah yang boleh membantu untuk daftarkan ahli


IsmaLyeza
ig @almaricantikdotcom
Email: ismalizayahya86@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-6716961
COD Area: Seremban, Port Dickson, Bandar Baru Bangi
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...