Walaupun sudah melahirkan anak yang kedua, dan telah melalui pengalaman dibedah juga kali kedua, namun luka lepas operate caesar ni berbeza beza. Sama ada masalah timbul atau tidak selepas operate, bergantung pada badan seseorang, bagaimana penjagaan dia pada tempat luka tersebut, penjagaan makanan, dan aktiviti yang dilakukan. Setiap orang mempunya pengalaman yang berbeza.
Melahirkan secara operate caesar memanglah kalau dilihat secara luarannya ramai yang akan kata kita nampak sihat. Nak berjalan tak payah kepit kepit sebab kat bawah tu tak sakit. Masa dalam pantang nak jalan pun laju je tak macam orang yang bersalin normal. Tapi luka kat perut tu pedihnya agak lama nak hilang. Bagi wanita yang bersalin secara caesar, itu lah dilema yang mereka hadapi. Rasa pedih pada bekas luka operate tu masih terasa walaupun dah 90 hari melahirkan.
PEDIH PADA BEKAS LUKA CAESAR SELEPAS HAMPUR 2 JAM SETENGAH PAKAI BABY CARRIER
Ikut pengalaman saya yang terbaru ni, saya pada mulanya cepat baik luka secara luaran. Semasa saya berjumpa doktor untuk pemeriksaan semasa 22 hari, luka tu dah baik dan memang saya pun dah kurang rasa pedih pada waktu tersebut..maknanya luka dalaman pun saya agak semakin baik sebab kurang rasa pedih. Memang rasa syukur sangat. Dengan ubat sapu yang diberikan oleh doktor, tempat luka tu pun sekarang dah licin, kesan potong yang cantik berbanding pembedahan kali pertama dulu.
Tapi dalam dua minggu ni saya mula terasa pedih-pedih lagi di dalam perut. Sedangkan ni dah nak masuk 90 hari. Tak adalah rasa pedih ni pedih yang melampau, tapi saya rasa pedih, sedangkan saya dah lama tak rasa pedih macam tu..Sebelum ni memang dah lama saya tak rasa pedih ni.. Bila difikir balik, saya mula rasa pedih semula ni selepas hampir 2 jam setengah pakai baby carrier dengan mengendong Nazif semasa saya keluar membeli belah dua minggu lepas.. Padahal saya memang tahu dan sentiasa diingatkan oleh kakak-kakak saya supaya jangan angkat lagi benda yang berat-berat sekurang-kurangnya setahun. Nazif baru je 5+kg, tapi mungkin dengan memakai baby carrier tu memberi tekanan pada bahagian perut untuk badan sokong berat Nazif berbanding kaedah dukung yang biasa. - sumber
Tapi dalam dua minggu ni saya mula terasa pedih-pedih lagi di dalam perut. Sedangkan ni dah nak masuk 90 hari. Tak adalah rasa pedih ni pedih yang melampau, tapi saya rasa pedih, sedangkan saya dah lama tak rasa pedih macam tu..Sebelum ni memang dah lama saya tak rasa pedih ni.. Bila difikir balik, saya mula rasa pedih semula ni selepas hampir 2 jam setengah pakai baby carrier dengan mengendong Nazif semasa saya keluar membeli belah dua minggu lepas.. Padahal saya memang tahu dan sentiasa diingatkan oleh kakak-kakak saya supaya jangan angkat lagi benda yang berat-berat sekurang-kurangnya setahun. Nazif baru je 5+kg, tapi mungkin dengan memakai baby carrier tu memberi tekanan pada bahagian perut untuk badan sokong berat Nazif berbanding kaedah dukung yang biasa. - sumber
10 CARA UNTUK MENJAGA LUKA BERSALIN CAESAR SUPAYA BETUL BETUL SEMBUH
1. PASTIKAN KAWASAN LUKA SENTIASA KERING
Elakkan luka czer dalam keadaan basah. Selepas mandi, pastikan kawasan luka itu kering. Ibu boleh anginkan di hadapan kipas atau dengan cara lebih mudah, gunakan pengering rambut. Ini penting untuk elakkan luka berada dalam keadaan lembap dan akan mudah dijangkiti kuman.
2. CARA PAKAI BENGKUNG DENGAN BETUL
Jika ibu bersalin czer hendak memakai bengkung, pastikan pakai bengkung selepas seminggu atau dua minggu pembedahan. Cara memakai bengkung bagi ibu bersalin czer adalah ibu perlu mengeringkan dahulu kawasan luka dan letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering.
3. ELAKKAN MENGGUNAKAN UBATAN TRADISIONAL SEPERTI MINYAK SAPU UNTUK PULIHKAN LUKA
Tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka kerana dikhuatiri minyak tersebut akan mengganggu percantuman semula kulit. Doktor akan menasihatkan agar mereka tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.
4. PARUT LUKA CZER
Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan vitamin E.
Keloid wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering.
5. RISIKO JAHITAN TERBUKA ITU BIASA
Risiko jahitan terbuka tetap ada dan ia perkara biasa. Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali.
Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul.
6. JAHIT SEMULA LUKA YANG TERBUKA
Sekiranya ibu mendapati jahitannya terbuka, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak.
Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.
7. DIABETES DAN LUKA CZER
Ibu hamil yang menghidap diabetes, akan mengambil masa untuk sembuh luka jahitan. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.
8. MAKAN MAKANAN SEIMBANG
Vitamin C salah satu bahan utama untuk mempercepatkan luka bersalin sembuh. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
9. AMBIL MULTIVITAMIN UNTUK PENYEMBUHAN SEGERA
Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan.
10. HATI-HATI DENGAN UBATAN TRADISIONAL
Ibu selepas bersalin perlu berhati-hati terhadap pengambilan ubat-ubatan tradisional terutamanya dari segi kebersihannya. Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan.
[Sumber : Majalah PAMA]
KUASA REVERATROL DALAM VIVIX MAMPU PULIHKAN BEKAS LUKA OPERATE CAESAR
CARA MEMBUAT PEMBELIAN VIVIX
CARA 1
Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.
CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.
CARA 3
Dapatkan keahlian Shaklee secara percuma dengan pembelian dua botol VIVIX. Faedah menjadi ahli antaranya adalah dapat menikmati harga produk yang jauh lebih murah antara RM10-RM100
IsmaLyeza
Visit my ig @almaricantikbyisma
Email: ismalizayahya86@gmail.com
COD Area: Seremban, Port Dickson, Bandar Baru Bangi
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon