Mata Dan Kulit Menjadi Kekuningan Petanda Penyakit Batu Hempedu


Penyakit batu hempedu selalunya terjadi apabila  kandungan kolesterol di dalam darah terlalu banyak, kurang minum air dan suka makan benda berlemak. Mata dan kulit akan menjadi kekuningan dan ini merupakan salah satu petanda penyakit batu hempedu. Penghidap akan menanggung sakit yang berulang-ulang dan bergantung pada ubat tahan sakit semata-mata. 



APAKAH TANDA TANDA BATU HEMPEDU?

Bagaimana nak tau samada anda ada batu dalam hempedu atau tak? Biasanya memang tak ada simptom yang khusus, tapi, kalau kena simptom berikut, elok la pergi check. Atau saja buat routine medical check-up pun boleh.



1. RASA SAKIT BERPANJANGAN
Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.



2. DEMAM
Demam - Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.




3. MATA DAN KULIT MENJADI KEKUNINGAN
Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan. Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal.


4. SAKIT PERUT, LOYA DAN MUNTAH


5. SAKIT TERUK DI BAHAGIAN ATAS ABDOMEN
Batu karang hempedu di bahagian hujung duktus hempedu sesame akan menghalang aliran enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang dipanggil ‘Ampulla of Vater’. Aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut. Ia menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang.



PUNCA PUNCA SAKIT BATU HEMPEDU

  • Batu dalam hempedu biasa terbentuk sekiranya kandungan kolesterol di dalam darah terlalu banyak.
  • Kurang minum air
  • Suka makan benda berlemak
  • Suka makan benda-benda masin
  • Suka makan nasi lemak (bilis,sambal dan santan sangat bahaya)
  • Suka makan “seafood” yang kaya dengan kolestrol jahat



PENGALAMAN DERITA BATU HEMPEDU KETIKA MENGANDUNG

Asalnya saya menyangka masalah gastrik datang kembali setelah sekian lama tidak mendapat serangan. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pedih yang amat di bahagian ulu hati, abdomen depan dan belakang sehingga hanya mampu merengkot di atas katil menahan sakit. Apa sahaja makanan yang masuk akan dimuntahkan. Badan jadi lemah tak bertenaga. Saya yang merupakan seorang penjawat awam terpaksa mengambil cuti rehat.

Ketika itu juga saya baru disahkan mengandung anak ke-3. Doktor mengandaikan perubahan hormon yang menyebabkan gastrik menyerang. Saya diberikan ubat cecair berwarna putih untuk masalah gastrik dan angin. Paracetamol juga dibekalkan sebagai penahan sakit. Doktor juga berikan saya cuti sakit selama beberapa hari. 

Setelah habis ubat, sakit masih belum reda. Saya dibekalkan lagi doktor ubat yang hampir sama serta disambung cuti sakit beberapa hari. Keadaan berulang sehingga habis 3 botol ubat cecair putih tersebut. 

Suatu hari, kebetulan saya ada temujanji di Klinik Ibu dan Anak untuk pemeriksaan rutin ibu hamil. Jururawat yang bertugas menegur tentang mata saya yang kelihatan kuning. Sebenarnya saya ada perasan perubahan tersebut, tetapi tidak mengambil serius kerana kurang pengetahuan. 

Setelah itu, saya dirujuk kepada pakar perubatan. Rupanya beberapa simptom yang telah saya alami sebelum ini adalah petanda masalah hati. Simptom tersebut termasuklah gatal-gatal di seluruh badan, najis pucat dan air kencing berwarna gelap. Pemeriksaan ultrasound mengesahkan saya ada batu dalam hempedu sebesar hampir 1cm.

Doktor cuma nasihatkan saya mengawal pemakanan dan ambil paracetamol sekiranya sakit menyerang. Rawatan lanjut samada pembedahan atau laser tak digalakkan pada awal kehamilan. Sebaiknya tunggu selepas bersalin. 

Saya memutuskan untuk ikhtiar cara lain sementara menunggu temujanji seterusnya. Sebenarnya saya tak tahan menanggung sakit yang berulang-ulang. Tak mungkin saya boleh bertahan dengan ubat tahan sakit semata-mata. Lagipun memang saya tak biasa amalkan Paracetamol sebelum ini.

Setelah buat pembacaan, kajian dan merujuk pada mereka yang lebih arif, saya mula mengambil makanan tambahan Shaklee iaitu Lecithin, Omega Guard, Vita-C, OsteMatrix, Alfalfa, DTX Complex dan Vivix (selepas bersalin). Saya juga amalkan diet dan petua alternatif menggunakan pemakanan yang sesuai. 

Alhamdulillah.. hanya beberapa hari selepas mulakan suplemen, simptom Jaundice mulai hilang diikuti dengan reda gatal-gatal, najis dan air kencing kembali normal. Sejak itu saya tak lagi diserang sakit abdomen seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun saya teruskan semua suplemen sehingga selamat bersalin. 

Selepas pantang, saya dirujuk semula kepada doktor. Syukur sangat bila didapati batu hempedu telah mengecut sebanyak 2mm. Doktor setuju untuk saya meneruskan usaha alternatif tanpa rawatan lanjut. Kira-kira setahun kemudian, saya kembali hamil. Sekali lagi kerisauan mengenai serangan batu hempedu menghantui saya. Apabila buat pemeriksaan ultrasound, saya amat terkejut bila doktor memaklumkan bahawa hempedu saya sangat bersih dan tiada batu. Hanya ada sedikit saja 'sludge' yang normal. 

.


Alhamdulillah... Saya sangat gembira kerana dapat kembali sihat tanpa ubat dan pembedahan. Sekarang saya tidak teragak-agak untuk terus amalkan Shaklee sebagai langkah pencegahan dari masalah ini berulang kembali. Cukuplah sekali saya melalui pengalaman menyakitkan itu. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah batu dalam hempedu seperti saya. 





Jom kita saksikan bagaimana beliau akhirnya berjaya sembuh dari gejala penyakit ini dan batu hempedu tersebut akhirnya hilang hanya dengan mengamalkan pengambilan produk Shaklee.







CARA MEMBUAT PEMBELIAN VIVIX 

CARA 1
Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. 

CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

CARA 3
Dapatkan keahlian Shaklee secara percuma dengan pembelian dua botol VIVIX. Faedah menjadi ahli antaranya adalah dapat menikmati harga produk yang jauh lebih murah antara RM10-RM100 


IsmaLyeza
Visit my ig @almaricantikbyisma
Email: ismalizayahya86@gmail.com
COD Area: Seremban, Port Dickson, Bandar Baru Bangi

Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...