JANGAN LA NGURAT AI..HAHAHA

Tags

ok. kisah ni dah lama berlaku. tapi baru hari ni nak story. 
cerita nya begini. 

satu hari, aku pergi cafe beli bekfast. maklum ah perut lapar. hari hari pun lapar. *tu pasal berat badan ai 54! syh..* dipendekkan cerita, aku berebut bihun dengan kawan sekerja aku. ekeleh bihun pun nak rebut dengan gadis lemah lembut macam aku ni. dasar! 

3 hari lepas tu, mamat tu add aku dekat facebook. dia pun tanpa segan silu borak borak mesra dengan aku. aku ni memang ramah bila orang ramah dengan aku. sama gak ah kalau orang benci aku, 10 kali ganda aku benci dia. ha begitu. 

2 hari aku borak borak dengan dia. sampai la satu tika dan detik ni dia pun meluahkan perasaan dia. lepas tu layan aku macam baby baby princes je. uwek uwek. 

Awak, saya sebenarnya minat kat awak sebab awk comel. 
 *ceh konon puji nak kasi aku cair? haremm*
awak, jom kita pergi lunch sama sama, saya belanja. 
awak, saya teringin sangat nak dengar suara awak.  
*since dalam ofis kitorang memang tak pernah bertegur sapa*
awak, awk balik naik apa? saya nak teman awk. saya risau awk jalan sorang sorang. 
awak, jom teman saya jalan jalan, kita g tengok wayang, karoke..
kita berdua je la takyah la ajak kawan kawan awk yang lain. 

tapi aku tak terima sepatah haram pun setiap ajakan dan godaan dia tu. hahaha. gila ke nak kuar tgk wayang berdua dengan lelaki lain? tak sanggup nak mencurangkan diri dengan pp epal. (pp epal sila bersyukur dapat awek setia macam ni) 

tak cukup dengan ayat ayat macam tu, dia cari pulak nombor telefon aku. pastu dia mesej. hai baby mucuk..buat apa tu.. hAaaa apokahhhh? gara gara bihun ekau jadi begini jang oi..aku hempuk jugak mamat nih

aku pun slow talk dengan dia. "kamu, saya ni dah ada boifriend. sila paham."
dia pun jawab. "ala baru boifriend belum suami lagi."
haahhhh?? what the fish!

yarrkkkkkkkkkk...sumpah aku geli. pp epal pun tak geli geli macam tu dengan aku masa we all baru baru kapel dulu tau. hahaha. apa daa..suka menyusahkan diri. tau la ai comel kan. *eh terpuji diri pulak camane ni boleh backspace tak hehehe!* lepas tu kan.....apa jadi dengan mamat tu? pp epal buat apa dengan mamat tu? kantoi??!!

Photobucket
PP epal buat apa ye dengan mamat yang berani mengacau makwe dia ni?..hahahaha eceeeahh

ha esok la aku update lagi. hahahahaha. bye semua. nantikan episod penuh debaran ni. nasib lah pp epal ooii..lepas ni u kena jaga ai baik baik. kalau u buat hal, i terima je lelaki yang ngurat i tu tau. motip??? *bajet berani je nak buat* hahaha.. takde la..ai setia ok. tsk..tsk..

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :