Menjadi perampas atau menjadi mangsa perampas..siapa lagi malang?

P.E.R.A.M.P.A.S

Ketawa. Dan hanya mampu ketawa tengok gambar hiasan ni. Rasa macam nak tendang-tendang je si PERAMPAS tu kan? Dah lah seluar londeh, nak jadi perampas pula. 


Kawan : Antara perampas dan mangsa perampas, mana agaknya yang malang?
Aku : Perampas
Kawan : Kenapa? 
Aku : (Senyum) Sebab hidup ini ibarat roda. Suatu hari nanti pasti ada yang merampas dari dia. 
Kawan : Oh! Habis tu, si mangsa perampas tak rasa malang ke?
Aku : (Ketawa) Taklah. 
Kawan : Hehe, agak yakin jawapan kau kan? Reason?
Aku : Jika lelaki yang dirampas itu ikut saja macam lembu kena tarik hidung, bukan ke tu maknanya lelaki itu pun bukanlah yang terbaik untuk si perempuan tu?
Kawan : Jadi kau nak salahkan lelaki jugalah ni ye? Ketawa.
Aku : Hm..Mestilah. (senyum hambar)


Teringat kembali ketika aku menjadi mangsa perampas. Eh ini bukan rekaan. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Memeritkan. Sebab apabila insan yang kita berikan sepenuh kepercayaan menjadi lembu kena tarik hidung, mengikut rentak irama sang perampas, maka dialah yang malang. 

Dan si perampas itu sedarlah bahawa jika harini anda menjadi PERAMPAS, adakah esok lusa tulat anda selamat dari menjadi mangsa perampas yang lain? Pasti? Tepuk dada tanya selera. Bukankah hidup ini tak selalunya kita di atas?
Ketawa. 
Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...