.

.

PURATA 32 ORANG MATI SETIAP HARI AKIBAT SAKIT JANTUNG

Purata 32 orang mati setiap hari akibat sakit jantung


Terkejut dengar purata 32 orang mati setiap hari akibat sakit jantung seperti yang dipaparkan dalam akhbar betarikh 26 September 2011 ni. Ini purata tahun 2011. Tahun 2016 tak tahu berapa banyak lagi purata kes orang mati akibat sakit jantung. Punca paling utama biasalah, sebab pemakanan. 


Sebanyak 11,812 kematian akibat sakit jantung dan strok direkodkan tahun lalu (2010) di negara ini dengan purata kematian 984 kematian sebulan atau 32 pesakit meninggal dunia setiap hari. Agak mengejutkan, jumlah kematian akibat penyakit pembunuh utama negara itu meningkat lebih sekali ganda berbanding 5,549 kematian pada 2005 dan terus meningkat kepada 7,597 pada 2008.

Perangkaan Kementerian Kesihatan sejak enam tahun lalu itu menimbulkan persoalan adakah negara menuju ke arah masyarakat tidak sihat kerana penyakit berkenaan berpunca daripada amalan pemakanan dan gaya hidup kurang sihat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, menyifatkan peningkatan kes penyakit kardiovaskular dan penyakit tidak berjangkit (NCD) lain adalah serius dan perlu diberikan perhatian semua pihak.

“NCD seperti penyakit jantung, diabetes, darah tinggi, kanser boleh menyebabkan komplikasi teruk jika tidak dikesan awal dan membabitkan kos rawatan tinggi serta membebankan semua pihak. Langkah bijak menanganinya dengan hidup aktif dan makan makanan sihat,” katanya.

Selain menjadi pembunuh utama di Negara ini, penyakit jantung dan strok punca kepada 35% kematian pra matang (kematian bagi individu kurang 60 tahun) di negara ini. Antara faktor risiko penyebab penyakit jantung adalah :
  • darah tinggi, 
  • kegemukan, 
  • paras kolesterol tinggi, 
  • diabetes, 
  •  faktor keturunan/genetik dan 
  • kurang bersenam.

Jom kita baca kisah seorang penghidap sakit jantung ni.

=========================================
Saya mempunyai seorang jiran. Berusia sekitar 50 tahun. Mempunyai anak 5 orang dan ramai yang masih bersekolah sekarang ini. Kami berjiran di kampung, sekali sekala kami berbasikal, pusing pusing kampung di sekitar kawasan bendang untuk exercise.

Dua tahun lepas, saya mendapat pengkhabaran yang sangat mengejutkan. Beliau sesak nafas. Nafas beliau tersekat. Beliau terpaksa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Memandangkan ini masalah serius, dari Hospital Parit Buntar beliau dipindahkan ke Hospital Taiping.

Saya melawat beliau di Hospital Taiping. Doktor mengesahkan beliau mempunyai masalah jantung. Saluran darah ke jantung beliau hampir tersumbat. Itulah puncanya mengapa beliau mengalami sesak nafas. Tidak lama selepas itu, beliau terpaksa menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan "Coronory Bypass". Doktor terpaksa mengambil satu urat dikakinya untuk dibuat bypass dibahagian urat yang tersumbat berhampiran jantung beliau.

Selepas pembedahan, beliau mengambil masa yang begitu lama untuk pulih kembali. Syukur Alhamdulillah, selepas 2 tahun hidup 'terseksa', kesihatan beliau kembali pulih sekarang ini. Namun, beliau sudah tidak boleh buat kerja yang lasak atau memerlukan penggunaan fizikal yang tinggi. Beliau juga sekarang tidak boleh berfikir masalah-masalah yang besar. Tidak boleh mendengar berita terkejut secara tiba tiba.

Jika semua ini berlaku, beliau akan terasa sakit dibahagian jantung. Rasa macam susah nak bernafas. Selepas bersembang dengan beliau, beliau sebenarnya turut berasa hairan bagaimana beliau ada masalah jantung. Sebelum ini pun beliau langsung tak pernah rasa sakit jantung. Tiba-tiba saja penyakit ini menyerang. Doktor menjelaskan bahawa masalah jantung ini tidak akan dapat dikesan sekiranya kita tidak membuat pemeriksaan secara berkala. Masalah jantung tidak memberi sebarang amaran kepada kita. Ia boleh datang secara tiba tiba kepada kita dan silap hari bulan, ia mungkin menjadi 'tiket' untuk kita ke sana.

Pergi dalam keadaan belum tentu kita bersedia. Pergi dalam keadaan anak-anak kita masih memerlukan kasih sayang daripada kita.

Bila saya bertanya beliau apa punca sakit jantung ini? Beliau menjelaskan, mungkin kerana beliau makan di luar setiap hari. Ya, setiap pagi dan tengah hari beliau akan makan di luar. Ada kalanya, makan malam pun di luar. Rasanya, kita semua tahu tidak semua peniaga yang 'prihatin' dengan tahap kesihatan pelanggan. Mereka memasukkan perasa tambahan bagi memastikan apa kita makan itu sedap dan kita suka ke kedai mereka. (Bukan semua kedai macam ni. Sebahagaian kecil sahaja)

Namun, jika makan di luar menjadi amalan hidup kita, potensi untuk kita terkena serangan jantung pada usia 40-an dan 50-an adalah amat tinggi. Tambah-tambah  jika kita suka makan makanan bergoreng. Lagi cepat diserang penyakit ini. Hari ini, Alhamdulillah. Beliau sudah sihat. Beliau menceritakan kesyukuran beliau kepada saya kerana diberi peluang kedua oleh Allah. Sebab doktor memberi tahu, ramai orang yang terus mendapat 'one way ticket' apabila diserang masalah jantung ini.

Jadi sebenarnya susah nak elak dari makan luar ni kan? Kadang kadang minum petang pun kita akan merayau cari goreng pisang, pergi pasar malam beli ayam goreng. Makan makanan bergoreng sangat bahaya lagi lagi kalau  minyak tu dah digunakan beberapa kali. artikel VIRAL tentang AWAS PENGGUNAAN MINYAK MASAK TERPAKAI  
 
Cuma apa yang kita boleh buat, selain lebihkan makan sayur dan buah, lakukan senaman sekurangnya 3 kali sehari, kita juga boleh mengamalkan supplemen untuk menghalang kolestrol dari masuk dalam tubuh badan kita. 

VITAMIN UNTUK HINDAR PENYAKIT JANTUNG


  • PHYTOCOL-ST 
  • OMEGA GUARD 
Kalau kita memang dah tahu yang kita nie high cholestrol, sebelum makan telan siap2 phytocol nie. Biar dia block dari meresap masuk. Then jangan lupa untuk makan omega lepas makan. Dan yang paling penting kawal pemakanan.



TESTIMONI 


CARA PEMBELIAN VITAMIN UNTUK HINDAR PENYAKIT JANTUNG

CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET VITAMIN PENYAKIT JANTUNG ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

CARA 2

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

IsmaLyeza

ig @almaricantikbyisma
Email: shakleebyisma@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-6716961
COD Area: Seremban, Port Dickson, Bandar Baru Bangi



0 Komen untuk "PURATA 32 ORANG MATI SETIAP HARI AKIBAT SAKIT JANTUNG "

Back To Top