.

.

JAGA JAGA KESAN PENGAMBILAN UBAT TAHAN SAKIT KETIKA SUNGGUGUT

Jaga jaga kesan pengambilan ubat tahan sakit ketika sunggugut

Ada kategori perempuan yang mengalami kesakitan senggugut sampai nak bangun pun tak boleh. Langkah paling pantas adalah dengan mengambil ubat tahan sakit supaya dapat meredakan kesakitan. Tetapi terlalu bergantung pada ubat tahan sakit seperti paracetamol, mempunyai kesan jangka masa panjang termasuk kerosakan buah pinggang. 



Menurut akhbar Metro bertarikh 7 September 2016 berkenaan kesan pengambilan ubat tahan sakit memang mampu membuat kita berfikir sejenak adakah kita selama ini terlalu bergantung pada ubat tahan sakit? Demam sikit, ambil paracetamol. Senggugut sikit ambil paracetamol. Bukan bermaksud nak menidakkan kepentingan ubat tahan sakit tersebut tapi sepatutnya pengambilan ubat tahan sakit hendaklah berpada pada. 

APA ITU UBAT TAHAN SAKIT?


Ubat tahan sakit juga dikenali sebagai analgesik dan secara umumnya terdapat dua jenis analgesik, iaitu :
  1. Narkotik seperti kodein dan morfin, 
  2. Manakala ubat bukan narkotik ialah seperti paracetamol dan ubat anti radang bukan steroid(NSAID).

KESAN JANGKA MASA PANJANG PARACETAMOL

Paracetamol sangat popular digunakan untuk mereka yang mengalami demam dan ada juga yang mengambilnya untuk meredakan senggugut. Menurut info yang disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian kesihatan Malaysia, walaupun paracetamol dianggap sebagai ubat yang selamat digunakan, ia boleh meningkatkan risiko kerosakan hati jika diguna dalam jangka masa panjang.

Ini dapat dikenal pasti melalui gejala seperti :
  • mata sakit dan kulit kekuningan
  • kerap merasa loya dan muntah
  • sakit perut 
  • kepenatan melampau. 

KESAN JANGKA MASA PANJANG UBAT TAHAN SAKIT JENIS NSAID

Untuk yang mengalami senggugut, selalunya golongan ini akan menggunakan ubat tahan sakit jenis NSAID yang biasa digunakan dalam rawatan keradangan akibat terseliuh dan sakit sendi(arthritis),kesakitan ketika haid dan merawat demam. Contoh ubat NSAID ialah mefenamic acid,aspirin dan diclofenac. 
Kesan jangka panjang pengambilan ubat NSAID termasuklah :
  • meningkatkan risiko kerosakan buah pinggang, 
  • pendarahan terutama jika diambil bersama ubat cair darah
  • ulser perut. 

ALTERNATIF UNTUK TIDAK BERGANTUNG PADA UBAT TAHAN SAKIT JIKA SENGGUGUT

Jika tidak mahu terlalu bergantung kepada ubat tahan sakit ketika senggugut, anda seharusnya mengelakkan diri anda dari senggugut. Jadi macam mana nak mengelakkan simptom senggugut ni? Dalam banyak banyak jenis supplemen di luar sana, anda mesti memilih supplemen yang mengandungi untuk meringankan simptom senggugut
 
ELAK BERGULING GULING SAKIT AKIBAT SENGUGUT
GLA (asid gamma linolenik) sering menjadi pilihan wanita untuk membantu mengekalkan kesihatan sepanjang kitaran haid bulanan. GLA ialah asid lemak omega-6 yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin - bahan yang berperanan untuk mengawal atur pelbagai proses dalaman tubuh. Selain minyak biji bunga matahari sebagai sumber asid lemak Omega-6, produk ini juga diperkaya dengan vitamin E bagi menyokong dan menguatkan sistem imun serta mengekalkan keutuhan sel.

  • Menggalakkan kesihatan secara menyeluruh
  • Menyokong sistem imun
  • Minyak borej mengandungi pati GLA semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.
Adakah kisah wanita ni sama dengan anda? Huhu. Siapa yang pernah senggugut je memahami sindrom berguling guling tahan sakit nih. 

CARA PEMBELIAN GLA UNTUK ELAK PENGAMBILAN UBAT TAHAN SAKIT KETIKA SENGUGUT

CARA 1

Anda boleh terus klik ke GLA ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

IsmaLyeza
ig @almaricantikbyisma
Email: shakleebyisma@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-6716961
COD Area: Seremban, Port Dickson, Bandar Baru Bangi
0 Komen untuk "JAGA JAGA KESAN PENGAMBILAN UBAT TAHAN SAKIT KETIKA SUNGGUGUT"

Back To Top