.

.

BIMBANG LUKA JAHITAN BERSALIN TERBUKA SEMULA

Bimbang luka jahitan bersalin terbuka semula 

BIMBANG LUKA JAHITAN BERSALIN TERBUKA SEMULA?
Antara perkara yang paling dirisaukan dan ditakuti oleh ibu selepas bersalin adalah kawasan jahitan sama ada di vagina ataupun di perut (jika bersalin secara pembedahan). Orang tua-tua berpesan supaya ibu selepas bersalin menjaga bahagian vagina atau perut yang baru mengalami luka bersalin. 

Tetapi adakalanya disebabkan kesibukan menguruskan anak dan diri sendiri semasa berpantang (tiada pembantu) ada ibu yang perlu bergerak pantas. Tanpa disedari jahitan lukanya telah terbuka. Memang menakutkan!!! Jika dibayang-bayangkan...Kes jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh 2 minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti.

JOM KITA IKUTI KISAH SEORANG DOKTOR YANG MENERIMA PESAKIT LUKA BERSALIN TERBUKA SEMULA
=====================================================
Dalam tempoh seminggu ini saya terima rujukan beberapa kes episiotomy & luka bersalin yang terbuka semula. Seorang ibu yang baru 7 hari bersalin dirujuk kepada saya kerana episiotomy wound gapping. Bila diperiksa, semua benangnya telah tertetas sebelum sempat lukanya bercantum. Tak sempat saya tanya, beliau mengaku telah mencuci lukanya dengan Dettol. Mungkin tidak serasi, atau mungkin cecair antiseptik tersebut tidak dilarutkan terlebih dahulu sehingga ia boleh menghakis benang jahitannya.

Sungguh saya kasihan, sudah mengalami kesakitan ketika bersalin kini sakit pula kerana luka terbuka semula :( Semoga Allah membalas pengorbanan dan kesabarannya dengan ganjaran berlipat ganda.

Saya harap para ibu tidak menggunakan cecair/ubat sembarangan untuk mencuci luka, kerana khuatir risiko benang jahitan tersebut akan terhakis dan tertetas sebelum sempat luka bercantum dan sembuh. Secara umumnya luka episiotomi/jahitan bersalin akan sembuh dalam tempoh 2-4minggu. Benang yang digunakan adalah absorbable sutures yang akan larut sendiri tanpa perlu dibuka setelah luka sembuh. 


APAKAH TANDA TANDA JAHITAN TERBUKA SEMULA?

  • Rasa sakit yang teramat sangat lebih daripada 2 hingga 3 hari. Ini kerana sudah ada jangkitan kuman sebab itu ibu berasa sakit lebih dari 2 hari. 
  • Berlaku pembengkakan, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau atau jahitan nampak terbuka. 

ANTARA KOMPLIKASI YANG BERLAKU JIKA JAHITAN TERBUKA SEMULA

  • Menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan.
  • Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin. 
  • Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusukan bayi kerana menanggung kesakitan pada luka tersebut. 
  • Risiko luka lambat sembuh dan ibu perlu menanggung kesakitan dijahit semula. Tak ada bius pula tu kan bila dijahit semula. Ngeri woiii... 
  • Luka jahitan terbuka memang akan sembuh tetapi sembuh dalam keadaan parut yang tidak cantik, otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. - sumber


LANGKAH MUDAH PENJAGAAN LUKA EPISOTOMI/LUKA JAHITAN

  1. Pastikan HYGIENE yang terjaga - bersihkan luka setiap kali selepas ke tandas & tukar tuala wanita dengan kerap (lalukan air bersih kepada luka, ‘dap’ dengan tisu bersih untuk keringkan dan jangan ‘rub’ luka tersebut)
  2. Jika berpeluang, ambil masa dalam sehari untuk membiarkan luka TERDEDAH supaya luka mengalami pengudaraan (ventilation) yang baik
  3. SITZ BATH – iaitu rendaman air garam – ambil segenggam garam dan larutkan dalam satu jag air panas, kemudian campurkan dengan air biasa supaya campuran tersebut menjadi suam dan tuangkan di dalam besen. Duduk di dalam besen tersebut selama 10-15minit (seperti dalam gambar).
  4. Elakkan SEMBELIT (minum banyak air dan makanan yang kaya dengan fiber) – kerana kerap meneran semasa membuang najis boleh mengakibatkan luka meregang dan terbuka
  5. Makan makanan yang berkhasiat bagi mendapatkan NUTRIEN penting untuk penyembuhan luka
  6. Lakukan senaman KEGEL’S iaitu senaman kemutan untuk menguatkan semula otot-otot pelvis\
  7. Jika luka mengeluarkan cecair berbau atau bernanah segera dapatkan rawatan


ADA TAK SUPPLEMEN UNTUK LUKA JAHITAN SEMBUH CEPAT?

Selain tips tips penjagaan di atas, pastikan badan cukup vitamin terutama Vitamin C kerana ia membantu untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Ibu selepas bersalin, digalakkan mengambil multivitamin  kandungan seratnya boleh mengurangkan masalah sembelit. Jangan sekali-kali menggunakan sebarang ubat tradisional yang tiada jaminan tanpa nasihat doktor, terutama "for those" yang bersalin secara pembedahan, jangan semberono jer nak makan ubat-ubatan tradisional semua ni yer? Melainkan SUPPLEMEN yang dipercayai khasiat dan kualitinya. 

VIVIX MAMPU PULIHKAN LUKA BERSALIN DENGAN CEPAT

Penemuan Revolusioner oleh Shaklee (150ML)

Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol. Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.

Benarkah Makan VIVIX Ketika Berpantang Luka Operation Cepat Sembuh?


CARA MEMBUAT PEMBELIAN VIVIX?

CARA 1
Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan
 
CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.
IsmaLyeza
ig @shakleebyisma
Email: shakleebyisma@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-6716961
COD Area: Seremban, Port Dickson, Bandar Baru Bangi

Tag : BERPANTANG, vivix
0 Komen untuk "BIMBANG LUKA JAHITAN BERSALIN TERBUKA SEMULA "

Back To Top