Daripada:
Cik Puan Isteri Bt Solehah
Kepada,
Enchek Suami Bin tercinta
Enchek,
PERKARA: PERMOHONAN UNTUK DAPAT PERUNTUKAN EXTRA SUPAYA DAPAT BERHIAS UNTUK SUAMI
Perkara di atas ada dirujuk.
Sebab utama permohonan ini dilakukan adalah kerana saya ingin memohon peruntukan extra untuk berhias. Buat masa ini, saya sudah memberi 3 orang cahaya mata hasil permintaan encik setiap malam jumaat. Memandangkan pengorbanan saya tersebut, eloklah jika peruntukan extra ini diberikan secepat mungkin.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui surat lengkap ini.
1. Untuk makluman pihak encik , yang sebenarnya niat untuk menghias diri supaya nampak lebih kemas dan cantik depan mata encik, telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu niat itu. Kini, setelah saya melihat kemampuan pihak encik untuk melaburkan sejumlah peruntukan untuk perkara lain seperti rokok dan hobi yang lain seperti memancing, buat saya lebih yakin untuk memohon peruntukan extra tersebut.
2. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang di mana saya kurang berhias untuk tatapan encik suami di rumah gara gara kurang peruntukan. Dengan adanya peruntukan extra untuk saya membeli apa apa vitamin kecantikan dan produk penjagaan kulit, ianya akan menguntungkan kedua belah pihak lagi lagi pihak encik. Selama ini hidup kita bahagia sebabb kehadiran tiga cahaya mata, tapi saya yakin dalam masa yang sama, pihak encik juga mahukan kebahagiaan lain yakni kecantikan luaran saya.
3. Segala kerjasama dari pihak encik saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak encik dapat meluluskan permohonan saya ini kerana kecantikan diri saya adalah kebahagiaan encik dan kita bersama. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak encik
Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Peruntukan extra tersebut bolehlah dibankin ke akaun saya setiap bulan dan saya berjanji akan menggunakan peruntukan extra tersebut untuk berhias bersungguh sungguh hanya untuk tatapan encik sahaja.
Sekian,Terima Kasih.
"Berhias demi suami, niat murni yang perlu dipenuhi, demi kebahagiaan hakiki"
Yang ikhlas memohon
Cik Puan Isteri
Ok. saja karang surat ni dengan harapan dapat peruntukan lebih sikit nak beli Vitamin C dengan pencuci muka Nutriwhite. hahaha
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon