INFO YANG SUAMI WAJIB AMBIK TAHU BILA ISTERI MENGADU KAKI KEJANG MASA MENGANDUNG

Assalamualaikum

Sesetengah ibu hamil mengalami masalah kekejangan kaki terutama pada akhir trimester. Aku ingat lagi dulu, masa housemate pregnant yang duduk serumah dengan aku zaman kerja awal awal dulu, selalu mengadu kaki kejang. Kesian. Jumpa suami pun seminggu sekali sebab dorang ni long distance husband and wife. ok. Back kepada cerita asal. So kenapa ek kaki tu selalu kejang? Ha ni wajib kaum kaum ibu share info ni dengan suami masing masing. so dorang tahu betapa susahnya nak jadi ibu pada anak anak mereka!



APA PUNCA KAKI ISTERI KEJANG MASA MENGANDUNG?
  • Rahim makin membesar menyebabkan saluran darah tertekan. Perkara ini boleh mengakibatkan darah sukar mengalir ke atas (dari kaki ke jantung)
  • Pengaliran darah yang semakin sukar ini menyebabkan kaki terasa kejang
  • Keyword yang aku nak kita semua faham. KAKI KEJANG = PENGALIRAN DARAH TERSEKAT

Masa aku mengandungkan Irine dulu, alhamdulillah cuma sekali dua je kena kaki kejang. Aku tak pasti la sebabnya tapi apa yang aku perasan, aku memang make sure aku ambik kalsium tiap tiap hari sebelum tidur. Minum susu? Mula mula aku eksaited nak minum susu Anmum yang untuk ibu mengandung tu tapi emmm tekak aku ni tak berapa suka minum susu. Melainkan fresh milk. Kalau susu tepung..aiii sory ler nak minum ari ari. So terbuang je macam tu susu yang aku beli tu. Aku tukar ambik supplemen kalsium. Senang. Telan je kapsul tu.

PETUA BANTU ISTERI KAKI KEJANG
Selain pastikan yang badan kita minum susu atau ambik supplemen kalsium, ni antara tips yang aku rasa ramai yang dah tahu. Orang tua tua pun selalu nasihat suruh buat macam ni kalau kaki kejang masa mengandung.
  • Teman isteri buat senaman seperti berjalan kaki (bukan lari atau joging ye) untuk mengaktifkan pengaliran darah dari kaki ke jantung
  • Letakkan kaki di atas kerusi lain ketika duduk
  • Belikan isteri Stoking khas (pressure graded stockings) yang boleh didapati di farmasi
  • Minta bantuan suami mengurut kaki untuk melancarkan pengaliran darah
  • Rendam kaki dalam air suam atau tuam kaki dengan tuala suam. Ia dapat membantu pengaliran darah ke kaki. Suami pleaseee sediakan boleh?




BELIKAN SUPPLEMEN KALSIUM UNTUK ISTERI YANG SELALU MENGADU KAKI KEJANG
Suami perlu peka la dengan apa yang isteri mengadu tu. Dah lah isteri penat. Bekerja siang, balik kena masak lagi. Malam malam bila nak tidur mesti mengadu tu mengadu ni. Suami kena alert tau! So mungkin entry aku kali ni akan bukak mata para suami untuk belikan supplemen kalsium untuk isteri. Kenapa kalsium penting untuk ibu mengandung? Macam yang aku cewrita tadi la. Kalsium ni kalau ikutkan kena ambik setiap hari tau lagi lagi ibu mengandung! 

KENAPA ISTERI SAYA KENA AMBIL KALSIUM?
  • Bantu pembetukan tulang dan gigi bayi
  • Bayi akan mencuri kalsium daripada ibu menyebabkan tulang ibu mengalami kehausan kalsium
  • Terus mengambil supplemen kalsium sewaktu berpantang dan ketika menyusukan bayi nanti
  • Wanita yang kurang kalsium akan mengalami osteoporosis pada masa akan datang
  • Wanita hamil perlukan 1000 ke 1200 mg kalsium sehari 


 
 Kakak ni bukan je kejang kaki, lenguh badan, sakit pinggang! Tapi apa yang dia buat? Fuh memang best..


Sebelum ni ada je suami yang tanya aku, boleh ke kalau dia pun nak tumpang sekaki makan supplemen kalsium tu, so jawapan dia boleh la. Lastly dia pun belikan sebotol untuk isteri dia yang selalu kaki kejang tu. Baru baru ni, dia text aku, bagi tahu. "Alhamdulillah, kaki wife dah tak kejang lagi. Badan aku pun segar hilang lenguh lenguh badan lepas kongsi makan supplemen kalsium ni dengan wife."

Suka lattewww..
So sweet la suami macam ni. Sangat caring dan loving. Dan comel. 
Nak dapatkan supplemen kalsium? Bulan ni promosi daftar ahli, beli supplemen kalsium dengan harga ahli, dan dapat percuma multivitamin yang boleh bagi isteri masa trimester kedua. 


KELIRU NAK PILIH OBIMIN ATAU VITALEA : MANA TERBAIK SEMASA MENGANDUNG?



Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...