Assalamualaikum
Ok. Lepas hbis baca tentang entry PERSEDIAAN BERPUASA BAGI PASANGAN BARU BERKAHWIN, mesti pasangan yang dapat berita baik, mengandung bunting pelamin dan selesai melahirkan anak pertama yang super duper comel, mesti teruja nak buat persediaan jugak masa berpuasa nanti. Jadi, aku nak kongsikan artikel tentang pengalaman mommy ni yang aku dapat dari Fanpage Tips Untuk Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu Bayi. Jom kita baca kisah dia!
Ok. Lepas hbis baca tentang entry PERSEDIAAN BERPUASA BAGI PASANGAN BARU BERKAHWIN, mesti pasangan yang dapat berita baik, mengandung bunting pelamin dan selesai melahirkan anak pertama yang super duper comel, mesti teruja nak buat persediaan jugak masa berpuasa nanti. Jadi, aku nak kongsikan artikel tentang pengalaman mommy ni yang aku dapat dari Fanpage Tips Untuk Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu Bayi. Jom kita baca kisah dia!
MENYUSUKAN ANAK SEMASA BERPUASA?
Bulan puasa akan menjelang beberapa hari saja lagi. Bagi korang ibu-ibu yang tak ada pengalaman, maklumlah anak pertama kan..sudah pasti keadaan ini akan sedikit merunsingkan lagi lagi bila ada orang kata SUSU AKAN MERUDUM BILA KITA BERPUASA
Situasi ini juga pernah berlaku kepada saya semasa saya berpantang anak pertama saya. Disebabkan saya juga kurang pengetahuan tentang ilmu penyusuan pada masa itu, jadi nak taknak, susu memang berkuranglah kerana saya dah memang bear in mind yang susu akan berkurang semasa berpuasa. Memang ya. Pada hari pertama saya berpuasa semasa anak sulung saya berumur 30 hari, susu saya berkurang. Dan pada masa yang sama, anak saya macam tidak puas menyusu. Mungkin sebab susu semakin berkurang. Dan sayapun semakin stress!
Hal yang sama juga semasa hari ke-2 berpuasa. Disebabkan itu, saya tidak meneruskan puasa saya pada hari ke-3 sebab saya rasa macam anak saya tak cukup susu. Di waktu itu, saya tak pernah terfikir apabila kita terlampau memikirkan susu yang semakin berkurang, ia juga akan turut mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Pendek kata, saya kurang ilmu ketika itu. Saya kurang membaca dan kurang persediaan untuk penyusuan susu ibu
APA PERSEDIAAN BAGI IBU MENYUSU UNTUK KETIBAAN BULAN PUASA?
1. SET MINDA DAN FIKIR POSITIF
Bercakap tentang persediaan bagi ibu menyusu untuk ketibaan bulan puasa, tiada apa persediaan khas yang harus dilakukan melainkan kita harus bersedia dari segi mental dan fizikal sahaja. Mental bermakna, buang perasaan kita atau jangan set kan minda kita "Esok nak kena puasa dah, susahlah nak menyusu anak"..Ok..ni salah satu benda yang bermain di minda saya apabila tibanya bulan puasa ataupun bila nak berpuasa ganti. Kita fikirkan begitu kerana kita fikir apabila kita makan minum cukup, maka banyaklah susu kita. Sedangkan kita tidak sedar penghasilan susu juga bergantung kepada demand daripada anak kita.
2. RULES SUPPLY AND DEMAND
Jadi, apa yg perlu kita lakukan semasa bulan puasa adalah teruskan penyusuan walaupun susu tetap berkurang. Ya..ia mungkin sedikit berkurang apabila hari menjelang ke tengahari atau petang disebabkan kita juga kekurangan air semasa berpuasa. Untuk itu, kita perlu kerap mengosongkan payudara agar susu akan sentiasa ada semula. Perlu ikut rules 'Supply and Demand'. Lagi kerap kita mengosongkan payudara, lagi mudah susu akan dihasilkan semula. Tidak kiralah walaupun semasa berpuasa.
3. JANGAN SKIP SAHUR
Ini juga adalah pengalaman saya yang berpuasa ganti baru-baru ini. Saya cuba buang terus perasaan dan pemikiran susu berkurang bila berpuasa. Yang penting, teruskan bangun sahur. Yang ni memang tak boleh tinggal. Banyakkan minum air suam sehabis mungkin beserta dengan suplemen harian anda. Juga jangan lupa amalkan kurma. Kurma mampu memberikan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari untuk ibu menyusu sebab menyusukan anak kadang-kadang memang meletihkan kerana hampir semua zat-zat sudah diserap oleh si anak. Selepas meneruskan penyusuan seperti biasa, memang saya tak jangka yang saya tidak mengalami masalah semasa menyusukan anak. Langsung saya tidak mengalami susu merudum!
4. BERDOA
Apa yang saya lakukan, hanya berdoa semoga Tuhan sentiasa banyakkan susu saya sepanjang tempoh berpuasa, kerapkan menyusukan anak saya (saya bagi dia direct breastfeeding dengan agak kerap supaya breast sentiasa kosong) dan jangan terlalu fikirkan sangat susu kurang walaupun sememangnya susu berkurang.
5. MINUM AIR KOSONG
Selepas berbuka, pada malamnya saya akan pastikan saya minum air kosong dengan banyak bagi menggantikan air yang tidak diambil pada siangnya. Saya akan minum sedikit demi sedikit. Bukan sekaligus. So, dengan cara tak langsung kekurangan air berganti dan cukup untuk memastikan badan kita tidak kekurangan air semasa puasa keesokan harinya sekaligus memastikan susu ibu masih terhasil dengan lancar asalkan ada konsep 'supply dan demand'.
6. SUPPLEMEN
Cuba amalkan suplemen sepanjang tempoh bulan puasa bagi memastikan anda juga bertenaga dalam menguruskan kerja harian anda. Walaupun anda tidak makan, tidak semestinya susu ibu turut berkurang. Susu berkurang bukan disebabkan kita berpuasa, tapi ianya disebabkan oleh faktor lain iaitu kurangnya mengaplikasi konsep supply & demand serta pemikiran yang negatif terhadap susu berkurang semasa berpuasa.
SUPPLEMEN UNTUK IBU MENGANDUNG PADA BULAN PUASA
A) ENERGIZING SOY PROTEIN
B) VITALEA
GOODNEWS!!!! PERCUMA VITALEA
CARA DAPATKAN MULTIVITAMIN VITALEA IRON SECARA PERCUMA
Jom berusaha untuk meneruskan penyusuan walaupun semasa berpuasa! kLIK Button Pink ni untuk ketahui lebih lanjut cara untuk order supplemen tadi tu ok :)
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon