mekup tebal adalah fake. tanpa mekup tu lah natural beauty. eh aku dengar ayat ni dari mana tah. honestly aku memang setuju sangat lah dengan statement tu. aku ni jenis yang tak berapa minat mekup. nama nak pakai bulu mata palesu ke pakai lense kaler kaler ke, pratice teknik shading dekat muka ke..oo tidak lah aku begitu.
mari kita lihat barang barang mekup yang paling basic kepunyaan akak korang ni ha..
sebagai basic, cream muka yang aku pakai, ni la dia. mesti korang tak tahu apa ke jenama krim ni. aku beli 1 set include krim malam, krim siang dengan sabun pencuci muka. honestly barang ni SANGATTTT PUAS HATI sebab dulu kulit aku macam kusam kusam je. sekarang ramai gila yang tegur kulit aku nampak licin, bersih and cerah. for now aku akan stick kat product ni :)
Lepas apply krim siang tu, aku akan guna compact powder ni. seyes murah je. yang penting aku rasa walllaahh bila pakai. warna bedak sekata kat kulit. tapi aku jarang gak pakai bedak ni. bila nak keluar rumah baru pakai. setakat duduk rumah, pakai krim je cukup :)
P/s : aku tak suka pakai foundation sebab aku rasa macam tersumbat je liang roma muka aku bila pakai foundation. punca jerawat..so say no to foundation. hihi
mintak maapla ye bekas eye shadow yang agak tragis. tu semua gara gara anak buah aku yang suka pinjam eye shadow aku ni. dah pakai taknak kemas balik. (tibe tibe salahkan anak buah) hehe. aku memang jarang pakai eye shadow. kalau pakai pun nipis nipis je. tidak ler aku nak pakai kaler kaler yang terang terang ni. aku lagi suka kaler yang lembut..macam eye shadow In2it tu. semua kaler kaler tanah je.. nampak natural bila pakai. :)
ooo aku paling tak suka pakai Lipgloss. sebab melekit lekit. lepas makan dah hilang, kena tacup balik. eh rajin pulak aku kan? so dari takde langsung, ok fine aku adakan jugak. tu pun tak banyak. ni je yang aku ada. ok la..buat kecemasan.
ok aku paling suka pakai blusher. bagi aku, biar la tak pakai lipgloss asalkan blusher aku tak lupa pakai. untuk blusher aku suka kaler yang natural. nampak lembut je bila kena kat kulit. dulu aku suka pakai blusher In2It tapi sekarang aku dah suka gila dengan blusher dari Essence. bayangkan aku pakai pagi, petang pun tak hilang lagi. lagi mesra warna tu dengan kulit. auchh..sukaa sukaa..
Lipstick aku jarang pakai. mak selalu marah bila aku keluar tak pakai lipstick. tak berseri katanya. hai mak aku lak yang lebih macam mana ni? ok la aku pun beli lipstick takut mak marah lagi. haha. tapi jarang pakai. pakai bila rasa mood ok je. aku takut bibir hitam kalau kerap sangat pakai lipstick :) nanti kalau aku jalan sebelah negro korang tak leh bezakan aku ngn dorang lak. dah sama je kaler bibir ha caner tu.
aku tak boleh hidup tanpa Mr Kajal! seyes mata aku jenis yang sepet. kecik sangat. dalam gambar sebelum ni, mata aku tak nampak kecik pun sebab bantuan Mr KaJAL ni. celak mata yang paling best. aku sapu kat kelopak mata guna jari je. buat ala2 smokey eyes. nampak mata seksi ala2 gadis arab. uwek.
tu je la mekup yang aku ada. kasihan kan. sebab tak banyak macam dorang. dah la banyak, pastu mekup ikut kaler baju nak pakai haritu. kalau baju hijau, mekup pun mesti tema hijau. oh idak le aku begitu. simple is more.
untuk penjagaan kulit, ha yang ni aku paling titik beratkan. sebab alhamdulillah kulit aku memang takde masalah tapi kalau terabai dari segi penjagaan, masaklaaa kulit aku mesti macam apa je nanti.
setiap malam sebelum tidur lepas cuci muka aku akan pastikan aku pakai eye gel ni. sebab takut sangat ada eye bag sebelum masanya. ewah ayat. aku kadang kadang pakai spek kadang kadang2 pakai lense. mata pun cepat letih. dok ngadap blog lagi kan..nak baca entry korang yang panjang2 tu lagi kan. ha mata yang letih obatnya nah ni la dia.
sebelum tidur aku akan pakai krim vitamin C ni. aku suka yang ni dari Body Shop. mana parut yang baru baru tu semua cepat hilang kalau amalkan pakai krim ni. :)
ok ni pulak adalah set penjagaan 3 serangkai. pergh nama. bila jerawat naik, first aku akan tepekkan OXY 10 tu sebab dia berkesan mengecutkan jerawat dengan cepat! lepas tu kalau ada parut, amalkan sapu Bio Oil. kalau parut tu terlalu gelap, aku guna Mederma :) tu makannya!
Biarlah orang kata kita tak cantik, asalkan kulit kita sihat dan bersih.
Biarlah kita pakai mekup yang murah2 je, asalkan serasi dengan kulit!
Peace!
12 komen
Write komenwow... semua jenama hebat2...
Replycik aisy oi.. org cntik pakai apa pun cantik.. :)
Replysetuju dgn ayat awal tu dgn ayat last! :))
ReplySalam kenal dik..
ReplyAmboi..tak banyak lagi make up tu..kalau k.lynn publish make up k.lyn..lagilah awak pengsan..hehheehe..k.lyn pun pakai jenama biasa2 jer..asalakan sesuai dengan poket..yg penting..sesuai warnanya...kalau nak kenal k.lyn yang lebih simple dari awak tu..meh la jenguk k.lynn kat blog..hehehhee
murah tp ok kat muka mmg sgt berbaloi :))
Replypatutla cantik je akak ni :)
Replybrand essence tu mmg best gler..mimi prnh pkai dia punye mousse, mascara n eyeliner..mmg tahan lama..tp syg xsume tmpt ada brand ni..huhu..
Replynywy, vitamin c by Bodyshop tu cam best je..kaler pn cntik..hehe
jadi orang lelaki tak sesulit jadi org pempuan... .. simple2 pun dah cukup.. ekekeke...
Replysalam kemerdekaan ke-55
fuh!byk tu. makeup x reti sgt pki tpi utk penjgaan muka leh la try nty :D
Replybrand esence nk bli mn ek? apa nama produk muka atas skli tu ek?
Replymaybelline unya bedak tu sgt best.. kalau gi kerja, fara tempek je bedak tu dah ckup.. kawan2 tempat kerja kata bila pakai bedak tu saja lagi cantik dari bermekap pakai foundation segala.. huhu..
Replywow..semua power ne.eca guna lipstik cukup.ngee :)
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon