Assalamualaikum.
Seyesly aku tak tahu macam mana nak start buat entry pasal family trip ke Europe haritu. eh haritu? lama dah. tapi seyes aku memang suka buat pekasam dulu gambar gambar ni then baru ada ilham untuk share pasal pengalaman aku pergi Europe ni.
Anyway aku telah pergi ke Geneva, Switzerland dengan my sis. ya trip kali ni tanpa kaum lelaki ye. semua adalah wanita wanita berkerjaya dan sangat independent bab bab travelling ni. hihihi. (well wanita sekarang boleh hidup tanpa lelaki whattt..)
Disebabkan harga tiket MAS stil berdegil taknak turunkan harga, so we all decide untuk naik flight Qatar Airways. By dis time, my sis kira dah pro already to handle us wid the long distance flight. 13 jam dalam flight okay..tapi nasib baik transt dekat Doha tapi sejam jela then sambung balik perjalanan. korang bayangkan betapa bosannya dalam flight lama lama! aktiviti aku makan, tidur,then tengok movie, dengar mp3, then jalan jalan toilet, then sambung mintak air segelas lagi, then tengok tingkap then rotate balik sume tu selama 13 jam perjalanan.
ok dah sampai. hehe. selama 2 minggu kitorang akan stay di rumah ini. ni bilik aku. niway jangan berangan la nak carik hotel sebab teramat la mahal. apa gunanya ada akak yang tinggal kat sini? ni lah rumah akak aku dekat Geneva. dah 4 tahun dah dorang duduk sini. jelesss. so bilik ni mempunyai heater. so cuaca yang sangat sejuk pun rasa rilek je. sangat selesa!
ni bilik Sofea. so Alia akan tidur sama dengan Sofea dekat bilik yang ala ala princess ni. ooohhh korang memang girlyyyy okay. credit untuk sofea yang pandaiii kemas bilik. sofea memang dah dididik dengan nilai murni macam tu. bagus. :p
ok ini adalah shower room. seperti biasa rumah rumah di sini memang akan seperate kan toilet dengan shower room. dalam shower room ni, akak aku pasang karpet sebab dorang memang takkan risau kalau letak karpet dalam toilet sebab carpet memang akan sentiasa kering dengan adanya heater. gila kau takde heater dalam shower room? mau aku mati kesejukan.
disebabkan tekak dah boring gila dengan makanan dalam flight selama 13jam tu, rasa macam terharu gila bila sampai rumah akak, dia dah serve nasi ayam panas2! memang best ah. terus mentekedarah dengan penuh perasaan.
lepas makan, kitorang keluar amik angin. saja jalan jalan market, pastu bila terserempak jiran jiran we all akan say "Bonjour" bermaksud..helo!
then kitorang jalan jalan dekat area taman. masa ni suhu dekat 10 celcius. sebab baru lepas winter kan. so sangat sejuk bagi aku. tapi bagi dorang yang stay sini, ni kira suam suam kuku je. homaigod.
alia dapat kawan baru.
ok. penat jugak la nak update entry pasal departure dengan arrival saja! tunggu part seterusnya. destinasi kitorang the next day adalah Lyon. bukan Lion ok.
thanks for reading!
5 komen
Write komenlawa giler bilik..
Replycomelnyeee weather di geneva pun nampak cam best je...feels like home =)
Replybestnya melancong yer...
Replybestnye !
Replyinterior rumah die cantiknya !
:)
aah la..bilik dia lawa...untung la ada kakak kat sana eh..
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon