Selamat Hari Raya buat semua blogger blogger tegar! Sebenarnya aku tengah pening sebab dari raya pertama sampai harini raya keempat, perut still lagi meragam. maybe terlebih makan ketupat dan rendang. wawawa. biasalah raya kan..bila lagi nak memerut kalau bukan time ni.. eh? T___T
Dulu masa kecik kecik mesti eksaited dia lain macam sikit. mesti tercongok congok depan tv tunggu Pakcik raya umumkan raya. sejak dah meningkat dewasa ni cewah dewasa la sangat kan padahal lepas buka puasa join anak buah main bunga api..tapi aku main pop pop jela. so sejak dumenjak ni takde la eksaited rasa macam nak melompat lompat tu. takde la begitu jadinya haku ni. just so so je.. yang penting bersyukur dapat beraya di Malaysia yang terchenta nii..! aloloolo
ini adalah keluarga aku. anak buah aku je dah 9 orang. tu belum masuk bakal anak anak aku lg..pp epal kata nak kembar 6..kau gila? ingat aku ni mesin penternak? hehe. so raya kali ni abang ipar sorang takde sebab kat Vietnam. akak aku sorang takde sebab dekat Swiss. aaaaa
Jumlah pendapatan duit raya aku tahun ni tak berapa nak memuaskan. maklumlah orang dah bekerja. tapi tak sangka pulak akak aku sorang yang kat Swiss tu bank in kan duit raya RM500 kat aku. dari so so je sambut raya, terus jadi soooo happyyyy.. ceng ceng!! hehe
Pagi pagi raya yang syahdu haruslah bergambar dalam bilik raya. eh ada ke bilik raya..tak kisah la tu kan. so selalunya aku akan isi duit raya pagi pagi raya..helo..anak2 buah aku sekarang mana main duitraya 2ringgit ni. kalau aku bagi 2 ringgit mesti nama aku glemer kat kampung ni. "makcik kedekut bagi 2 ringgit je" ha taknak la camtu. so dengan penuh keterpaksaan dan ketidakrelaan hati aku ni..hahaha aku bagi la sorang RM20. ha cukup la tu. budak budak tak boleh pegang duit banyak sangat. T___T
so raya pertama aku adalah di kampung arwah wan di Jeram Kuala Selangor. oranggg jeramm katenyeee.. atas tu adalah sepupu2 aku yang gojes. geng geng mandi bogel masa umur 7 tahun. huahua. sekarang masing maing da gojess youuu..jom mandi bogel lagi nak? eh? hehe
ni pondok yang jadi tempat feveret kitorang yang gojes gojes ayam ni untuk berphotoshoot.
keluarga akak aku. tema pink. emm akak aku baru kehilangan suaminya yang meninggal kerana kemalangan jalanraya bulan 5 haritu. takpela..yang pergi tetap pergi. yang hidup perlu teruskan hidup..demi anak anak.. :) Al-Fatihah buat arwah abang ipar..
thanks abah thanks mak! selamat hari raya. ok thanks for what ye? mak, thanks sebab banje baju raya. hehehe. ok..aku ikut muka siapa ye?
ni lak family abang aku. eh korang ni pesal suka tema pink? but uols look gojes okay!!
ni family kak long aku. husband dia takde sebab dekat Vietnam atas urusan kerja. peace!!
mungkin entry entry lepas ni aku akan asik gebang pasal raya. raya kedua, raya bersama kawan kawan sejenayah, raya dengan tunang tersayang..nak buat macam mana. kata bloggerrrr harusla update pasal raya ni berpart part kan? ok tak kelaka.
Selamat Hari Raya!!!
4 komen
Write komenSELAMAT HARI RAYA (!)
ReplyLaa Bukan Susah Pun Nak Solat ♥ Need Ur Komen :)
http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/laabukan-susah-pun-nak-solat.html
Selamat Hari Raya, jemput datang rumah saya. Eh? blog saya hihi :D
Replywahh meriah nya..selamat hr raya dr nana ^^
ReplyWah..seronok beraya sakan ye.selamat hari raya..muke mcm ikut ayah kot :)
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon