Kawan cabar kau isap ganja, kau isap. Nah cikgu cabar kau buat homework!

Pelajar zaman sekarang agaknya sukakan cabaran. Sebab tu bila kawan cabar isap rokok, mereka isap. Kawan cabar lompat pagar sekolah, mereka lompat. 


Nah sekarang aku cabar seorang pelajar yang agak mempunyai masalah pembelajaran atau bahasa kasarnya, pelajar bodoh dan malas belajar! 

Gini citernya. Aku cabar hamba Allah ni siapkan folio Kajian Tempatan yang dah tertangguh sejak 5 bulan lepas. Degil sangat taknak siapkan. Agak berbuih juga la mulut ni nasihat. Memang tak makan saman. Denda la macam mana sekali pun.


Last sekali usaha tangga kejayaan aku.....
    
"Ali! Setakat folio kacang macam tu, kamu tak boleh buat? Malu lah. Cikgu CABAR kamu siapkan  folio tu minggu ni juga!"

"Kalau saya siapkan apa saya dapat,cikgu?"
   
"Cikgu akan petik nama kamu kat kelas lain. Bangga kamu nanti. Dan cikgu akan bagi upah. 
Tapi rasanya kamu tak leh buat folio tu..kalau kamu siapkan, memang cikgu selut kamu la..memang macho la  kan..sebab sahut cabaran!"
  
"Baik cikgu!Saya akan siapkan!Saya akan hantar folio tu. Cikgu tunggu..saya akan buktikan!"

Yea...berjaya kah taktik umpan aku kali ni? Tak sabar nak tunggu result nya..hihi.
Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
Linda Jae
AUTHOR
October 18, 2010 at 8:47 PM delete

bgus2....nti jgn lupe update resultnye k...huhu

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...