Takda masa nak update blog tersayang..SSyyHhh...jangan merajuk sayang..Bukan itu tanda tak sayang..ingatan tu ada..cume tak sempat..
Permulaan bicara..sebenarnya kisah aku dan dia sudah lama berkubur. Hanya aku saja yang tahu kisah di setiap yang berlaku antara kami. Kisah pahit. Ah.lupakan saja. Yang penting aku tidak lagi bergantung harap padanya. Sebesar kuman pun tidak. Tak!! Kau dah pun aku buang jauhhhh..!
Percaturan hidup kini menjadi lebih mencabar. Hidup yang bukan lagi seperti di zaman kanak-kanak. Malah di zaman kegedikan masa remaja pun tak sama macam sekarang. Sekarang lebih menduga dan menguji setiap inci kesabaran dan daya berfikir. Menjadikan seseorang itu lebih matang. Disalut pula dengan pengalaman yang menjadi helaian demi helaian buku kehidupan seorang gadis sepertiku. Perit. Siapa tahu? Tuhan tahu. Menangislah pada Dia. Kerana Dia mengerti segala-galanya.
Sahabat...aku tidak mahu lagi mengenangkan kau! Kau hanya pentingkan diri sendiri. Tanpa kau sedar...Kau hanya bijak mengatur dan memperlekehkan kehidupan orang lain. Kau hanya tahu mendabik dada yang kau adalah sempurna! Tanpa kau sedari perbuatan kau sebenarnya dah melukai hati aku! Kau hanya tahu cari aku tika kau susah. Dan memerlukan pandanganku. Aku sudah berikan. Aku cuba berikan itu semua. Tapi tatkala aku memerlukan kau wahai sahabat..kau memberi alasan menjengkelkan. Aku dah cukup muak dengan kau!
Hmmmmmm..
Mengeluh bukan tanda tidak bersyukur. Tapi aku sebenarnya cuba sibukkan diri dengan segala macam aktiviti dan rutin harian. Sebab, aku bingung. Aku teringat dia. Bodoh aku ni. Takpelah. tiada apa yang perlu aku rahsiakan di sini. Ye..aku mengaku. Aku teringatkan sesorang yang pernah beri aku harapan. Kenapa lelaki suka bagi harapan sedangkan dia sendiri tahu yang dia tak akan kotakan. Lelaki itu aku tahu, mempunyai cita-cita yang cukup tinggi. Tapi kehidupannya ibarat pelita yang sangat diperlukan untuk menerangi kegelapan malam. Dia yatim piatu. Aku doakan dia dapat mengatasi segala kesukaran membesarkan adik-adiknya. Aku tahu kau tabah. Walaupun aku jauh, tapi aku tetap doakan kau.
Sebenarnya malam tadi aku menangis. Dah lama aku tak menangis. Aku teringat..dari A sampai Z. Kalau orang yang tahu apa yang jadi pada aku..mesti mereka kata kuat. Kuat ke? 2 kali percubaan bunuh diri. Sumpah! 2 kali aku cuba bunuh diri. Tapi Tuhan sayangkan aku. Siapa kata aku kuat? Aku tak kuat. Cuma aku alihkan sekejap pada hal-hal lain. Aku pandang orang lain yang lebih malang dari aku.
Ah dahlah. Apa boleh buat? Inilah namanya kehidupan!!!!
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon