Bila sakit pale, mula merapu tak tentu hala..!

Satu ketika dulu...aku tahu apa itu berdikari. Bekerja sebagai cashier pengalaman pertama memegang duit. Heaven rasanya. Tatkala berjaya melangkah ke universiti, aku mengambil jurusan perniagaan. Dan semestinya aku mencari wang saku dengan menjual topup dan servis printing. 



Tersenyum sendirian betapa seronoknya menjadi akak topup dan akak print di asrama masa itu. Bilik hostel tidak pernah sunyi dari dikerumuni rakan-rakan yang ingin membeli topup dan print assignment terutama di hujung-hujung semester. Dan mereka-mereka sanggup bersusah payah datang topup pukul 2 3 pagi. Terutama kes gadoh dengan boipren. hahaha. Gadoh la korang. Aku gak yang untung maa!




Mungkin adik-adik sekarang kena belajar macam mana nak berdikari. Jangan harap duit mak ayah aje! Sebab hasil titik peluh diri sendiri lebih bermakna. Dan bagaimana susah untuk kita mendapatkan rezeki itulah yang lebih menyeronokkan dan mematangkan kita supaya lebih menghargai RM!!




AAAAArrrgghhh....sebenarnya kepala tengah weng ni..Sakit! Tak tahu kenapa. Mungkin banyak berfikir. Pasal apa ea? Entah la. Masa depan kot. Sebenarnya tengah risau kesihatan mak. Selalu mengadu sakit-sakit. Biasalah orang tua..sakit kaki, sakit pinggang..Sebab tu mak pernah kata, mak dah tua, mak nak tengok aish kawin. Sebelum mak takde satu hari nanti. Apa mak ni? cakap macam tu pulak. Aish kan perempuan. Kalau aish lelaki, aish dah masuk minang dah. 

Jap jap..Nak period ke ni? Sebab bila nak period, hati jadi rapuh bak kristal. Pantang ada tersalah cakap, mesti nak terasa. Bila terasa, mulalah rasa sedih. Bila rasa sedih mulalah tak tentu arah. Lalu tidur adalah ubat penghilang kesedihan! Agak-agak ter touching sikit, mesti tidur. Sebab bila bangun..akan lupa segala-galanya! its me...



Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...