Susu Tak Banyak Masa Berpantang? Cuba Amalkan Tips Tambah Susu Badan Ini

Susu Tak Banyak Masa Berpantang? Cuba Amalkan Tips Tambah Susu Badan Ini. Selalunya ibu muda anak pertama paling ramai alami masalah susu tak banyak masa berpantang. Ingat lagi masa saya berpantang anak pertama dulu, alhamdulillah susu banyak sampai bengkak bengkak. Tapi perlahan lahan jadi sikit bila dah mula bekerja. Sebab apa? Sebab penat dan stress dengan kerja. Tapi misi nak menyusukan anak tetap diteruskan sebab kita pun tak boleh cepat putus asa. Betul tak? 



CARA MENAMBAH PENGHASILAN SUSU BADAN

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untukmenyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkaraberikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.


MAKANAN YANG MENAMBAH SUSU BADAN 

CEKUR MANIS
Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalamperubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. 

KACANG TANAH
Kacang tanah mengandungi protein yang tinggi, zat besi,vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badanibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

AIR LONGAN
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedaiubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina,longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

HALBA DAN JINTAN HITAM
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalammasakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba bolehdidapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan,kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuaimengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkansesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnyasahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dankaedah yang sama seperti halba

BUNGA MELUR
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyakdigunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakatindia. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan airsusu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampalsekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukanbayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula,gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya danditampal pada payudara. Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu.Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sup lobak putih, ia berupayamenambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyakvitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. 

LOBAK PUTIH
Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mknulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisanbawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

PUCUK BETIK
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkansusu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapahelai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminumdua hingga tiga kali sehari.

TUAMAN DAUN SIRIH
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudianlayurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukansetiap hari sehingga susu badan anda banyak

JANTUNG PISANG
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesanuntuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan.Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulaimasak lemak cili api.

MAKANAN TINGGI CLA
Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugatedlinoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalamsusunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaankesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan danpengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakananini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapatimempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makanbiskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapatdalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenisdaging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin).Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakansupplement komersial.

KURMA
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurmaadalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yangmempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkanpertambahan kandungan susu



ZIKIR DAN DOA BANYAKKAN SUSU BADAN
  • Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh.Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air laludiminum.
  • Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segalaurusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlahperjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkausyariatkan...AMIN..."
  • Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  • Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan padapayudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita &supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hinggasekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllah

Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supayadiberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengantongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belasmata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahuitempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah danminumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencanakerosakan di muka bumi".


LAIN LAIN AMALAN YANG BANTU BANYAKKAN SUSU BADAN
  • Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susukeluar dgn laju
  • Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalampantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.
  • Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlahyang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
  • Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkanperjalanan urat-urat payudara.
  • Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak ditelifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanyadalam hidup.
  • Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dandibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkanselepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
  • Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akanmenyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu.Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti)
  • Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehinggabayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransanglebih banyak penghasilan susu
  • Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi


MINUM YANG WAJIB ELAK KALAU NAK BANYAKKAN SUSU BADAN

  • Minuman Ais
  • Minuman bergas

MAKANAN TAMBAHAN YANG MEMBANTU BANYAKKAN SUSU BADAN

Makanan tambahan pun sebenarnya sangat membantu untuk menambah susu badan. Tak salah sebenarnya kalau kita ikhtiar dengan pelbagai cara. Petua orang lama jangan dilupakan dan cara moden juga jangan dinafikan kebaikannya. Kalau makanan tambahan yang terbaik untuk tambahkan susu badan semestinya Set Penyusuan Shaklee. Set yang lengkap mengandungi : 

  • Energizing Soy Protein - beri kalsium dan tenaga
  • Ostematrix - sumber utama kalsium 
  • Alfalfa - meransang pengeluaran susu badan
  • B Complex - anti stress
  • Vitalea - memberi zat lengkap pada ibu 
Sebenarnya set penyusuan shaklee ni hampir sama dengan set ibu berpantang. Memang betul Sebab itulah keistimewaan shaklee. Kalau beli set berpantang lain, ada yang boleh digunakan masa berpantang saja. Habis berpantang dah membazir sebab tak guna lagi. Tapi tidak dengan Set Berpantang shaklee. Boleh makan untuk tambahkan susu badan dalam masa yang sama. 

Macam mana Set Penyusuan Shaklee ni boleh membantu tambahkan susu badan? Ok, tengok semula pada apa peranan setiap vitamin tersebut. Setiap vitamin mempunya peranan yang tersendiri. Faktor penyusuan tidak berjaya adalah apabila ibu kerap stress, penat dan letih, tidak cukup rehat, dan makan pula tidak seimbang. Jadi itu lah peranan Set Penyusuan Shaklee. Apabila kita menggunakan Set Penyusuan Shaklee, badan akan jadi bertenaga, hormon jadi seimbang, tidak stress, dan bila badan dah dapat kesemua zat yang diperlukan, automatik penyusuan susu ibu akan berjaya

Jom kita tengok video bagaimana puan ni berjaya dalam penyusuan susu ibu. Sebelum ni cuma dapat 2oz je setiap sesi, tapi lepas dua minggu, berjaya dapat 7-9 oz setiap sesi. 


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.


TESTIMONI PENGGUNA SET PENYUSUAN SHAKLEE UNTUK BANYAKKAN SUSU BADAN









Bestkan bila baca testimoni ibu ibu yang dah berjaya banyakkan susu badan ni. Rasa macam semangat kita nak susukan anak kita. Apa pun, makanan tambahan hanya membantu. Kita sendiri kena setkan fikiran kita jadi positif dan sentiasa dalam mood yang baik. Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.

"REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"


CARA PEMBELIAN SET PENYUSUAN SHAKLEE

CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET PENYUSUAN SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan


CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar  Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik


PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual 'tidak semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...