6 Cara Hilangkan Kesan Gelap Pada Perut Selepas Bersalin

6 Cara Hilangkan Kesan Gelap Pada Perut Selepas Bersalin. Masa saya mengandungkan anak pertama 4 tahun lalu, saya memang tak tahu langsung tentang kesan gelap yang akan tinggal pada perut lepas bersalin. Cuma masa tengah mengandung tu saya nampak ada satu jalur menegak pada tengah tengah perut dan itu adalah normal. Mungkin ramai juga yang risau keadaan warna kulit pada perut lepas bersalin. Ok jom kita baca macam mana nak hilangkan kesan gelap tu. 


Kesan gelap pada perut selepas bersalin

PUNCA KESAN GELAP PADA PERUT SELEPAS BERSALIN

Sebenarnya selepas bersalin, kulit perut memang akan menjadi sedikit gelap dan agak kehitaman. Nak tahu kenapa? Sebab semasa tempoh mengandung, kulit perut kita akan meregang dan kembali kendur lepas bersalin. Masa tu kita akan nampak kulit perut akan sedikit menggelebeh. Ohh ngerinya. Selain bahagian perut, bahagian lain yang akan turut terjejas menjadi gelap adalah seperti di bahagian ketiak dan bahagian sulit. Apa boleh buat, inilah dinamakan pengorbanan seorang wanita yang menjadi ibu!

Kesan mula nampak ketika hamil akibat regangan pada kulit perut

Selepas bersalin, kesan gelap akan tinggal mungkin untuk tempoh yang lama

Punca kesan gelap pada perut selepas bersalin adalah disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot abdomen kita akan meregang untuk memudahkan pembesaran bayi kita. Jangan risau sebab ianya adalah normal dan hampir kebanyakan wanita hamil akan mengalami kesan gelap pada perut selepas bersalin. Cuma tempoh untuk hilangkan kesan gelap tu bergantung pada badan seseorang juga. Ada yang cepat, ada yang makan bertahun! 


6 CARA HILANGKAN KESAN GELAP PADA PERUT SELEPAS BERSALIN


BERPANTANG 44 HARI
Tempoh berpantang selama 44 hari tu, mestilah digunakan sebaik mungkin. Tempoh berpantang lebih dikenali sebagai proses pemulihan diri, dan para ibu akan melalui pelbagai pantang larang supaya memastikan tubuh badan luar dan dalam kembali segar dan bertenaga. Selain mandi bunga, berurut, bertungku dan memakai bengkung, kita juga boleh melakukan rawatan untuk memulihkan kembali kulit agar kembali tegang, tiada kesan regangan, kendur dan tanda kehitaman pada anggota badan. Set bersalin terbaik untuk berpantang boleh tengok SINI


SAPU MINYAK ATAU KRIM YANG KAYA DENGAN VITAMIN E
Dari segi penjagaan luaran, kita juga boleh menggunakan alternatif seperti menyapu minyak atau krim yang kaya dengan kandungan Vitamin E pada perut untuk menjadikannya lebih anjal dan parut menjadi pudar. Untuk kesan yang lebih baik dan cepat, disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin E. Tapi disebabkan tak semua makanan kita boleh makan masa berpantang, disarankan untuk ambil saja supplemen Vitamin E. Lebih mudah, cepat dan berkesan mengurangkan kesan gelap pada perut dan bahagian lain


RAWATAN LASER
Bagi yang mempunyai bajet, tidak salah jika sekali sekala reward diri anda dengan melabur wang untuk kecantikan diri. Para ibu boleh mencuba rawatan moden yang menggunakan rawatan laser. Rawatan laser boleh dilakukan sebulan sekali. Tanda regangan yang baru terbentuk lebih senang dirawat berbanding yang telah ada bertahun-tahun lamanya. Apabila kulit di laser, badan akan merangsang kolagen yang menyebabkan tanda regangan berkurang.

SENAMAN
Senaman perlu untuk kesihatan dan detox melalui pengeluaran peluh. Amalkan senaman dua hingga tiga kali seminggu. Jika tidak berkesempatan, lakukan sauna untuk 30 minit untuk mengeluarkan toksin dari badan. 

AMBIL VITAMIN C
Amalkan vitamin C untuk membantu badan menghasilkan lebih banyak kolagen untuk kulit yang anjal. Contohnya macam buah buahan dan sayur sayuran. Kalau masih dalam tempoh berpantang, makanan sangat terhad untuk kita ambil. Jadi boleh pilih supplemen Vitamin C, lebih mudah dan berkesan. 

PEMAKANAN
Bab pemakanan, memang amat amat penting untuk dititikberatkan oleh wanita yang mempunyai kesan gelap pada perut selepas bersalin. Jaga pemakanan bukan waktu berpantang saja tapi selepas tempoh 44 hari tu pun, wajib untuk sentiasa menjaga pemakanan kalau nak kesan gelap tu cepat hilang. Amalkan pemakanan seimbang dan berzat, lebih protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makan makanan manis, berkalori tinggi dan makanan yang telah diproses. Lebihkan pengambilan air dan elakkan minuman berkarbonat atau berkafeina. 


PROTEIN BAGUS UNTUK KULIT TAPI CUKUP KE PENGAMBILAN PROTEIN KITA SETIAP HARI?



Sebut pasal protein, ramai yang kata makan ayam goreng pun protein sebab ayam tu protein. Tapi jangan salah sangka, kadang kadang kita rasa kita dah ambil cukup protein tapi sebenarnya apa yang kita makan tu adalah hampas! Maksudnya zat protein dah hilang. Lagi lagi macam ayam goreng, ikan goreng dan sebagainya. 

Sebab makanan yang kaya proteinn sekalipun akan hilang kandungan protein apabila dimasak. Sebabnya, protein akan musnah dalam suhu yang tinggi, lebih-lebih lagi pada suhu makanan dimasak. Ni memang semua orang pun tahu kot. Dan kalau masih ada pun sisa baki protein dalam masakan, strukturnya dah berubah kepada gumpalan-gumpalan yang susah dihadam & diserap oleh badan. Sebab tu dah banyak makan ikan, ayam, daging pun kesan gelap pada perut masih tak hilang hilang. 


PROTEIN DAN VITAMIN C UNTUK HILANGKAN KESAN GELAP PADA PERUT SELEPAS BERSALIN. 

Dalam tempoh berpantang, banyak makanan yang terhad untuk kita ambil bagi memenuhi keperluan nutrisi badan kita. Jadi macam mana nak buat supaya kesan gelap pada perut tu cepat hilang? Pengambilan protein dan Vitamin C adalah dua zat yang terkenal untuk kecantikan kulit. Protein membantu untuk menggantikan sel kulit lama yang sudah rosak kepada sel kulit yang baru dan sihat. Manakala Vitamin C penting untuk bantu badan hasilkan kolagen supaya lebihan pada perut yang menggelebeh selepas bersalin akan menjadi tegang semula. 


ENERGIZING SOY PROTEIN

Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan and perkembangan. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.


VITAMIN C

Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda


VITAMIN E
Vitamin E adalah antioksidan dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Vitamin E juga membantu mengekalkan sistem imun yang kuat di mana kajian menunjukkan bahawa Vitamin E meningkatkan fungsi imun dikalangan orang-orang tua.







Bestkan baca testimoni pengguna ESP kat atas ni? Ramai yang ambil ESP untuk masalah kulit. Jadi tak mustahil penggunaan konsisten ESP setiap hari mampu menghilangkan kesan gelap pada perut selepas bersalin! Jangan tunggu lagi, jom dapatkan ESP dan juga vitamin lain sekarang!


CARA PEMBELIAN SET VITAMIN UNTUK HILANGKAN KESAN GELAP PADA PERUT

CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET KECANTIKAN KULIT ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan


CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar  Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.


Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik


PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual 'tidak semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.

Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...