Keistimewaan Anggur Muscadine

Kalau ada orang kata 'makanan sunnah' ialah makanan terbaik, jangan tak tahu dalam Vivix pun ada makanan sunnah, iaitu anggur. Anggur kan makanan penghuni syurga.


KEISTIMEWAAN ANGGUR MUSCADINE

Dalam Vivix ada anggur terbaik lagi, iaitu anggur muscadine. Anggur ni tak sama dengan anggur biasa dari segi genetiknya. Sebab anggur biasa ada 19 pasang kromosom, tetapi muscadines satu satunya anggur di dunia yang mempunyai 20 pasang kromosom.


Kalau manusia, berlebih kromosom mesti ada sindrom tertentu. Contohnya Sindrom Down ialah sebab lebih 1 kromosom pada krosomom 21. Anggur pula macammana? Samalah, tapi bukan jadi penyakit. Dengan lebihan 1 kromosom ia membantu anggur muscadin untuk hidup dalam iklim yang tak mampu ditahan oleh anggur lain. Maksudnya dia jadikan anggur muscadin lebih tahan lasak.

Anggur muscadine juga mempunyai 6x kandungan resveratrol berbanding anggur merah biasa. Resveratrol adalah bahan kimia yang melindungi anggur muscadine daripada serangan bakteria, kulat, serangga, cuaca yang teruk, dan lain-lain. Pendek kata, resveratrol yang membantu anggur muscadine untuk jadi tahan lasak:

Anggur Muscadines kaya dengan "polyphenols" terutamanya flavonoids. Flavanoids mengandungi "proanthocyanidins" dan "anthocyanin" dan "phytoalexins" yang berfungsi sebagai antioksida yang kuat, antikanser, mencegah penyakit jantung dan meningkatkan imun system seperti pesakit AIDS
**(kajian oleh Yao LH et al, 2004)

Anggur Muscadine mengandungi 40x lebih tinggi antioksida dan mempunyai kandungan quercetin (komponen flavonoid) yang terlampau tinggi berbanding anggur merah lain. University of Maryland Medical Centre mendapati Quercetin melindungi manusia daripada Penyakit Jantung, mematikan sel kanser, mengurangkan Allergik, mengurangkan risiko aterosklerosis yang menyebabkan strok, menurunkan paras kolesterol LDL, menurunkan tekanan darah tinggi (sistolik), merawat interstitial cystitis dan megurangkan simptom keradangan.

Subhanallah.. makin banyak baca pasal anggur muscadine ni, makin rasa sayangnya Allah kat kita. Dia ciptakan tumbuhan terbaik untuk kita dapatkan manfaat kesihatan daripadanya.

Satu lagi aspek menarik tentang muscadines, ia adalah SATU-SATUNYA anggur yang mengandungi asid elagik, yang telah menjadi tumpuan pelbagai kajian berkenaan anti-kanser dan tumor. Asid elagik didapati mampu mencegah kanser dan membantut pertumbuhan kanser & mengelakkan sel kanser merebak.

Pada 1 September, 2007, Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) dan Institut Kanser Kebangsaan (NCI) menerbitkan hasil kajian mereka berkenaan kulit anggur muscadine dalam Jurnal Penyelidikan Kanser.

Allah takkan ciptakan sesuatu dengan sia-sia kan?

Apa kata kita rebut nikmat dunia yang Allah bagi kepada kita untuk bantu kita jaga kesihatan, supaya boleh ofer ibadah yang berkualiti sebagai tanda bersyukur.


Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...