Punca Punca Keputihan Di Kalangan Wanita

Punca Punca Keputihan Di Kalangan Wanita. Membaca kisah wanita yang mengalami keputihan selama hampir 15 tahun, sampai terpaksa berdepan dengan masalah faraj gatal dan berbau, menyebabkan makin ramai wanita yang semakin berhati hati supaya masalah keputihan ini tidak terjadi kepada mereka. Bukan saja boleh menggangu kehidupan seharian, malah keputihan juga turut dikatakan boleh menggangu hubungan intim suami isteri. 




APA ITU KEPUTIHAN?

Keputihan sebenarnya merupakan lelehan faraj yang pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti susu yang sudah basi. Keputihan jenis ini adalah dianggap tidak normal kerana terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung, rasa sakit apabila bersama suami dan semasa membuang air kecil. 

Keputihan selalunya menyerang golongan wanita yang hamil atau pun yang belum berkahwin. Keputihan disebabkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ini merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan malah anda mungkin tidak tahu ia berada di dalam badan anda.

PUNCA PUNCA KEPUTIHAN DI KALANGAN WANITA


Namun menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan antara jumlah kulat yis dan mikroorganisme lain dalam badan kita. Masalah keputihan yang berlaku di kalangan wanita kebiasaannnya berpunca daripada : 

KEHAMILAN
Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.

MEMAKAI PAKAIAN KETAT
Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.

PENGGUNAAN MANDIAN YANG TIDAK SESUAI
Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.

PENGAMBILAN ANTIBIOTIK
Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan antara mikroorganisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.

MENGALAMI KENCING MANIS
Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.

Kebanyakan wanita malu untuk membicarakan tentang masalah yang mereka hadapi lagi lagi melibatkan bahagian alat sulit seperti keputihan. Namun, masalah keputihan ini jika tidak ditangani segera, boleh menyebabkan pelbagai komplikasi yang merbahaya. Bagi yang sudah berkahwin, masalah keputihan ini boleh menggangu keharmonian hubungan intim suami isteri. Ada juga kes di mana keputihan boleh menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim! 

JAGA KEBERSIHAN BANTU KURANGKAN MASALAH KEPUTIHAN

Jika kita tahu cara cucian vagina yang betul dan mudah dapat mencegah jangkitan dan keabnormalan flora vagina, pastinya wanita akan lebih peka terhadap penjagaan bahagian intim mereka. Tahap pH yang seimbang akan menentukan kesihatan vagina yang dapat dilihat menerusi pengeluaran lendiran dalam jumlah sedikit untuk mengekalkan kebersihannya. Antara tips penjagaan vagina adalah seperti 
  • Gunakan seluar dalam kain kapas dan elakkan mengenakan ‘thong’ atau seluar dalam terlalu ketat dalam jangka masa panjang.
  • Elakkan menggunakan pakaian dalam dan seluar ketika tidur pada waktu malam bagi membenarkannya ‘bebas’ bernafas.
  • Jika sudah berkahwin, sebaiknya cuci dengan bersih kawasan intim itu selepas melakukan hubungan kelamin.
  • Tukar tuala wanita dengan kerap ketika haid bagi mengelakkan jangkitan. 
  • Pilih cucian yang dapat membantu mengekalkan persekitaran bahagian intim yang sihat 


CADANGAN VITAMIN YANG MEMBANTU MASALAH KEPUTIHAN DI KALANGAN WANITA

GARLIC COMPLEX

Bawang Putih adalah tumbuhan dalam keluarga bawang, ditanam untuk kegunaan semasa memasak dan digunakan secara tradisional untuk kesihatan secara umum. Alisin, yang memberikan bau ketara bawang putih, adalah sebatian berharga dalam bawang putih yang mempunyai pelbagai manfaat seperti memelihara kesihatan tubuh.





ALFALFA COMPLEX
Alfalfa bermaksud “raja segala makanan” dan ada sebab gelaran tersebut diberikan – ia sangat berkhasiat. Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6 meter ke bawah, membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah. Tumbuhan ini membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin




CARA PEMBELIAN SET VITAMIN MASALAH KEPUTIHAN

CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET KEPUTIHAN ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan


CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar  Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.


Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik



PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual 'tidak semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...