10 Tips Kurangkan Bengkak Susu. Menurut kaunselor laktasi Siti Asma Moin, masalah bengkak susu biasa berlaku dalam kalangan wanita semasa tempoh penyusuan terutama pada waktu berpantang. Pada minggu pertama selepas bersalin, anda mungkin dapati payudara sangat membengkak, sakit, berdenyut, membonjol serta terasa penuh dan tidak selesa. Ada yang demam akibat menahan kesakitan dari bengkak susu.




APA PUNCA BENGKAK SUSU?
  • gangguan pengaliran susu daripada sel buah dada ke puting susu menyebabkan berlaku radang seterusnya membengkak.
  • jangkitan kuman berpunca daripada luka atau rekahan kulit pada payudara ibu yang menyusu.
  • teknik penyusuan yang salah menyebabkan aliran susu untuk keluar terganggu.
  • Kedudukan mulut bayi dan juga puting susu payudara yang salah juga menyebabkan sakit ketika menyusu bayi seterusnya merencatkan rembesan hormon penghasilan susu selain mengganggu pergerakan susu untuk keluar.
  • Kurangnya kekerapan bayi menyusu juga menyebabkan susu terkumpul dalam payudara menyebabkan radang ini berlaku.
  • penggunaan baju dalam yang ketat dan tidak sesuai mengganggu pergerakan susu dan ada kalanya menyebabkan luka atau rekahan pada payudara.


10 TIPS KURANGKAN BENGKAK SUSU

1. COLI YANG SESUAI
Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2. SUSUKAN BAYI KERAP
Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3. PASTIKAN BAYI MELEKAP PADA PAYUDARA DENGAN BETUL
Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4. URUTAN PADA PAYUDARA
Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5. GUNAKAN PAM SUSU
Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

6. MENYIKAT PAYUDARA
Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7. LETAK DAUN KUBIS 
Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8. CUKA
Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9. DAUN SIRIH
Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10. URUTAN MEMBULAT
Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.


LECITHIN BANTU KURANGKAN BENGKAK SUSU

Dalam artikel “Lecithin Treatment for Recurrent Plugged Duct“  pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat. Lecithin dikenali sebagai pengemulsi semula jadi yang menguraikan lemak menjadi molekulmolekul kecil untuk penghadaman.




CARA PEMBELIAN LECITHIN UNTUK KURANGKAN BENGKAK SUSU

CARA 1
Anda boleh terus klik ke LECITHIN ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan


CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar  Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.



Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik


PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual 'tidak semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.