Gemuk Sebab Menyusu

Menarik perkongsian dari salah seorang rakan Facebook Safiya Amaran tentang gemuk sebab menyusu. Ada orang berhenti susukan anak sebab takut gemuk. Betul ke ibu boleh gemuk sebab menyusukan anak? Logiknya sebab bila menyusukan anak, ibu selalu rasa lapar dan asyik nak makan je sebab tu risau nak teruskan penyusuan takut gemuk. Ok jom kita baca perkongsian pendapat dari Safiya Amaran betul ke gemuk sebab menyusu. 


Betul ke ibu boleh gemuk sebab menyusu?


Saya,  "anak dah berapa bulan?"

Kawan, "9 bulan dah..alhamdulillah " dia senyum happy 

Saya, "masih menyusu ke?".  Ni soalan favourite saya

Kawan, "Saya stop selepas 6 bulan. 6 bulan awal tu memang susu penuh. Lepas tu saya bagi susu formula" 

Saya, " Ala.... nape berhenti? "

Kawan " berat naik lah kalau menyusu..  Asyik lapar, nak makan je... Tak nak lah..nanti makin gemuk..."

Saya, "Ala...."
.

Saya terdiam..berfikir.. ' betul tu..awal awal menyusu,  6 bulan pertama memang biasanya berat naik sebab memang lapar. Rasa nak makan je. Kadang memang tak boleh tahan.. Rasa nak makan benda benda manis tu kuat sangat.. '

Saya lihat pada kawan dan berfikir-fikir.. Patut saya share atau tidak...  Saya nak cakap tapi nampak dia memang tak berminat dah sambung breastfeeding 

Memang tak pelik sebenarnya bila berat naik masa awal menyusukan anak especially 6 bulan pertama. Masa tu baby cuma minum susu sahaja, tak makan, jadi keperluan susu tu tinggi. 

Badan perlu continuous nutrient supply untuk hasilkan susu, jadi memang akan rasa lapar sokmo. 

Selain itu, badan sentiasa dahulukan nutrient penting untuk anak. Contoh macam omega 3.  Ia komponen penting dalam susu ibu. Jadi badan akan ambil omega 3 dan alirkan dalam susu. Bila ibu tidak makan omega 3 secukupnya,  ibu akan alami kekurangan omega 3 dalam badan. 

Itu baru omega belum campur keperluan mineral yang lain. Kekurangan mineral macam zat besi,  zink menyebabkan ibu sentiasa rasa teringin nak makan manis dan masin. 

' mengidam'... itu yang biasa orang sebut. 

Yang sebenarnya badan kekurangan zat micronutrients,  jadi ia beri signal supaya makan lagi.. Badan tak boleh beritahu yang sebenarnya ia perlukan extra mineral saja,  jadi kita pun ingat lapar..kena makan nasi atau makanan berat. Dah makan tak hilang lagi rasa nak makan.

Sebab itu ibu menyusu perlu ambil berat pemakanan jika tak nak jadi makan berlebihan. Kena make sure cukup kedua dua, macro n micro nutrients,  baru lah tak rasa nak makan sepanjang masa.



Selain itu...

Apabila tekun teruskan penyusuan, masuk tahun kedua, ( after anak umur setahun), akan mula turun berat. Ini fasa yang ada orang tak sampai sebab menyusu 6-9 bulan sahaja,  jadi dia buat kesimpulan berdasarkan pengalaman menyusu selama 6 bulan pertama.

Sedangkan proses turun berat berlaku bila menyusu lama, cecah 2 tahun. ( dan ini juga bergantung pada pemakanan siibu)  

Kalori susu yang dihasilkan tidak sama. Ia berubah mengikut umur anak. Kalori itu bersesuaian dengan umur anak yang disusukan. Walaupun amount susu yang anak minum tu lebih kurang sama sahaja, tapi nilai kalori itu tidak sama. 

Itu yang buat lebih mudah hilang atau maintain berat bila menyusu lama cecah 2 tahun. Sebab ibu akan keluarkan banyak kalori melalui susu.

Contoh- untuk baby lahir tak cukup bulan. Biasanya baby sangat kecil dan boleh minum susu sikit sahaja, tapi Allah jadikan susu ibu yang bersalin pramatang ni tak sama dengan susu ibu yang bersalin biasa. Susu ibu yg bersalin pramatang ni kalorinya jauh lebih tinggi. Jadi walaupun baby minum sikit sahaja, ia dah mencukupi. Menakjubkan kan? Subhanallah.  

.Selamat menyusu ibu ibu. ❤❤

Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...