SELAMAT HARI PEKERJA!

Tags

kali ni aku nak tanya korang. tapi janji korang jawab dalam hati je tau. haha. ok..apa pekerjaan korang yang pertama? penebar roti canai? bidan terjun?? tetttt..ok aku jawab dulu. aku dulu cashier. korang?? sila jawab tidak melebihi 5 patah perkataan. ok tak kelakar. 

so..pekerjaan pertama aku adalah juruwang atau bahasa omputih nya adalah cashier. u know cashier?? cashier means juruwang. T___T  so aku bekerja pada umur 17 tahun and masa tu baru lepas SPM. yela..aku dulu orang susah. so kena la kerja sementara tunggu result kan?


best tak jadi cashier ni? kalau korang lembap mengira aku sarankan jangan la try jadi cashier. sebab kalau salah kira, boleh short and tolak gaji. sakit ohh..aku dulu pernah terlepas pandang dari punch sehelai baju minah ni, sekali shorttt kauu! sale aku ngn sistem tak taly. tolak gaji la jawabnya..rm29.90 lak tu! sentap tak sentap??

tapi kerja pertama ni memang best sebab kita belajar untuk susah cari duit. tak la kau duduk rumah lepas SPM menghabihkan boreh mak bapak je kan? eh ada yang terasa ke? ops. cowyyy.. adik adik, lepas habis belajar, means lepas habis SPM, try to get job. cuba rasa susahnya cari duit. at least kau dah ringankan sikit beban mak ayah. kan kan..

So hari ni, sempena Hari Pekerja esok, aku terfikir. tanpa pengalaman dari pekerjaan pertama, aku tak akan setabah hari ni. susah senang mengerah keringat membuat aku rasa sukarnya mencari sesuap nasi. betapa pekerjaan pertama tu telah mengajar aku banyak erti hidup. :) tak macam anak anak muda sekarang. apa je mereka nak, mesti dapat. tanpa bersusah payah! semua nak harap subsidi! renung renungkan!

Selamat Hari Pekerja!

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :