ENTRY KHAS BUAT MEREKA YANG MENYERTAI PERHIMPUNAN BERSIH!


sumber gambar : azrul azam

kepada rakyat Malaysia, semoga lebih cerdik. jangan lah menzalimi diri sendiri dan orang lain. semoga perhimpunan tidak berakhir dengan kacau bilau yang hanya mengakibatkan kerosakan harta awam dan huru hara. berhemahlah dalam setiap tindak tanduk. Allah pun tak suka orang yang melampaui batas. 

by the way..its a sensitive issue for some people. but me? aku suka dan pilih keamanan. aku tak sokong perhimpunan duduk ke berdiri ke..tapi tu tak bermakna aku sokong kezaliman. aku percaya ada jalan lain. contohnya, jika kita tak suka kerajaan, jangan lah undi kerajaan. yang penting jangan timbulkan kekacauan dalam negara. tak ada untungnya. keharmonian dalam negara tu sangat sukar dicari. SANGAT SUKAR!


tak pergi berhimpun tak bermakna kita pasrah. mereka yang berhimpun selalu gunakan perkataan zalim dan jihad. tapi pernahkah mereka melihat bagaimana kerajaan Burma dan Mesir melayan rakyatnya? Kerajaan Islam manakah yang terbaik di dunia? kita kena faham negara kita berbilang kaum. aku paling sedih kerana hal zalim dan SPR dituduh menipu, orang melayu berpecah belah.

memang ada beberapa perkara kerajaan kita tidak betul. aku pun tidak menyokongnya. tetapi untuk menuduh mereka zalim itu juga tidak betul. kalau kira rajin bekerja, dan bersatu padu, perkataan zalim tidak akan timbul. 

sebenarnya orang melayu suka mendengar khabar angin dan mudah sekali dihasut. yang paling utama, orang melayu malas membaca. sebab tu mereka tak tahu macam mana sukarnya negara kita dulu nak perolehi keamanan.. :( 

lebih baik kita berdiam diri sahaja kerana kalau kita melawan kita akan mencipta pergaduhan dan sukar mengawal diri. sudahnya kita mula bermusuhan. pulanglah ke rumah. lupakan niat anda untuk menyertai perhimpunan bersih! kan lebih bagus duduk taubat atau duduk tahajud 2 rakaat di rumah mohon negara kita aman damai?

p/s : DAH MENDAFTAR KE BELUM? klik like dan share entry ni!
Previous
Next Post »

15 komen

Write komen
cintailmu89
AUTHOR
April 28, 2012 at 4:26 PM delete

awak kena study apa dier motif bersih dulu, baru la cerita pasal pilihanraya..
okay =)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 28, 2012 at 4:48 PM delete

@iZ
maaflah jika isu ni membuat segelintir yang emosional. sy suka kan keamanan. menentang dengan berhemah adalah pilihan saya.. bukan dengan cara berhimpun yang boleh menyusahakn semua orang :)

Reply
avatar
wuz Khairul
AUTHOR
April 28, 2012 at 5:54 PM delete

maaf, tapi, bgi saya, perhimpunan hanya menuntut ap yang patut, kalau kita sekadar duduk sahaja tanpa membuat apa2, tiada apa yg akn brubah. sharusnya krajaan membenarkan perhimpunan ini, krana apa mreka inginkan perhimpunan ini?? kerajaan harus dengar suara rakyat. maaf kalau komen saya ini sensitve.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 29, 2012 at 12:57 AM delete

@Cik Bear bukan begini caranya...ini boleh merumitkan lagi masalah..lagi membesarkan masalah..nak selesaikan satu satu perkara, buat la dgn berhemah..bukan membabi buta..

Reply
avatar
y.Ho
AUTHOR
April 29, 2012 at 1:35 AM delete

Saya pun pilih keamanan jugak. Bagi saya, perhimpunan hari ini tak semestinya buruk seperti sangkaan cik. Sebaliknya, hari ini saya telah menyaksikan rakyat malaysia bersatu padu untuk menuntut hak yang sepatutnya. Saya jugak setuju dengan cik, yang sekiranya kita tak suka kerajaan hari ini, janganlah kita undi mereka. Tetapi masalahnya ialah undian jugak berkemungkinan telah dipermainkan oleh sesetengah pihak. Itulah sebabnya Bersih dijalankan, untuk meminta agar undian yang adil dijalankan. Saya tak setuju cik untuk hanya "berdiam diri". Sekiranya cik telah dilayan dengan tidak adil, adakah cik hanya akan berdiam diri? Dunia ini adalah kompleks. Masalah tak akan diselesaikan secara automatik sekiranya kita hanya berdiam diri, kita perlu berdiri dan melakukan sesuatu. Sebenarnya rakyat yang menyertai Bersih semuanya patriotik. Hanya sebab mereka cinta negaralah mereka akan menggadaikan masa dan nyawa untuk melakukan ini. Tujuan mereka bukan saja until mereka sendiri tetapi jugak untuk mendapatkan keadilan untuk 20milion rakyat Malaysia yang lain, jugak termasuk anda, cik. There's a quote that goes, "Ask not what your country does for you, ask what you do for your ountry". Cik mungkin akan berpendapat bahawa ini akan membawakan huru-hara. Tetapi adakah kita semua akan tunggu sehingga kerajaan dah lakukan banyak lagi benda yang tak baik sehinggakan negara miskin, dan masa itu cik mungkin tak ada duit langsung untuk makan? Sekiranya cik lihat, rakyat Malaysia tidak membunuh sesama lain, dan huru-hara hanya dalam peratusan yang kecil sahaja. Disebabkan terlalu banyak yang protes hari ini, memanglah sesuatu akan berlaku, we can't expect this world to be perfect. Tetapi bagi saya, dah cukup memuaskan kebanyakan rakyat Malaysia sanggup mengorbankan mereka sendiri. Negara Muslim yang lain mungkin melayan rakyatnya lebih zalim daripada kita, tetapi ini tidak bermakna yang kerajaan tidak bersalah! Salah tetap salah, tidak boleh diperbandingkan! Adakah cik akan berkata yang membunuh orang adalah lebih zalim daripada mencuri, maka mencuri adalah betul dan kita tidak patut menangkap pencuri? Cik jugak berkata "orang melayu berpecah belah"... apakah cik hanya merisaukan orang Melayu, bukannya seluruh rakyat Malaysia? Cik jugak berpendapat bahawa jika kita rajin, pasti akan berjaya. Ya, saya jugak setuju. Masalahnya, bagaimanakah kita akan berjaya sekiranya kita dah rajin tetapi masih ditumpaskan oleh orang lain hanya sebab ketidakadilan? Saya faham yang cik ingin menjaga keamanan negara. Sebenarnya, seluruh rakyat Malaysia jugak nak aman. Siapa yang tak nak aman? Siapa yang tak nak gembira? Tetapi dah gunakan cara yang aman pun kerajaan masih tak serik lagi, kenalah ubah cara. Dulu dah Bersih dua kali, tapi kerajaan pernah dengar suara kita? Tak! Itu pun tak cukup aman?! Guna apa-apa cara pun kerajaan tak nak dengar, kenalah kita guna cara ekstrem. Seharusnya kerajaan yang jaga and takut rakyat, bukan sebaliknya!

http://www.bananamylove.blogspot.com

Reply
avatar
Rin Saharina
AUTHOR
April 29, 2012 at 10:53 AM delete

sgt stuju dgn entry ni :) kalo xsuka ngn kerajaan,jdi undi tem plihanraya. :D

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 29, 2012 at 12:16 PM delete

@Cik Aish kadang2 bnyak bnda boleh mengaburi mata kite ,jganlah berkata sekadar mnggunakan akal logik tapi lihatlah kesan akan datang seperti berlaku dinegara2 yang ditindas kerana duduk diam tanpa berbuat apa2.

Reply
avatar
e k i n
AUTHOR
April 29, 2012 at 12:42 PM delete

Well said :)

Saya sangat setuju dengan entry ni. Kalau ikut hati memang sy tak suka kerajaan sekarang, tp saya akan utamakan keamanan Malaysia tercinta. Itu mustahak supaya org luar sanjung tinggi negara kita yg sememangnya drpd dulu elok dimata dunia. Skg? Wallahualam.

Reply
avatar
April 30, 2012 at 2:52 AM delete

apa2 pun tahniah kerana berani bersuara dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa... saya bangga anda tulis entri ini.. yang tak bersetuju dengan anda tuu jangan gusar, fikiran mereka masih berada di bawah... TAHNIAH SBB ANDA BERFIKIRAN TERBUKA SEBEGINI...!!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 30, 2012 at 3:05 AM delete

people are getting impatient.yes to the higher mind, more beneficial things could be done to prevent the mass corruption, but to the poor and the opressed, thats their only way of expressing their feeling. I'm not saying I agree, but I understand.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 30, 2012 at 9:56 AM delete

sy sgt setuju dgn comment dr y.Ho. tp tak bermakna sy menentang entry ini. sesungguhnya sy juga cintakan keamanan. siapa yg sukakan keganasan sebegitu rupa? BERSIH merupakan suara rakyat dan kerajaan harus mendengar serta membenarkan demonstrasi tersebut. sesuaila dgn tagline "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" kan? suara kami berhak didengar krna kami juga anak Malaysia.

wallahualam.

Reply
avatar
Marya Hana
AUTHOR
April 30, 2012 at 2:03 PM delete

kalau nak "pilihanraya bersih" buat dengan cara yg baik, bukan menjahanamkan itu ini. tuntut apa yg mereka mahu tuntut, bukan ada udang di sebalik batu. laung perkataan yg mencerminkan siapa diri mereka & tujuan asal.

(:

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 30, 2012 at 10:37 PM delete

semua tindakan ada positif ada negatif. SEyfa xambil port sangat. Yang pasti eyfa nak duduk dalam negara yang aman :)

Reply
avatar
arituarini
AUTHOR
April 30, 2012 at 10:47 PM delete

y.ho sbb takut la tu dia dolak dalih..kejap bg stadium kejap tk bg..dulu mintk stadium mrdeka tk boleh..kata ada nilai2 sejarah (walhal stadium tu la bnyk buat konsrt)..bila nak buat kt dataran merdeka..bleh pulak dia bg cadangan suh guna stdium mrdeka..ingt budak2 ke..

Reply
avatar
arituarini
AUTHOR
April 30, 2012 at 10:55 PM delete

@y.Ho

sokong..isu perpecahan melayu memang senjata kerajaan..tu je dia punya modal..

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...