PREVIOUS ENTRY : KELEBIHAN JADI AHLI SHAKLEE - EPISOD 1
Assalamualaikum
Kalau entry sebelum ini saya jelaskan tentang faedah masuk ahli untuk menikmati penjimatan harga ahli, kali ini saya akan terangkan faedah masuk ahli yang lain.Bak kata orang, hanya dengan pendaftaran keahlian RM75, kita semua dapat menikmati banyak kelebihan bukan semata mata untuk dapatkan harga ahli saja tau, tapi banyak lagi faedah lain.
Apa itu BONUS POINT?
Tiba tiba masukkan gambar WATSON CARD. Ok. Sebenarnya saya lagi suka gunakan WATSON CARD sebagai contoh. Sesiapa yang ada watson card mesti faham selok belok bonus point tu. Kalau kita beli barang dekat Watson, kita akan kumpul point. Setiap barang dalam Watson, punyai point yang berbeza beza.
Dan bila point yang kita kumpul tu dah banyak, kita boleh redeem dekat kaunter. Beli produk dan cashier akan beri potongan harga bergantung pada jumlah point yang kita nak redeem tu. Macam dalam gambar, 200 point boleh dapat potongan harga barang sebanyak RM1. Jadi itu bonus point untuk Watson Card
Bonus point dalam Shaklee punya konsep yang sama. Dalam setiap produk Shaklee, ada point yang berbeza. Kita akan kumpul point setiap kali beli produk Shaklee. Tapi bezanya di sini adalah, setiap hujung bulan, Shaklee akan kira berapa jumlah point yang kita dah kumpul. Dan mereka akan convert kepada cash. Ya. Cash! Dan cash tersebut mereka akan transfer ke dalam akaun bank kita pada minggu kedua SETIAP BULAN.
Itu saja beza antaran masuk ahli WATSON dengan SHAKLEE. Shaklee beri kita CASH, boleh gunakan untuk reward diri sendiri, boleh sedekah, bayar hutang, bagi mak ayah di kampung dan sebagainya. Sebab tu, Shaklee dok sebut, "We call that a healthy opportunity!" Hanya
dengan bayaran keahlian RM75 untuk seumur hidup, anda mampu menikmati
produk terkemuka dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran DAN juga CASH BONUS.
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon