Sejak ada baby ni, tiba tiba rajin nak update blog. Hihi. Mengada betul. Masa pregnant mood nak update memang ke laut. nak buat macam mana, masalah hormon. Hehe. Ni pun curi curi masa nak update blog sementara si kecik tu tidur.
Sebenarnya dok teringat lagi macam mana Khamis lepas berperang dengan kesakitan nak bersalin. Patutla syurga tu di bawah tapak kaki ibu. Bukan tapak kaki ayah..huhu. Apa pun Aish bersyukur sangat sebab sepanjang tempoh dalam labor room tu, PP Epal sentiasa ada temankan Aish. Alhamdulillah. Rasa bersemangat untuk teruskan perjuangan yang belum selesai. Hee.
Masa pukul 1 petang tu, doktor masuk labor room untuk pecahkan air ketuban. Lepas tu baru terasa sakit ya ampun...betul lah orang kata, masa contraction lagi sakit dari time deliver tu. Disebabkan tak tahan sakit, mintak doktor induce untuk kurangkan rasa sakit. Lepas induce, mula rasa khayal, tapi sebenarnya Aish sedar lagi time tu. Otak dok pikir semua benda, dari awal perkenalan dengan PP Epal, time gaduh gaduh..zaman lepas kawen, kadang kadang ada buat salah dengan suami kita..sampai menitis air mata masa tu, Masa tu la teringat balik, semua dosa dosa yang kita buat dengan suami kita.
Tengah rasa sakit tu, PP Epal tak pernah lepaskan tangan. Masa air mata Aish meleleh ke tepi tu, dia datang bisikkan kat telinga,
"sayang, saya ampunkan semua dosa dosa awak pada saya, saya halalkan semua makan minum awak.., awak dengar tak sayang, saya dah ampunkan semua dosa awak pada saya"
Air mata masa tu tak henti henti meleleh. Sakit tu belakang kira. Tapi rasa syahdu betul time tu. Tuhan je tau. :) Alhamdulillah Allah permudahkan proses bersalin. PP Epal tak berenggang walaupun satu saat, beri kata semangat pada Aish sepanjang proses tu. Nikmatnya Ya Allah..
Terima kasih PP Epal. Kerana menjadi suami dan ayah kepada anak ini.. Terima kasih segalanya..
18 komen
Write komennak menitis air mata baca.. terharu.. sweet sangat.. huhu..^_^
ReplyTahniah sekali lagi dapat baby yang comel..
Replyterasa nak tambah anak lagi bila tengok orang happy dapat baby...hehehe..
subhanallah comelnya bby.... dah ada nama ke? congrats yea...
Replysayunya baca entry akak ni... kekutan suami kita sewaktu kita berperang.. subhanallah... jihad seorang isteri.... :)
ReplyHamboi2.sweetnya parents baru ni. Huhu..tahniah aish!
Reply@gadis melayu :) pengalaman berharga dear
Reply@Fazil Hamid hehe.. tambah tambah..tambah anak tkpe hehe
Reply@msredcheesecake thanks dear :) dah ada nama..tungguu..hehe
Reply@~Nor Arena~ betul tu dear.. rasa insaf betul.. hmm
Reply@najihah sahami hehe..thanks jiha..awak pun nnt akan rasa gak kan..
ReplyNak nangis plak aisy oi bc ni..za pn husband ada spnjg deliver tu..mmg sgt2 perlukn dorg kn..
ReplyNak nangis plak aisy oi bc ni..za pn husband ada spnjg deliver tu..mmg sgt2 perlukn dorg kn..
ReplyYa Allah dh bersalin dh awak aish.hmmm selamat berpantang.congrats!
Replytahniah kak :) comel sgt baby :)
Replytahniah kak :)
Replytahniah kak :)
Replyseriusss...comel baby...gerammm!! hihi
Replytahniah ye aish dpt baby comel..
Replydoakan utk saye ye.. nk jgk baby comel..
=')
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon