HILANG MYKAD

Assalamualaikum

hahah hahaha hahaha. padan muka aku sebab berjaya menghilangkan Mykad. suka la sangat kan? Mykad gambar klasik tu ingat tak sayang ke kalau hilang. mana nak ada muka macam tu lagi. muka macam toye toye je. ish sedih betul. 

kepada korang semua yang belum pernah menghilangkan Mykad, nasihat aku satu je. jaga la Mykad korang baik baik. toksah la ikut perangai aku yang suka hilangkan barang ni. padahnya nah..jadi warga asing sekejap. 

Bila Mykad hilang pertama sekali korang kena lakukan adalah membuat police report. Ini bertujuan untuk mengelakkan Mykad korang tu disalah gunakan. mana lah tahu nanti orang yang jumpa Mykad korang tu, bibik yg lari dari kastam ke apa ke, terus menyamar jadi korang. korang sanggup ke?

so di balai nanti uncle polis akan tanya korang macam mana boleh hilang? kat mana hilang? soklan tu memang malas aku nak jawab sebab ye la kan kalau kita tahu hilang katne senang kita g cari. masalahnya Hilang. konfem la tatau macam mana boleh hilang. eh tah la..hilang arah aku bercerita pasal benda ni haha. 

Lepas buat police report, perkara kedua yang korang kena buat adalah pergi ke JPN untuk buat Mykad baru. seeloknya pergi JPN Putrajaya dekat Presint 2 sebab Mykad baru boleh siap dalam masa satu hari je. tapi kalau pergi dekat cawangan, mungkin makan masa sikit. 

Bayaran? ha ni paling best. hilang kali pertama dikenakan bayaran denda RM100. Hilang kedua RM200. dan seterusnya. Gandaan seratus ok. so tolonglah beli wallet yang bergari untuk gari Mykad korang supaya tak hilang sebab bila hilang, hilang nafsu makan nak membayarnya. sedey. 

k bye!
Previous
Next Post »

8 komen

Write komen
ecadwinkyasha
AUTHOR
September 3, 2012 at 10:07 PM delete

klu buat kt putrajaya,cpt je siap..eca buat kt cwgn JPN di sini.ambil masa 3bulan.

Reply
avatar
hnahdy
AUTHOR
September 3, 2012 at 11:51 PM delete

kiranya kena bayar la rm100.huhu mahal gak.ingat buat report ja

Reply
avatar
September 4, 2012 at 11:12 AM delete

lama xsinggah sini...nomeinyeeee header dia ;)
lorh mycard hilang..kena pg wat cpt2 uh...

Reply
avatar
ezy.fia
AUTHOR
September 4, 2012 at 1:44 PM delete

huhuk.. syg duit nk bayo denda..

Reply
avatar
FaraLoveChoco
AUTHOR
September 4, 2012 at 9:24 PM delete

kat putrajaya mmg siap cepat..hari tu, 1 family fara tukar mykad baru.. sehari siap dah..:-)

Reply
avatar
FaraLoveChoco
AUTHOR
September 4, 2012 at 9:24 PM delete

kat putrajaya mmg siap cepat..hari tu, 1 family fara tukar mykad baru.. sehari siap dah..:-)

Reply
avatar
Mia Kassim
AUTHOR
September 6, 2012 at 8:26 AM delete

Salam singgah....kalu sudi singgahlah ke blog saya http://shumie-dz.blogspot.com (^_^)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 6, 2012 at 12:00 PM delete

Mahalnya kena bayar kalau mykad hilang -,-

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...