TIPS ASAS MASUK RUMAH BARU - PASANG KABINET DAPUR

Tips asas masuk rumah baru - pasang kabinet dapur. Dekat entry sebelum ni, aku ada kongsikan tentang beberapa tips paling asas sebelum masuk rumah baru. Entry tu dekat SINI. So kali ni aku nak kongsikan dengan korang tentang pengalaman nak pasang kabinet dapur. Kabinet dapur ni palingg aku tunggu tunggu sebab tak sabar nak masak dekat dapur yang lengkap! 


Sebelum sampai tarikh appointment untuk ambik kunci rumah, kitorang dah survey 7 kontraktor untuk pasang kabinet dapur. So bila tarikh ambik kunci dah ada, kitorang terus buat appointment dengan ketujuh tujuh kontraktor ni untuk datang hari ambik kunci tu untuk buat ukuran dan quot harga. Kenapa kena ada 7 kontrakor? Sebab nama pun nak survey kan? Kena la ada sekurang kurang nya 5 quotation. Tapi kitorang deal 7! Lebih dari cukup. Malas dah nak survey lagi. Pilih jela mana yang terbaik dari tujuh tujuh kontraktor ni. hehe

Ha tapi aku nak share la pengalaman tentang kitorang tunggu kontraktor ni sorang sorang mai rumah. Ada macam macam jenis dan ragam kontraktor ni. Dari situ aku dah nampak mana yang aku suka dan berkenan.

Ada beberapa ciri ciri kontraktor kabinet dapur yang aku jumpa..hehe 

1. Datang rumah terburu buru, ukur tak sampai 10 minit, lepas ukur terus nak balik. Bila tanya harga, dia jawab "kita jumpa itu saya punya ofis kasi bincang la" Fine. Macam tu je pastu terus blah. 

2. Datang buat ukuran, bagi harga yang bapak mahal, lepas tu tak bagi option pun kat kita nak pilih material apa, pastu sama jugak, apa apa datang ofis kita bincang. Ok, bye bye la kau

3. Datang buat ukuran tapi kita pun tak dapat bayangkan macam mana rupa kabinet dapur tu, bila mintak album ke atau apa2 hasil kerja dorang, satu gambar pun takde, kira macam takde preparation langsung nak jumpa client. eh kau nak bisnes ke tak ni?

4. Yang ni lagi best, bila suh datang rumah ambik ukuran, dia boleh suruh "you kena ambik ukuran bagi sama kita baru kita quot harga kasi you" Wahhh kalau aku yang ambik ukuran, baik tak payah, biar aku je yang buat bisnes. Kalau aku salah ambik ukuran? tak ke naya. So terus black list. Ni kontraktor Poh Seng dekat Seremban 2. Mentang mentang femes nak ekkk pulak 


FIRST IMPRESSION YANG BEST DEKAT KONTRAKTOR KABINET DAPUR


Tapi lastly aku jumpa satu kontraktor yang aku berkenan. You know what? Dia datang tanya dulu kita nak buat macam mana, bentuk macam mana, dia bagi kita peluang untuk bagitahu apa yang kita mahukan. Lepas tu dia sketch lakaran kabinet dapur tu dekat satu kertas lukisan, dalam 10 minit siap, cantik gila lukisan dia, memang nampak real kabinet dapur tu bila dah siap nanti macam mana. Kalau kontraktor sebelum ni dia cuma bagitahu in verbal, sampai aku pun tak boleh nak bayangkan macam mana hasilnya, tapi kontraktor ni dia buat kitorang jelas dengan apa yang dia nak buat nanti. 

So antara tips nak pilih kontraktor pasang kabinet dapur :


1. Mintak kontraktor lakar apa yang kita mahukan, design macam mana, nak kabinet dapur L Shape ke, island shape ke, U shape ke. Kalau kontraktor tu tak nak lukis, say bye bye dekat dia. 

2. Pastikan kontraktor kabinet dapur tu terangkan setiap jenis material yang kita boleh pilih untuk kabinet tu nanti. Sama ada dari segi ketahanan dia, kualiti, dan harga. Mintak dia senaraikan pro dan cons setiap material tu. 

3. Pastikan kontraktor tu bawak sample material dan tunjuk dekat korang, supaya korang puas hati. Nak kitchen top jenis tile, tapi kalau dapat tengok depan mata tile tu jenis yang macam mana, lagi best kan?

4. Kontraktor tu boleh quot harga dari semahal mahal material sampai la ke materia yang berpatutan sesuai dengan budget kita. Terpulang kitan ak pilih yang mana. 

5. Ada bawak sekali album album hasil kerja supaya kita boleh menilai kerja kerja dorng tu macam mana. Kalau semuanya nak tengok dekat ofis, macam buang masa pulak kan? Kan lagi bagus kalau kontraktor tu bawak terus masa datang rumah kita ambik ukuran. Client mesti diberi layanan special! 

So kelima lima tips tu, ada pada kontraktor kabinet dapur yang best tu. First impression dari segi presentation dia, memang meyakinkan. Dan paling best, dia siap tunjuk whatsap dia dengan customer customer, rata rata customer melayu tu cakap puas hati dengan hasil tangan kontraktor ni. Wahh siap tunjuk testimoni pulak kan?

HARGA BERPATUTAN

Lepas tu aku pilih kontraktor ni bukan sebab presentation dia je yang bagus, harga dia pun berpatutan dan paling penting kesungguhan cina ni. Siap bawah semua jenis material kabinet tu tunjuk kitorang. Memang puas hati dari penerangan dia. Harap harap hasil kerjanya pun memuaskan. Insyallah. 

Lepas tu kitorang setuju untuk bayar deposit lepas menganalisis ketuju tujuh kontraktor yang datang hari tu. Hehehe. Ni contoh kabinet dapur yang aku dengan suami setuju nak buat.



Ni contoh lakaran untuk kabinet dapur tu nanti. Material yang kitorang pilih, top dia jenis tile, tapi saiz besar la bukan tile saiz kecik kecik, warna hitam. Pintu jenis kaca yang tebal solid warna putih. Buat L Shape je macam ni. Dapat free sinki. Hop dengan hood kitorang choose untuk beli sendiri dekat Lazada yang lagi murah! Kitorang pilih kabinet atas bawah sebab kemas sikit semua jenis pinggan mangkuk periuk belanaga semua simpan. Takde nak sangkut sangkut belakang pintu deer. huhu

Oklah semoga perkongsian ni bagi gambaran serba sedikit dekat korang yang nak stat survey tentang kabinet dapur. Dah siap kabinet aku up hasil dia dekat next entry ye! Seee yaa!

P/S - baru dapat call dari kontraktr ni kata nak stat pasang konkrit.. wahh pantess bangat! suka!




Previous
Next Post »

7 komen

Write komen
Mar Mansor
AUTHOR
April 1, 2016 at 2:38 PM delete

wah cantiknya...puas hati gitu

Reply
avatar
cik aish
AUTHOR
April 1, 2016 at 2:57 PM delete

Terima kasih.. Banyak ilmu baru bila handle benda benda mcm ni.. hehe

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 1, 2016 at 5:07 PM delete

Ohhh mcm tu eh caranya.. betul la, kalau dia layan customer betul-betul confirm customer akan deal punya walaupun sedikit mahal tapi servis tip top..

Reply
avatar
cik aish
AUTHOR
April 1, 2016 at 5:15 PM delete

betul..first impression tu penting. hehehe..kalau layanan tu baik, kita pun tak kisah harga dah..pejam mata byr je..

Reply
avatar
amadnasser
AUTHOR
January 10, 2017 at 4:01 PM delete

Brp harga kabinet dapur?

Reply
avatar
amadnasser
AUTHOR
January 10, 2017 at 4:01 PM delete

Brp harga kabinet dapur?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 14, 2017 at 8:38 PM delete

Bgtau kontraktor mn..bley survey..coz sy dok seremban juge

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...