MACAM MANA NAK LICINKAN BALIK KULIT MUKA YANG BERJERAWAT?

Assalamualaikum



Masa pergi kenduri kahwin minggu lepas, ada kawan lama tanya, "eh macam mana nak licinkan balik kulit muka yang berjerawat?" Dia tanya aku so aku terasa macam pakar kulit sekejap walaupun tak diiktiraf. haha. Well, aku eksaited nak jawab soalan pompuan ni tentang supplemen yang paling best untuk licinkan balik kulit muka yang berjerawat. Sebab dah terbukti berkesan dekat diri sendiri. hihi

ZAMAN BELAJAR = ZAMAN JERAWAT BATU 
Macam mana nak licinkan balik kulit muka yang berjerawat? Ok meh sini nak habaq mai. Sebenarnya, dulu, aku memang banyak jerawat. Kalau tak percaya, korang boleh tanya kawan kawan aku masa form 3. Bajet stress baca buku dan study, tapi sebenarnya buku pun jarang pegang. Zaman belajar dekat UITM dulu pun lagi la horror sebab aku kena chicken pox sehari selepas raya membuatkan aku stress berganda dari biasa, maka bukan saja tompok tompok taik unta yang keluar, jerawat pun keluar sekali bekerjasama. Tahniah diucapkan. 

Lambakan parut dan saki baki jerawat buat aku hilang keyakinan cewahh. Pakai la baju lawa mahal macam mana sekali pun, tapi kalau kulit dah kusam, kasar bak berus sabut, tiada gunanya ahhaii! Jadi apa yang aku lakukan adalah cuba mencari jalan penyelesaian. opkos la kan takkan nak dok menung tunggu kulit licin tanpa kau berusaha apa apa? Kau ungat magic comes when you believe? no lah! Magic comen when you wrok hard. haha.

"Vitamin C is the most familiar of all the nutrients because of its widespread use as a dietary supplement. Vitamin C is very critical for human beings, and all mammals can use their own cells to make Vitamin C. Vitamin C is needed for the growth and repair of tissues in our body and because the body does not store Vitamin C in its tissues, we need to consume it on a regular basis."
http://www.stylecraze.com/articles/amazing-benefits-of-vitamin-c-for-skin-hair-and-health/

VITAMIN C PULIHKAN SEMULA TISU TISU BADAN DAN KULIT YANG ROSAK
Nampak tak? Vitamin C diperlukan untuk PULIHKAN SEMULA TISU TISU BADAN DAN KULIT YANG ROSAK. Jadi, aku pun tekad cari vitamin C untuk usaha licinkan semula kulit. Apa yang aku pilih? Aku pilih Vitamin C Sustained Released yang mengandungi 500mg kandungan vitamin C setiap kapsul. Telan punya telan setiap hari, perubahan paling ketara aku rasa adalah luka jerawat mula sembuh. Parut jerawat makin nipis. Dan jerawat baru KECUT. 

SUAMI TEGURR....
Suami pulak tegur, bila dia pegang je kulit muka, dia kata "eh kulit muka awak licin sikit berbanding dulu" aku tanya la dulu kenapa? dia jawab "dulu kasar macam jalan tar" SENTAP tak SENTAP. Agaknya lelaki ni nak jaga hati kita, tak sampai hati nak berterus terang, tapi dalam hati kemain kutuk kulit muka pasangan dia. haha. Tapi apa pun, Alhamdulillah suami puji dah ada perubahan tu yang paling aku suka. Isteri mana yang tak suka dipuji suami ye tak. hihihi

Tak perlu Edit pakai Camera 360 dah lepas ni. hehe. Sebab sebelum edit pun kulit tak nampak jerawat dan parut yang menghodohkan. hehehe

Jadi aku sangat sangat rekomen korang yang nak licinkan balik kulit muka yang berjerawat, nak nampak kulit tu bersih tanpa jerawat jerawat yang menggelikan, cuba ambik Vitamin C secukup cukupnya! Kalau tak larat telan buah oren banyak banyak, ambik je supplemen macam VITAMIN C SUSTAINED RELEASED yang aku ambik tu. Walaupun hasilnya tak putih melepak macam FARAHDHIA, tapi bagi aku kulit yang bersih dan licin, itulah yang membahagiakan kaum wanita sebenarnya. 

 Korang boleh klik button pink dekat bawah untuk tahu lebih details cara macam mana nak ORDER VITAMIN C SUSTAINED RELEASED ye :)


http://getmedean.blogspot.com/2015/06/pembelian-supplemen-shaklee-melalui-4.html
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...