JOM INSTALL APPLIKASI FOOD TRACKER DEKAT PHONE UNTUK REKOD APA YANG KITA MAKAN SETIAP HARI

Apa itu applikasi FOOD TRACKER? Eksaited sebenarnya nak share dengan korang tentang applikasi ni. Food Tracker adalah cara paling mudah untuk mencatat apa makanan yang kita ambil dan dia akan setkan goal kita sama ada nak tambah berat badan ke, maintain berat badan ke atau nak turunkan berat badan. Food tracker ni lebih kurang macam warden yang akan sentiasa pantau jumlah kalori yang kita ambik setiap hari. Best kan? eeerrr bunyi macam best. Ok jom baca sampai habis. 

"Merekod makanan yang kita makan boleh membuatkan seseorang sedar yang mereka sudah ambil 1000kalori setakat tengahari dan kena cut cut sikit menjelang malam"

Satu kajian menerusi American Journal of Preventive Medicine buat satu rumusan mengatakan orang yang merekod apa yang mereka makan, akan mudah turun KG berbanding mereka yang tidak merekod dan memantau apa yang mereka makan. Orang yang rekod apa yang mereka makan juga ada potensi untuk turun KG DUA KALI GANDA berbanding mereka yang TIDAK MEREKOD apa yang mereka makan. Wahhh..sentap kau. Patutlah aku tak turun turun KG nih! Makan main bedal je semua kan. so tak perasan la berapa kalori yang kita dah ambil hari tu. Terkurang ke..terlebih ke. Jadi macam mana nak rekod semua semua tu? Pandai pulak aku nak tahu berapa kalori setiap makanan tu kan?

Tak pe. Senang je. Benda semua boleh bincang. hahaha. Applikasi FOOD TRACKER yang aku baru install ni adalah sangat ohsem. MYFITNESSPAL antara applikasi Food Tracker yang mudah digunakan. Senang nak faham la kiranya.

Install MYFITNESSPALL dekat PlayStore dalam handphone masing masing. Saiz pun tak besar lebih kurang 25MB je. So lepas dah selesai install, dia akan tanya apa tujuan kita. Set goal kita dulu. Nak lose weight ke, maintain weight ke atau gain weight. Jadi macam aku, dah tentulah nak lose weight. hehe

 Key in la berapa kilo yang korang aim nak turunkan. 10kg? 20kg? Boleh. letak je.

 Lepas tu, applikasi akan tanya sama ada kita ni aktif ke tak. Macam aku ni, harus la seorang yang TIDAK AKTIF! Mana taknya pagi sampai petang duduk je dekat office mengadap komputer. Aduhh..

So bila dah key in semua, ni la yang korang kena rekod setiap kali makan, setiap hari. Aku key in breakfast pagi tadi. Jadi pilih breakfast.

Lepas pilih breakfast, korang tulis la apa yang korang makan. Contoh mee rebus, so nampak la kat situ mee rebus ni berapa kalori. Gulp. Kalau tak buat macam ni, aku pun tatau mee rebus yang aku makan tadi, tinggi kalori. 555kcal kau!


Lepas key in apa yang kita makan dan apa yang kita minum, dia akan keluar berapa balance kalori yang kita boleh ambil untuk sehari tu. Kau tengok? 645 kalori je yang aku boleh ambil lagi. Maknanya, start tengahari sampai malam, aku akan make sure makanan yang aku ambik TIDAK MELEBIHI 645 kalori yang dah ditetapkan dalam FoodTracker ni. 


Last sekali setiap kali lepas kita rekod apa yang kita makan, dia akan keluar SUMMARY macam dalam gambar ni. Best kan?

Jadi lepas ni senang la aku nak pantau apa yang aku boleh makan dan apa yang aku tak boleh makan. Berapa kalori aku kena ambil sehari dan make sure jangan terlebih. Huwaargh..Usaha tangga kejayaan! Jom torai!

Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
December 2, 2015 at 3:31 PM delete

wah bagus infoni,nak try install app ni kejab lagi. Tak sabar nak tahu hasil berat badan ni nak dibawa ke arah mana. hihi...terima kasih ye dear info ni.

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...