DUA PRODUK MAYBELLINE YANG AKU SUKA!

Assalamualaikum
Kerana bedak muka binasa. pepatah baru keluaran Belog Cik Aish yang korang kena ingat sampai bebila. huehuehue. aku ni jenis yang suka cuba produk baru. tak kisah la ada brand ke takde brand ke..tapi selalunya brand yang murah2 je..maklumlah..akak korang ni bukan kahwen dengan anak raja nak beli brand mahal mahal.. ha gitu.. 

dipendekkan cerita, kulit aku ni alhamdulillah la tak pernah ada masalah jerawat ke kulit sensitif ke..sebab dia tahu tuan dia takde duit nak beli produk mahal mahal gamaknya. kadang kadang, pernah je pakai bedak johnson tabur tu. tu kalau dah datang mood malas nak bercompact powder bagai. 

last week ahh..aku beli compact powder baru cap silky girl. harga rm10 lebih kalau tak silap. dalam hati, apa ada pada harga..mahal tak semestinya elok, murah tak semestinya tak bagus. wahh positif gitu..kann..

sekali hamik kau.. lepas aku pakai bedak tu, bukan sorang bukan dua orang tapi beberapa orang tegur kulit aku macam sunburn.. rupanya aku ni tersalah beli kaler. aku beli kaler yang sawo2 matang macamtu, so tak match dengan kulit aku. lepastu apa lagi, balik kerja terus singgah Tesco beli bedak Maybelline ni.

First aku suka gila dengan bekas dia. kaler glossy purple. rasa macam seksi je. Second aku suka sebab dia ada space untuk span. so nanti tak la comot kena bedak tu. Lepas pakai bedak ni baru la rasa ada keyakinan diri. orang pun tegur kulit dah tak 'sunburn' lagi. hihi. yang paling best, bedak ni tak oily, dia serap minyak pada kulit kita, and lepas 1 ke 2 jam pakai, dia sebati pada kulit, nampak lembap je kulit. sukaa betullll.. nak cuci muka rasa sayang pulak kan. 


lepas tu ingat nak beli compact powder je, tapi terbeli pulak lipstick sebatang. Kaler dia saaaangatttt rich. dan paling penting tahan lama. lepas makan pun stil ada lagi. aku suka lipstick ni sebab kaler dia rich..aku jenis yang pakai sikit je. so nampak macam natural je warna bibir. macam pink pink semulajadi gitu. aku beli satu untuk mak aku. dia pun suka! sebab lepas makan tayah risau nak tacap lipstik lagi. 



bye bye!



Previous
Next Post »

6 komen

Write komen
ezy.fia
AUTHOR
April 25, 2013 at 7:54 PM delete

nk kene try jugak ni..
tau2 je arini dh gaji.,
cik aish plak review produk yg best2.. harusla kene beli.. haha

Reply
avatar
NinaAz
AUTHOR
April 25, 2013 at 8:54 PM delete

cantik warna lipstik tu

Reply
avatar
April 26, 2013 at 4:28 AM delete

kte memg suka pkai produk maybelline terutama bedak dye..
mmg nmpk smooth je

Reply
avatar
Sya
AUTHOR
April 26, 2013 at 1:35 PM delete

Boleh jadi duta lepas ni :p

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 26, 2013 at 6:09 PM delete

piieewwiit..cun ooo..hihih

mas pakai cmpad pwder mybln gak tapi bkn yg ni..pun ok gak..

Reply
avatar
sarah mohamad
AUTHOR
April 26, 2013 at 11:55 PM delete

ada jugak ternampak bedak baru dari maybellin tu. tunggu habes bedak sekarang, harusss rembat bedak baru tuu hehehehe =P

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...