SIAPA KATA PERGI KURSUS TAK BEST?

Assalamualaikum

i hardly online nowadays. Bukan sebab takde internet connection tapi last week aku pergi berkursus dekat Sabak Bernam. Bukan kursus perkahwinan ye adik adik sebab kursus tu dah pun selesai pergi. Tapi kali ni Kursus Perakaunan. Company yang hantar so hadap jela walapun beratt dehh nak tinggalkan hubby sorang sorang. Tak dapat bayangkan betapa heaven nye dia  hidop tanpa dengar bebelan aku selama seminggu. ggggrrr..

Kursus Perakaunan ni dianjurkan oleh Jabatan Perakaunan Negara. ya. Keje gomen memang takkan dapat lari dari dihantar kursus berhari hari seperti ini. rasakannn kauu.. memula rasa macam goshh tak bestnya. mula la start menggoogle tentang tempat kursus tu. dari hasil pencarian google, well, not bad la. tempatnya ok. 


Hari Ahad lagi aku dah bertolak ke Sabak Bernam untuk check in asrama. tak boleh belah weh kena masuk asrama bagai. aku dapat bayangkan asrama yang macam dorm asrama sekolah tu. tapi nasib baik tak betul jangkaan aku tu. so ni la asrama aku sepanjang 5 hari stay nanti. macam hotel 3 bintang kan. 



Bilik untuk dua orang sahaja. Look! Lengkap dengan fridge, TV, hair dryer pun ada taw! so Alhamdulillah boleh la berangan macam pergi bercuti sikett kan. bilik pun ada ekon..sejukk dan nyaman je.



sepanjang kursus, makan adalah sebanyak 6 kali sehari ok. kau lupakan lah angan angan nak diet ke apa ke sebab perut kau memang full for the whole day! heaven rasanya. hehe. 



dalam kelas, kau just dengar je ceramah orang tu, kalau mengantuk pun kena la tahan. layan facebook ke apa ke asalkan kau tak tidur. sebab on the next day akan ada segmen tutorial. tapi aku pernah online nonstop sebab penceramah hari pertama tu gile boring.. tapi bila rasa bersalah sebab tak dengar kursus tu, aku sambung pay attention balik. haha. Plis dont do this.



kursus akan habis pada pukul 430 petang. tapi selalunya akan habis lebih awal depends pada penceramah. aktiviti petang agak menarik sebab JPN ada sediakan banyak facilities untuk kita bersukan dan beriadah petang petang. ada tennis, badminton, kayak, wall climbing, cycling..macam macam lagi la.. (motif adalah untuk kau bakar balik kalori sebab kau makan 6 kali sehari tadi kann! clever you!)



so aku lagi suka cycling sebab boleh tengok tempat sekeliling tu macam mana. lagi pun dah lama den tak bawak basikal haa...boleh la perasan macam gadis kampung yang ayu membonceng basikal!



taraaaa...hari kedua kursus, JPN ada sediakan bas untuk angkut semua peserta kursus pergi makan mi udang. lokasi dia aku tak berapa nak ingat tapi jarak 10 km je dari tempat kursus tu. sedappppppp sampai kan kitorang risau kena tinggal dengan drevar bas. ye ah kusyuk makan jeee.. 

aku ni kadang kadang terfikir, kenapalah aku kena attend kursus sampai seminggu dah tu jauh pulak tu merantau nye. mana yang berkeluarga, kena tinggalkan anak bini lama lama. kursus pulak takde kaitan pun dengan aku. yelah kursus perakaunan amanah dan panjar, aku tak apply pun kat office. tapi aku nak nasihat kat korang yang ada perasaan macam aku ni, please get rid of it immediately. 

appreciate la company korang sebab hantar korang berkursuskita kena menjadi insan yang sentiasa dambakan ilmu pengetahuan walaupun ilmu tu kita tak praktik hari ni. tapi mana tahu esok lusa? mungkin ada benefitnya. 

lagi pun pergi kursus lama lama best tau! boleh main basikal..boleh makan mi udang. hahaha.. =) 




Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
NinaAz
AUTHOR
April 21, 2013 at 5:47 PM delete

Nina suka p kursus sb dpt mkn dan tdo dlm ekond. Haha

Reply
avatar
ezy.fia
AUTHOR
April 21, 2013 at 7:18 PM delete

kursus dan keje gomen ibarat irama dan lagu la.. haha
saye suke g kursus..
sbb blh lari kejap dr tugas..
kuikuikui..
kursus plak bkn kursus sgt tp enjoy je lbh..
besttt

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...